Kandungan;
1. Pengalaman Merentas Minda Alur Fikir Berliku.
2. Hadiah Sastera Perdana Malaysia; Retorika Mengimbangi Manipulatif Otodoks?
3. Pemikiran Spesies Amfibia Dalam Monolog.
4. Memaknakan Kemerdekaan Dalam Pemikiran Pemimpin.
5. Keterpinggiran Bahasa Melayu Dalam Iklan Suatu Ketelusan Retorika.
6. Bahasa Melayu Sirna Dalam Cerapan Arus ICT Komunikasi Langue Yang Pandir?
7. Pengucapan Yang Tidak Terkawal.
8. Perkembangan Cerpen Di Sarawak; Perspektif Penulis Muda.
9. Antologi Lok Cinta; Transisi Penyair Dalam Imun Cinta.
10. Memperkasa Bahasa Melayu; Kemana Relatifnya Ideologi Bahasa Yang Standard?
11. Perkembangan Bahasa Melayu; Transisi Blogger.
PENGALAMAN MERENTAS MINDA ALUR FIKIR BERLIKU.
(Tersiar di Ruang YIIB pada 24 September 2002 EDISI PENULIS HARAPAN)
-Sastera itu sendiri yang menjadikan kita pelbagai alasan dan penulis akur sehingga kini kepelbagaian alasan cerita yang ditulis…….-
Menafsiri ruang-ruang yang ada cukup mengundang pemikiran kritis dan positif. Malah mengesani dan memperlajari makna sebenar penulisan sastera kreatif seperti menelusuri genre puisi dan cerpen satu penglibatan seni yang tidak boleh dianggap mudah dan mengalami ceria yang seronok atau syok sendiri. Menekuni sesebuah karya cerpen mahupun puisi minda kita perlu diisi fakta maklumat sebelum dijelmakan dalam karya. Kalau kita mahu karya itu bermutu dan sebaliknya. Memang tidak dinafikan menghasilkan karya yang dianggap baik atau terbaik (?) memerlukan kesungguhan dan keyakinan maha tinggi. Bukan sekadar duduk merenung bulan atau apa saja kita boleh menghasilkan yang baik atau terbaik (?).
Berada di tahap yang tidak semapan ini satu kekangan yang maha tragis sepanjang pengalaman saya. Menekuni setiap karya itu bukan satu paksaan atau apa saja yang bergelar terpaksa. Ia harus mengalir tanpa jeda kerana pengaliran maklumat yang banyak dapat membantu menghasilkan karya yang baik atau terbaik (?). Saya pernah dikecam sebagai penulis sayembara dan saya anggap ia satu rangsangan positif kerana bagi saya sayembara dapat menguji sebaik mana karya yang kita hasilkan mampu memukau kehendak dan tuntutuan naluri khalayak. Itu satu tekanan sebagai penulis.
Menulis tugas rutin yang berkesinabungan terus tanpa jeda. Menulis bukan alasan mudah dianggap khalayak sastera sebagai penulis. Nama Penulis itu terlalu seni untuk diletakkan pada seseorang. Bukan sekadar menulis beberapa buah puisi atau cerpen kita mendabik dada mengatakan kita penulis kerana nama Penulis diletakkan oleh khalayak sastera bukan oleh kita sendiri.
Sebuah pengalaman tidak dapat diiktirafkan mana-mana universiti sekalipun. Sebagai contoh Sasterawan Negara Arenawati. Pengalaman menjadi kelasi yang bergerak sejak kecil lagi mendarah daging dalam dirinya. Dalam Sukma Angin sebuah novel yang cukup membuat saya cemburu dari penghasilkan seninya yang kritis dan tajam pada musim-musim yang direntasinya. Meskipun kekerdilan itu terlalu kecil bagi saya namun ia satu kesan atau tekanan yang menjadi pendorong untuk menghasilkan karya tidak kira puisi atau cerpen hatta novel.
Mungkin tidak keterlaluan saya katakan saya mampu menghasilkan sebuah kumpulan puisi yang kadar jumlahnya 100 buah puisi dalam tempoh sebulan atau lebih awal dari itu. Saya tidak mengatakan karya yang saya baik atau terbaik (?). Apa yang berlaku cukup membuat saya menghormati diri sendiri. Kerana bagi saya menghasilkan karya memerlukan stamina yang cukup bukan sekadar membaca, meneliti, mengkaji, karya-karya besar atau menonton filem-filem yang boleh menterjemahkan pada kita dimensi baru yang lain yang tidak pernah berlaku. Saya menghabiskan membaca, meneliti, mengkaji, memperlajari sebuah karya malah menonton sebuah filem. Mengapa? Kerana saya mahu minda saya diajar berfikir secara terus untuk mengumpul sebanyak mungkin maklumat atau mengaduni teknik yang boleh bergerak dalam karya.
Memang menyakitkan kalau berterusan begitu. Tidak ada stress atau gastrik maka menjadi seorang penulis yang jujur dan berdisiplin harus menerima tetamu itu. Usah takut pada kekasih setia itu jika hendak menjadi penulis yang baik atau terbaik (?). Bagi saya kerja menulis satu seni yang terindah dalam diri. Satu ketika bila kita menghasilkan karya maka kegembiraan tidak dapat terkira, itulah saya katakan kerja menulis bukan mudah dan mencari kegembiraan naluri dan rohani juga tidak mudah.
Bergelut dengan dunia penulisan bukanlah masa yang singkat untuk berada di tahap yang saya miliki kini. Terpaksa berdepan dengan karenah bioraksi atau pelbagai kekangan yang boleh membantutkan kerja menulis. Namun semua itu dapat diatasi dengan tabah. Ramai orang berkata kerja menulis boleh mendapat pulangan yang besar. Bagi saya, bukan itu tujuan saya menulis. Saya menulis kerana mengukur sejauh kreativiti saya dalam penulisan sastera. Syukurlah saya boleh berasa puas kerana dapat serasi dalam dua genre seperti puisi dan cerpen. Sekarang saya mula bergerak untuk memperlajari menulis skrip cereka dan novel yang sudah pasti mengundang virus stress dan gastrik yang lebih.
Apapun saya tidak akan mengalah dengan apa yang datang dalam diri saya kini. Kerja menulis bagi saya satu tanggungjawab yang harus dilaksanakan dengan jujur. Saya mahu menghadiahkan pengalamn dalam sastera bahawa kerja menulis bukan boleh dianggap mudah. Kerja menulis perlukan rentetan ilmu bantu yang mencukupi sebelum menghasilkan sesebuah karya. Saya sanggup menghabiskan gaji saya semata-mata untuk membeli buku atau apa saja yang mendatangkan maklumat pada saya. Hampir setiap bulan saya pasti membeli setidak-tidaknya dua buah buku. Kerana bagi saya kerja menulis bukan kita tidak perlu membaca sebab khalayak sekarang tidak boleh dianggap tidak tahu lagi. Khalayak sekarang lebih suka maklumat yang tidak pernah mereka ketahui. Khalayak adalah hakim yang menentukan sejauh mana karya itu boleh pergi. Memang saya akur mencipta nama sebaris dengan penulis mapan Sarawak amat sukar apatah lagi penulis mapan kebangsaan.
Saya tidak termimpi dapat berbual dengan penulis seperti Dr Adi Badiozaman Tuah, Zaini Ozea, Jeniri Amir, Jais Sahok, Jong Chian Lai, Hipni Alwi, Lukas Takip dan Zainal Abidin di mana melalui karya mereka saya dimatangkan. Terima kasih semuanya kerana saya dapat berbual dengan mereka mengenai karya sastera yang sebelum ini saya anggap satu kemustahilan bagi saya yang terlalu muda untuk menghasilkan karya. Alhamdulillah.
Bukan mudah merasai keadaan begitu. Sebelum ini saya melalui pelbagai program atau seminar mengenai sastera atau perlbagai acara sastera yang diikuti tanpa mengira berapa banyak masa dan wang ringgit dibelanjakan. Saya dimatangkan dengan pelbagai sayembara negeri atau kebangsaan di mana saya dibebani dan didera rasa tanggungjawab dan kekecewaan. Tidak semua yang saya tulis dapat memenuhi atau menarik perhatian panatia sastera. Kalah atau menang satu permainan yang harus dilalui dengan kesabaran kerana di situ kita belajar darinya.
Suka saya mengatakan kalau saya tidak menulis tidak mungkin saya dapat bertemu dengan Bapak Abdullah Hussein, Bapak Darmawijaya yang banyak mendorong saya menulis, Encik Othman Putih, Encik Ali Majod yang pernah membimbing saya, Puan Fatimah Busu dan Puan Anis yang banyak mengesani bakat saya, Dr Suhaimi, Ali Ahmad, Prof Shahnon Ahmad yang pernah menjadi guru saya ketika menyertai Progam Penulisan, Hajijah Jais yang banyak menolong saya. Apapun saya belum berasa puas jika tidak melihat karya saya merentasi nusantara. Itulah impian saya.
Kerja menulis perlukan kesungguhan yang bukan seratus peratus tetapi lebih dari itu. Menghasilkan karya kreatif memerlukan pengorbanan yang bukannya sedikit. Kekangan keluarga dan masa menjadi satu dimensi yang harus dilalui dengan tekanan. Pun begitu saya berterima kasih pada Dewan Bahasa Dan Pustaka Cawangan Sarawak yang banyak memberi sumbangan yang tidak mampu dibalas, cukuplah saya menghasilkan karya sastera yang baik atau terbaik (?) saya. Maka lahirnya Antologi Puisi Satu Perasmian 1991, Antologi Cerpen Menganyam Kedukaan 1994, Antologi Cerpen Meminggir Angin 1995, Antologi Cerpen/Puisi Caturrangga 1997, Antologi Puisi Nyanyian Kembara 1999, Antologi Puisi Gema Membelah Gema Kelima Belas 2000, Kumpulan Puisi Subuh Yang Lain 2001 dan Kumpulan Cerpen Merentas Minda dalam proses penerbitan 2002. Semua ini kegembiraan saya selama 12 tahun penglibatan saya.
Saya sering dibebani kekangan setiap kali menulis. Bagi saya kerja menulis memerlukan tahap keyakinan yang bukan boleh dianggap ada rentasan masa. Kerja menulis perjalanan yang sukar dilalui jika kita mahu karya kita dibaca khalayak. Untuk menjamin khalayak membaca karya kita bukannya mudah. Meskipun untuk mengelak stail itulah yang cukup mendera kerana gaya seseorang itu bukan boleh dialuri dengan singkat kerana bayangan penulis yang menjadi idola kita kerap menghantui gaya dan stail dalam penulisan.
Jangan mudah mengalah pada perkara itu. Tulis saja apa yang mengalir dalam rentasan minda. Cipta gaya dan stail tersendiri bukan mudah kerana kita memerlukan kesungguhan yang berterusan bukan melaluinya sekerat jalan. Kerja menulis juga perlukan rangsangan atau ada rasa cemburu antara teman penulis kerana ia baik untuk menghasilkan karya yang baik dan bermutu. Di samping dapat meningkatkan tahap penulisan. Di Sarawak contohnya berapa orang saja penulis yang masih bertahan. Jais Sahok, Jong Chian Lai antara penulis Sarawak yang mampu mengukuhkan staminanya.
Kekuatan melahirkan karya bermula dari dalam diri kita sendiri. Tanpa kekuatan itu kita tidak mampu merentasi dunia penulisan yang penuh berliku dan muslihat itu. Mungkin ada yang takut menceburi selepas ini. Itulah tonik yang baik untuk penulis yang baru bermula. Ketakutan dan kesungguhan memerlukan kerjasama yang seimbang bagi merealisasikan komitmen kita.
Mendepani dunia penulisan bukan sekadar mempersiapkan diri dengan pelbagai maklumat dan adunan pengalaman tetapi perlu peka memerhatikan apa yang berlaku malah kita harus berfikir merentasi masa depan. Hanya disiplin yang tinggi dan kesungguhan yang jitu mampu meletakkan kita ke tahap yang kita impikan sebagai penulis. Pengalaman yang dilalui perlu ada catatan atau apa saja yang bernama maklumat kerana ia berguna satu ketika bila kita menghasilkan karya. Jangan takut mencuba sesuatu yang baru kerana setiap pembaharuan itulah resipi untuk menarik khalayak sastera menghayati karya kita.
Puisi atau cerpen yang mudah ditulis? Kedua-duanya ada pro dan kontranya. Sesetengah penulis menulis cerpen tidak sesukar menulis puisi. Namun menghasilkan genre mana sekalipun kalau tidak ada kesungguhan dan keyakinan maka jawabnya ada pada diri sendiri. Saya lebih mudah menghasilkan puisi dari cerpen. Mungkin saya ada kelebihan tersendiri maka kedua-duanya dapat diserasikan dengan mudah. Namun saya juga mengumpul sebanyak mungkin maklumat untuk diserapi dalam karya tersebut.
Tidak semua penulis dapat kesungguhan dan keyakinan dalam penulisan yang penuh bebanan dan kekangan itu. Pelbagai fenomena terus mengekori dan membantutkan keinginan untuk menghasilkan karya. Dalam arus siber dan rentasan maklumat alaf ini kita harus peka memilih subjek atau tema yang akan dituang dalam karya kita. Bukan dengan bahasa bombastik tetapi mesej kosong dan klimak yang dapat diteka sebelum khalayak habis membacanya.
Apakah yang dicari setelah menulis? Usahlah terlalu mengharapkan sesuatu yang dimpikan kalau hanya melongo menanti tujahan ilham. Seringkali saya berkonflik dengan watak-watak yang saya ciptakan dalam karya saya. Tidak keterlaluan saya membentuk watak seperti dalam diri. Memang proses begini sukar bagi penulis kalau tidak ada asas yang diterap dari seminar, bengkel atau sebagainya. Kedua-dua genre yang saya telusuri kini di mana arah hala tuju genre yang serasi dengan diri? Puisi dan cerpen dua genre yang berlainan sama sekali dan saya dikurniakan bakat dan saya berusaha sendiri untuk mengasah bakat semulajadi dengan longgokan ilmu dan pengalaman. Dari situ saya membentuk diri tanpa prejudis. Kejujuran dan kesungguhan saling bergandingan mengalir dalam diri di samping tidak terlalu memaksa rentasan minda kalau belum bersedia menulis.
Mendepani kedua-dua genre tersebut turut mengundang dimensi asing dan aneh dalam diri. Saya selalu direntap rasa ingin tahu penghujung karya yang saya tulis. Meskipun saya sendiri yang hendak melakukannya. Inilah yang dinamakan rangsangan minda tanpa jeda? Persoalannya, bagaimana saya dapat melakukannya? Banyak mengkaji, membaca, meneliti dan berusaha mencuba sesuatu yang maha aneh tetapi tidak lari dari penulisan yang sedia ada. Antara konversional dan exsperimental, karya saya berada di tengah-tengahnya. Saya harus memahami maksud apa dan kenapa sebelum melakukannya kerana kalau terus melakukannya maka kita sendiri tidak tahu apa yang ditulis apatah lagi khalayak nak memahami. Maka jadilah karya yang tinggi exsperimental tetapi kosong dari mesej.
Rentasan pengalaman banyak membantu saya menulis sesebuah karya. Saya sanggup pergi ke sesuatu tempat itu jika saya hendak menulis tentangnya atau saya mencari maklumat dengan terperinci sebelum melakukan kerja menulis. Menulis bagi saya satu seni kepuasan yang tidak kepalang seronoknya, tak tahu penulis lain, itulah hakikatnya. Kerja menulis banyak memberi pengalaman baru yang belum diterokai orang lain. Malah saya cukup seronok apabila karya itu diberi perhatian oleh khalayak sastera. Menulis boleh memberitahu khalayak secara berkias dan mudah jika saya melihat kepincangan dalam sistem kemanusiaan.
Kerja menulis bukanlah kerja yang mudah dilaksanakan dan tidak kaya seperti bidang lain. Kerja menulis memerlukan daya ketahanan berfikir yang tinggi. Maksud saya penulis harus berani mencipta kelainan yang berasas dan logik bukan sekadar melengkapkannya dengan maklumat yang menipu khalayak. Khalayak meluangkan waktu membaca karya yang ditulis bukan disogokkan dengan penipuan tetapi diberi pendedahan mesej yang terkini dan dapat membentuk menjadi pemikir yang kritis dan berilmu. Dalam kata lain, penulis perlu memahami tuntutan sebenar khalayak yang benar-benar membuat mereka percaya bidang sastera harus diceburi bukan dipinggirkan.
Pengalaman banyak mematangkan diri. Saya sering melihat penulis yang baru menulis mudah melenting dan terkilan bila karya mereka ditelanjangi dan dikutuki habis-habis pengkritik yang suka melihat penulis melatah. Itu kelemahan penulis yang harus diambil sebagai iktibar kerana menjadi penulis yang baik atau terbaik (?) harus peka dan lali dengan kritikan serta sistem bioraksi. Memang tidak dinafikan bioraksi tetap wujud di mana-mana, anggaplah ia satu halangan yang harus penulis tempuhi bukan mengalah.
Penglibatan dalam penulisan menjangkau 12 tahun dan sepanjang tempoh itu saya kadang-kadang berada benci pada dunia penulisan yang tidak dapat menjamin apa yang saya kehendaki. Saya masih begini juga tetapi harus ingat, saya dimatangkan tanpa prejudis dalam karya sastera. Terfikir di minda dari anak kampung yang suka berangan-angan berada di tahap begini dan dikelilingi sahabat penulis yang lebih senior malah mereka kagum dengan kebolehan yang hanya diusik pendidikan yang tidak seberapa tetapi karya mampu membuat mereka berfikir. Itu yang membanggakan sebagai penulis. Karya tanpa jeda atau sempadan yang memisahkan seperti pendidikan. Seni sastera adalah adil dan jujur kerana berkumpul dalam keadaan yang setara.
Namun saya sering berkata pada diri sendiri, kalau saya tidak menulis saya tidak dikagumi begini. Walaupun bukan pengiktirafan yang saya kejar. Di sini kesungguhan dan kejujuran saling berkait rapat dengan naluri yang berani merentasi minda dapat membentuk kita berfikir secara ilmuwan. Tunjang kejayaan dalam kerja menulis adalah cerminan peribadi yang ikhlas bukan mengejar kekayaan. Kalau dibandingkan karya saya dengan penulis mapan di Sarawak saya jauh terpinggir tetapi tidak bermakna saya harus mengalah pada keadaan yang sedia ada. Bagi saya, kerja menulis perlu dengan kesungguhan tanpanya jadilah karya itu mengkal dan kosong.
Syukur alhamdulilah karya saya diterima khalayak sastera dengan peranan Dewan Bahasa Dan Pustaka Cawangan yang sanggup membiayai apa saja seminar, bengkel atau majlis sastera banyak memberi manfaat. Apapun suka saya menjelaskan kerja menulis bukan mudah tetapi berliku. Sebagai contoh, lihat berapa ramai yang boleh menjadi penyanyi dari menjadi penulis? Memang bidang sastera bidang ilmu yang tinggi kalau bukan yang jujur dan berkesungguhan saja yang mampu merentasi tahap tuntutan minda yang semakin hari semakin memerlukan pembaharuan.
Mencipta karya sastera satu dimensi yang harus dipraktikan bukan diteorikan. Dan suka saya memetik kata penyair T. Alais Taib; Kerja menulis bukan kerja orang yang cetek ilmu pengetahuan. Apapun menghimpunkan pemikiran penulis seperti Chairil Anuar, Arenawati, James Joyce, A Samad Said, Rendra, Muhammad Haji Salleh bukanlah sesuatu yang kosong tetapi menghimpunkan pelbagai teori dan acuan minda untuk memperkasakan karya pada khalayak. Hanya penulis yang gigih dan berani mampu menghayati apa saja mesej yang tersirat dan tersurat dalam karya di samping pendedahan mengikuti bengkel yang menemukan pertukaran idea dan fikir dalam karya.
Di Sarawak penulis diberi lampu hijau untuk menghasilkan karya. Setiap tahun ada sayembara diadakan bagi menguji sejauh mana kemampuan penulis. Dan saya pernah mendengar seorang penulis berkata, dia tidak akan mengikuti sebarang sayembara kerana itu bukan cara yang terbaik menjadi penulis. Dan saya berkata padanya, kita pernah bersekolah dan pernah menduduki peperiksaan. Jadi kalau kita hendak mengukur kemampuan kita harus melaluinya. Sebab karya yang diadili panitia sastera dan jika mampu menarik perhatian mereka mampu membuat khalayak untuk membaca. Dan sehingga sekarang yang berkata pada saya tadi masih lagi di takuk lama, menulis sendiri dan membaca sendiri karyanya.
Di sini kita harus tahu pemikiran khalayak tidak boleh diperbodohkan. Sebagai contoh, kita tidak boleh menulis karya sewenang-wenangnya dengan alasan khalayak tidak tahu menahu tentang sastera. Itu silap kita sebagai penulis. Dan kesilapan itu mengundang masalah pada kita. Senang saja, kalau kita lalu di hadapan seorang kanak-kanak berumur 6 tahun dengan angkuh, tidak mustahil kanak-kanak itu akan mencontohi keangkuhan kita. Jangan menidakkan kemampuan rentasan minda khalayak. Apa yang penting menulis karya tanpa prejudis yang boleh mendera diri. Tidak salah mengatakan karya kita baik atau terbaik (?) begitu juga dengan pengkritik yang ada alasan sebaliknya. Tulis saja dengan tahap kemampuan sendiri sebab kerja menulis tugas penulis dan kerja mengkritik tugas pengkritik.
Kalau takut dikritik jangan menulis. Ceburi saja bidang lain yang mampu kita lakukan kerana kejujuran itu asas utama sebagai penulis yang sebenar. Kerja menulis bukan menafikan hakikat kemanusiaan tetapi membentuk kesilapan kemanusiaan secara hormat dan jujur. Suka saya mengatakan merentasi minda sastera bukan sesuatu yang mudah ia penuh dengan ketabahan serta berliku. Penulis yang jujur menulis kejujuran dalam karyanya adalah contoh terbaik. Bagi saya cukuplah dengan khalayak sastera yang sedikit tetapi berilmu bukan khalayak ramai tetapi tidak mampu menterjemahkan mesej yang kita sampaikan dalam karya kerana rentasan minda yang positif mahu mendidik kerohanian dan tuntutan naluri.
HADIAH SASTERA PERDANA MALAYSIA;
RETORIKA MENGIMBANGI MANIPULATIF OTODOKS?
MEMBACA dan meneliti karya sastera kreatif penulis generasi baru Malaysia khalayak disajikan pelbagai tahap pemikiran yang subjektif dan ter(di)paksa akur memterbalikkan kembali pelbagai teori yang tercerna sarat dan berat di alur minda. Bukan mudah menanggapi karya mereka yang cukup mengundang pelbagai retorika yang terdapat dalam karya. Kalau di Sarawak kita sekali sesekali didedahkan dengan retorika dalam karya seperti Abdillah H.M, Lukas Takip, Sriwati Labot dan Dahiri Saini kalau dibandingkan dengan penulis generasi baru Semenanjung seperti Mawar Shafie, Nisah Hj. Haron, Uthaya Sankar, Faizal Tehrani, Zainal Rashid Ahmad (sekadar menyebut beberapa nama).
Memang tidak dinafikan nama yang cukup popular dan gah dalam garisan penulis generasi baru seperti S.M Zakir, Faisal Tehrani, Mawar Shafie, Nisah Hj. Harun, Siti Jasmina Ibrahim di mana karya mereka sering mendapat perhatian panitia dalam Hadiah Sastera Perdana Malaysia. Pun begitu apakah perbandingan itu hanya pada penulis generasi baru Sarawak yang masih tercari-cari retorika asas yang logika mengundang minda yang masih tersekat, kerana di Sarawak dilihat percambahan penulis generasi baru amnya dalam genre pencerpenan masih di takuk lama dan jauh berliku? Asyik-asyik gaya dan teknik konvesional yang gitu-gitu saja disajikan.
Kalau dilihat karya penulis generasi baru Sarawak juga ada yang mampu menggugah atau mengimbangi karya penulis seperti S.M Zakir, Faisal Tehrani, Mawar Shafie, Nisah Hj. Harun, Siti Jasmina Ibrahim, kerana lesen sastera yang dimiliki memudahkan mereka semua itu? Apakah lesen sastera itu mampu mengimbangi mutu dalam karya yang dihasilkan atau pemilihan itu dilihat dari segi lesen tadi serta ditambah serba sedikit ilmu bantu yang membolehkannya dianggap sedemikian. Kembali kepada pepatah yang sudah pun patah; Hanya jauhari mengenal manikam!
Membetulkan retorika penulis generasi baru di persada perdana kebangsaan satu fenomena yang mengundang pelbagai tanggapan yang terlalu retorik dan relatif sifatnya. Memang yang menentukan kategori penulis generasi baru dan penulis mapan satu kekangan yang cukup mengelirukan. Apakah retorikanya hanya sebagai gap atau tembok pemisah kreativiti seseorang penulis itu menentukan tahap pemikiran yang tercerna dalam karya atau ada prejudis diri yang terlalu kompromi dalam halnya membenarkan yang salah demi menjaga status, atau apa-apa saja yang membolehkan karyanya dilonjakkan mengimbangi dalam Hadiah Sastera Perdana Malaysia? Atau proses penjaringan dan pemilihan terlalu ketat dan prejudis kepada penulis generasi baru?
Membaca kembali karya penulis generasi baru dan penulis mapan banyak mengelirukan dari segi logika dalam retorikanya. Memang sepatutnya penulis generasi baru belajar dari yang mapan, tapi apa akan jadi kalau penulis generasi baru begitu menonjol dari yang mapan. Tidakkah menjadi perbandingan dalam etika kematangan atau digemburkan dengan konflik sastera, lalu menciptakan kejumudan yang klise sifatnya. Pun begitu kegusaran itu tetap berlarutan jika dalam Hadiah Sastera Perdana Malaysia subjek tertentu dalam karya dipilih, demi menjaga hati atau pun tidak harga nama penulis mapan. Logikanya sebagai penulis generasi baru yang berpotensi untuk maju dimandulkan karyanya, kononnya ada prejudis diri dan kepentingan masing-masing demi menjaga status dan harga persahabatan yang seringkali bertemu dan berandau dalam dunia sastera itu sendiri.
Apakah retorikanya menjamin mutu sesebuah karya itu menonjolkan dalam apa juga karya yang seharusnya dianggap boleh gah suatu hari nanti. Mengikut teori atau apa saja yang bernama pegangan kalau karya tersebut berjaluran teknik baru dan tidak menarik panel penilai dengan alasan, kerana karya tersebut hasil dari penulis generasi baru yang kononnya, baru mencipta teori sedikit aneh dan pelik. Apakah yang mampu panel penilai ambil kira kerana dalam pada itu terdapat juga karya yang dinilai banyak kronisme yang harus dimenangkan? Retorika apakah yang harus dipegang dengan alasan yang wajar? Pun begitu tidak dinafikan dalam penilaian tersebut ada unsur kronisme atau lebih tepat lagi ‘pilih kasih sayang’ tidak dapat dihindari dalam prejudis sastera itu sendiri. Akronimnya jelas dan tuntas yang muda harus mengalah demi yang mapan dengan alasan yang tidak pernah masuk akal pun.
Membaca dan meneliti kesemua memerlukan tahap pembacaan yang bukannya boleh dianggap mudah sesetengah pengkritik mahupun khalayak sastera. Sastera bukan bahan perhiasan yang boleh dilihat semata-mata kalau mata hati khalayak sastera masih jauh serta tidak meneliti seakrab mungkin segala kemungkinan retorika yang menjadi mesej dan hala tuju karya tersebut. Apa yang pasti karya penulis generasi baru dalam menimbangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia retorika dalam dimensi yang klise. Adakah masih ada jurang pemisah yang merentetkan kegigihan penulis generasi baru mampu mengimbangi penulis mapan dalam S.E.A Write Awards? Pelbagai alasan untuk penulis mengimbangi teori retorika yang kejumudan? Atau sastera yang ditangani penulis generasi baru masih belum terserlah sepenuhnya?
Namun agak mendukcitakan tidak kelihatan nama-nama baru dalam barisan penerima, kecuali nama-nama lama yang muncul kembali dalam panca warna sastera. Demikian juga kemampuan penulis muda untuk mengisi tempat ruang pelbagai kategori selepas generasi penulis mapan seolah-olah meninggalkan tanda tanya mengenai masa depan sastera Melayu. (Sastera Perdana;
Pasang surut sastera Melayu/Utusan Malaysia/Isnin/13/12/2004.) Kalau perkara itu diambil kira, mengapa karya penulis generasi baru Indonesia dan Thailand mampu merentasi retorika yang serba jumud itu. Malah sudah ada karya mereka diangkat memenangi S.E.A Write Awards yang memartabatkan sastera mereka. Persoalannya mundur sangatkah karya penulis generasi baru untuk mengimbangi apa saja membolehkan mereka diangkat dan diberi pengiktirafan dalam Hadiah Sastera?
Apakah kreteria penulis generasi baru belum matang seperti karya penulis mapan. Kewajaran itu satu fenomena yang harus terisi dengan segala kejujuran dalam apa juga untuk menilai kembali sesebuah karya penulis generasi baru dalam ketelusan cakupan intipati dalam karya. Memang tidak dapat dinafikan yang mapan harus dihormati dari segi keusiaan bukan dari segi penghasilan karya. Yang menentukan kematangan juga bukan kepada usia, tapi penghasilan yang meletakkan kematangan karya tersebut kepada khalayak sastera.
Dalam kontek yang ada penulis generasi baru dan penulis mapan satu retorika yang amat payah diwujudkan dalam rencah penghasilan karya yang bersifat harafiah yang jelas. Lihat karya yang penulis generasi baru seperti Masli N. O, Uthaya Sangkar, Mawar Shafie, S.M Zakir, Faizal Tehrani, Zainal Rashid Ahmad, Rahimidin Zahari dan Siti Jasmina Ibrahim yang menyentuh pelbagai sentiviti yang maha konkrit dalam menuangkan hasil seni sastera yang segar dan baru. Khalayak sastera menemui sistem penulisan yang lain dan indah mewarnai arena dan persada sastera Malaysia. Meskipun adakalanya tidak semua teknik dan plot dapat diikuti dengan jelas, namun selera seni diterjemahkan dengan pembaharuan yang kadangkala menidakkan kurang senang penulis mapan? Apakah retorikanya secara jujur atau prejudis?
Memanifulatif kata S.M Zakir Utusan Malaysia 3 Disember 2004;
Penilaian Hadiah Sastera memperlihatkan langkah yang kembali ke belakang dengan kebanyakan cerpen yang menerima anugerah memenuhi konsep `yang manis dan yang berguna’ dan membawa suatu bentuk simplicity. Karya-karya yang dilihat bergerak ke depan dengan keberanian yang revolusioner disingkir akibat pembacaan satu sisi yang tidak memperlihatkan pandangan jauh yang berani. Dunia sastera menjadi paradoks apabila suara yang mahukan karya garda depan (avant garde) adalah suara yang juga menolak pembaharuan yang berani dan revolusioner. Satu skema yang terlalu rigid dan terikat dengan set nilai-nilai murni dari sisi etik dan moral kadang-kadang melupakan kita tentang karya-karya agung yang lahir daripada penentangan terhadap set nilai itu sendiri. Set nilai yang menjadi skema penentuan karya sastera terbaik di Malaysia menjadi anakronistis dan terperosok dalam gelung yang suram apabila paradigma dari dekad lampau masih menjadi nilai ukuran pempiawaiannya. Pemilihan karya-karya yang terbaik tidak harus terperangkap dalam set nilai-nilai murni yang terikat dengan konteks politik mahupun sosial, tetapi set nilai-nilai murni harus berdiri di dalam konteks kesusasteraan yang asli. Iaitu konteks keradikalan dan revolusioner.
Apakah paradoksnya yang mewarwarkan itu berterusan, jika khalayak harus akur dengan pemikiran yang tidak mahu mengendahkan skema-skema yang ada untuk menguji tahap rigid minda dalam membaca karya yang lari dari konsep dan teknik sastera terbiasa kepada yang intelektual yang jujur dan telus? Atas alasan itulah penulis generasi baru memainkan peranan yang luas cakupannya, untuk mengubah struktur dan konsep serta gaya tersendiri dalam karya atau masih ada yang takut daripada yang berani memberi variasi dalam nilai-nilai estetika dan tanggapan yang bersifat baru yang serba logika, tapi tidak membelakangi bentuk konvesional apa yang pernah berlaku sebelum itu.
Paradoks yang sekian lama menghukum prejudis diri dalam menghadapi karya yang (avant garde). Persoalannya, di mana titik mula yang ditakuti S.M Zakir itu menjangkiti karya-karya penulis generasi baru untuk menghasilkan gaya dan teknik yang penuh logika dan retorika yang bersifat serba mungkin. Satu sisi lain, keruwetan itu juga satu definisi yang tidak harus dibiarkan. Peranan pihak tersebut harus menilai dan mengkaji sistem dan prasyarat penjurian yang telus dan berani. Bukan akur mengakuri yang tersepit dan tidak berdaya harus menerima pendustaan itu?
Mendepani dunia global yang laju dan pantas khalayak sastera memerlukan tahap pemikiran yang baru, tapi ada intipati dan jatidiri yang belum diketengahkan sebelum ini. Tidak timbul isu kurang senang khalayak penulis dengan penulis lain. Bidang yang diterokai satu definisi yang jelas menjanjikan kefahaman itu harus ada dalam setiap khalayak penulis. Contoh yang jelas penulis mapan yang menghasilkan teknik dan plot yang baru dan segar seperti Dr. Anwar Ridhwan lewat kumpulan cerpennya Naratif Ogonshoto yang dinobatkan Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2001/2002. Banyak yang dapat diperolehi jika mengesan setiap naratif yang disampaikan dalam karya tersebut. Apa yang dicari khalayak sastera satu sisi pembaharuan yang jelas dan indah. Fenomena itulah penulis generasi baharu hari ini telusuri dan mereka cuba menguasai tapi adakala tersekat kerana skema rigid yang melihat karya tersebut dari satu sisi yang tidak telus sifatnya. Dalam konteks tersebut S.M Zakir akur dengan apa yang berlaku dan terus berlaku. Sehingga apa yang diharapkan untuk melihat senario variasi teknik karya yang segar dan baru sifatnya tidak malap dan suram kerana kronisme yang jelek dan terlalu iseng-isengan!
Jika kekaguman allahyarham Dr. Othman Putih yang kerap memilih karya penulis generasi baru seperti S.M Zakir, Nisah Haron, Mawar Shafie, Faisal Tehrani dalam apa jua sayembara seperti satu dominan dan ruang dimensi yang harus dihormati. Bukan menidakkan yang mapan tidak dapat menghasilkan yang bercorak demikian, tapi mengapa Dr. Anwar Ridhwan, Zakaria Ali mampu mengimbangi implikasi tersebut. Konvensi itulah yang harus dimanfaat seadanya, bukan mengakuri. Atas kerigidan yang tidak ada noktahnya meresahkan penulis generasi baru yang lain untuk menuangkan ke dalam rencah karya mereka. Mereka seperti tersepit antara membenarkan jaluran konvesional lalu menghadkan gaya dan bentuk yang baru sifatnya.
Ruang penulisan yang diterokai penulis generasi baru masih banyak yang perlu dipelajari jika ada karya mereka diberi ruang dan perhatian yang sewajarnya dalam konteks kritikan sastera atau analisis karya yang mampu melonjakkan dan merangsangkan karya mereka. Apapun, hanya yang kuat staminanya mampu mengimbanginya dalam melonjakkan nama mereka di persada arus perdana sastera yang semakin luas cakupan dimensinya, kerana golongan yang profesional atau elit sudah berasa sastera bukan genre untuk orang sastera saja, malah untuk profesional bidang lain yang menuangkan ilmu bantu dalam acuan sastera. Bidang guaman, politik, sains komputer dan sebagainya.
Malah bidang akuatik juga menarik mereka untuk ikut serta dalam memeriahkan dunia sastera yang satu ketika dianggap kelas kedua dalam profesionnya. Semua itu satu trendmaks yang harus dimanfaat orang sastera sendiri, bahawa mereka harus akur sastera juga memasuki era dan jalur global yang bukan kelas kedua lagi, tapi mampu bersaing dan memberi versi gandingan. Cuma menanti karya-karya besar yang mampu mengimbangi apa yang pernah direntasi seperti Salina, Melati Sarawak, Yakah Salmah, dan sebagainya dalam mendepani skema kerigidisme apa yang dikehendaki khalayak.
Persoalannya, mampukah ia diberi post mortem yang drastik, jika apa yang berlaku selepas itu berlaku semula dengan alasan yang kurang wajar. Harus menuruti apa saja, bukan mengajak minda berfikir dengan terbuka dan berani demi kancah sastera yang sering menjadi cemuhan bidang lain. Kononnya sastera belum mampu pergi jauh dalam peperangan pemikiran di medan global? Dimensi itu harus difahami dan diberi perhatian kerana menuju era globalisasi sastera harus seiring merentasi kehendak sarat minda yang mahukan pembaharuan yang berakar tunjang jatidiri dan warna Malaysia di dalamnya. Di mana sebenarnya sastera pada tanggapan orang bukan sastera yang sering keliru dengan perbalahan dalam kocakan jika ada yang dapat mengimbangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia hatta Anugerah Sastera Malaysia yang berprestij dan cukup gah itu.
Persoalan itu sedikit sebanyak memberi implikasi yang kurang baik pada dunia sastera itu sendiri jika orang sastera tidak mampu menidakkan kebobrokan virus sastera untuk masa depan dalam memberi acuan dan warna Malaysia dalam karya. Kembali kepada pepatah; Hanya Jauhari Mengenal Manikam. Namun sampai bila sastera dalam bobrokan yang iseng-isengan lagi jadi sebutan dan menjadi biasan orang sastera sendiri!
PEMIKIRAN SPESIES AMFIBIA DALAM MONOLOG
(PENERIMA HADIAH SASTERA PERDANA MALAYSIA 2002/2003
KATEGORI (B) GENRE CERPEN)
MENERIMA ucapan tahniah teman-teman seperjuangan, saya berasa begitu kecil dan sering mengucap syukur ke hadrat yang maha agung dan maha mengetahui, bahawa apa yang saya tidak pernah terfikir selama ini termakbul. Hadiah Sastera Perdana Malaysia yang menjadi pengukur sejauh mana karya saya dalam merentasi pemikiran dan jaluran di persada jagat sastera kebangsaan. Memang tidak dinafikan, saya cukup gembira dengan apa yang telah diberikan itu. Saya tidak menduga sama sekali karya kerdil saya selama ini mampu mengimbangi dalam senarai pengiktirafan yang saya fikir tidak pernah saya impikan selama ini. Pengiktirafan yang menjadi nadi penggerak saya untuk masa-masa mendatang dalam penulisan.
Deretan nama gah dan besar penulis Sarawak genre cerpen dan puisi mengimbangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia sebelum ini seperti Benedick Talib puisi 84/85, Jong Chian Lai genre cerpen 1984/1985, 1986/1987, 1988/1989, Awangku Merali Pengiran Mohammad 1986/1987, 2000/2001 dan Abi Zai Abi genre puisi kategori (A) 2000/2001, Dr Adi Badiozaman Tuah genre puisi 2002/2003 dan Awang Azman Awang Pawi genre esei kritikan 2002/2003 cukup memberi implikasi yang kukuh dalam diri, bahawa saya harus memanfaatkan genre cerpen yang sering saudara Jaafar Haji Hamdan katakan boleh membawa saya pergi jauh dalam arus perdana sastera kebangsaan.
Saya tidak menduga satu ketika saya terkesan dengan kematian seorang ibu muda yang baru beberapa bulan melahirkan anak keduanya di Kem Pembalakan Jeram sekitar Lubuk Lunggak bersebelahan dengan Lubuk Empergau di Bahagian kedua Sri Aman yang sinonim dengan legenda Bujang Senang di Batang Lupar, memberi saya kesan tragis yang cukup menyedihkan. Kematian ibu muda itu seperti memberi retorika yang jelas kenapa dan mengapa tragedi tragis itu terjadi.
Adakah kelalaian perempuan itu atau sememang spesies amfibia yang diwarwarkan itu reptilia sememangnya dalam kelompok ganas dan sebagai pemburu yang pendendam. Tragedi itu saya berasa satu alasan yang kukuh harus saya selongkarkan bila saya mula mencari berita yang memuatkan mengenai keganasan serta kepungkasan reptilia berdarah sejuk itu sebelum ini. Sehingga saya mencari retorika yang jelas mengapa ia berlaku.
Saya tidak ingat tarikh berita tersebut ditulis, tapi ia tersiar di Akhbar Utusan Sarawak. Hasil dari kesan yang maha tragis itu, saya terus terpanggil untuk merangka sebuah cerpen hasil dari pembacaan akhbar pagi itu. Saya mentelaah pelbagai buku rujukan berkenaan untuk mencari spesies buaya dan alam sekitarnya dengan kewujudan dan psikologinya. Dari situ pengalaman dengan dunia persisiran memberi impak yang jelas, bahawa saya menulis dengan jiwa saya yang terkesan dengan fenomena tersebut. Ditambah lagi dengan ilmu penunduk buaya iaitu Ngalir saya menekuni seorang tua yang terkenal sebagai pawang buaya di Kota Samarahan.
Mengapa Monolog? Itulah yang saya ingin kongsikan bersama. Saya tidak melihat buaya tersebut sebagai gender antogonisnya dalam cerpen monolog, tapi dari sudut protagonisnya yang serba kompleks dan bersebab. Dan pawang buaya tersebut sebagai sisi antogonisnya, kerana pawang tersebut pernah membunuh Indok buaya tersebut sebelum itu. Mengikut cerita lisan yang saya kutip lewat seorang tua yang berpengalaman sebagai pawang penunduk buaya. Ikon dimensi dendam buaya yang sering dianggap otodoks dalam pemikiran manusia itu membuat kita tersilap, bahawa buaya juga pernah satu ketika dikatakan atau dikaitkan dengan sumpah. Di mana reptilia tersebut juga berasal dari manusia. Di mana kebenarannya fenomena tersebut saya tidak membenarkan atau membetulkan, kerana saya juga tercari-cari ikon asas yang jelas membuktikan serta tanggapan-tanggapan yang bersifat otodoks dalam konteks pemikiran dalam zaman global ini.
Zaman remaja berada di kampung saya pernah melihat sendiri daging buaya dijaja dari rumah ke rumah, ini berlaku sebelum saya mengenal dunia penulisan. Konon ceritanya sesetengah orang berpendapatan, daging buaya boleh menyembuhkan penyakit lelah atau Status Asma? Bertolak dari pemikiran-pemikiran yang sebegitu saya rasa terpanggil untuk menulis cerpen Monolog dengan gaya dan teknik yang saya kira cuba bermonolog dalam diri spesies ambifia tersebut. Malah mendepani bukanlah cara mudah kerana bahan yang saya tuangkan ke dalam cerpen itu nanti harus ada pro dan kontranya. Harus seimbangan untuk meletakkan karya tersebut pada tahap yang memungkinkan saya dikenali dalam genre cerpen seperti ujaran saudara Jaafar Haji Hamdan. Memang untuk mengharapkan sesuatu yang baik cukup membuat saya berfikir. Dan saya diculangi lewat kata-kata allahyarham Dr. Othman Putih bila cerpen Histeria saya mengimbangi peraduan menulis cerpen tahun-tahun sebelumnya saya mengenali jatidiri dalam karya saya.
>Dahiri harus mengekalkan gaya dalam cerpen Histeria. Saya tahu, memang untuk menentukan jatidiri dalam penulisan memang sukar dan memerlukan jangka masa yang relatif lamanya.<
Bermula dari pandangan yang penuh akrab itu saya cuba melakukan yang terbaik. Saya optimis, bahawa dunia penulisan sesuatu yang sukar untuk diterka akan pemikirannya, jika seseorang itu tidak peka dengan apa yang berlaku dan dilaluinya. Sejak dari situ saya berjanji kepada diri saya, saya harus melihat perspektif itu sebagai titik mula saya mengenal jatidiri yang terlalu sukar untuk saya gapai sebenarnya. Memang benarlah kejujuran menulis dan terus menulis serta pemupukan dan keyakinan kita akan menemui kenikmatan dalam diri.
Pernah satu ketika saya sering berfikir, bagaimana untuk mengekalkan stamina dalam penulisan saya kerana menulis dalam pelbagai genre seperti cerpen, puisi, novel, rencana dan skrip drama memerlukan satu variasi yang berlainan. Bagaimana saya harus memberi impak dalam karya-karya saya. Lalu saya terus mencari dan mencari teknik dan gaya penulisan tanpa mengenal penat lelah untuk mengimbangi apa yang hendak naluri saya mahukan. Dan apa kehendak khalayak sastera inginkan. Satu hal saya tidak memikirkan ia mendapat pengiktirafan atau tidak, kerana jika saya terlalu mengharapkan ia sudah pasti mengecewakan jika saya gagal menggapainya.
Berbalik kepada pemikiran spesies amfibia dalam cerpen Monolog saya mengakui, bahawa menulis cerpen tersebut memerlukan saya menjalurkan dengan pelbagai resensi diri dalam mewakili spesies tersebut untuk memberitahu, betapa spesies mereka juga ada hati dan perasaan yang terdera sekian lama tanpa diketahui oleh manusia seperti kita, bahawa penindasan terhadap mereka sering disalahertikan oleh pemikiran otodoks itu kerana atas perbuatan tersebut mereka terus ditunjukkan jalan kematian yang maha drastik dan prejudis, tapi tidak mengetahui punca sebab musabab mengapa ia terjadi. Atas alasan itu watak aku dalam Monolog yang mewakili spesies amfibia memberi alasan mengapa perkara tragis itu terjadi. Dan siapa yang telah memulakan bara dendam yang sekian lama itu dalam fenomena tersebut.
Memang saya lebih senang mengarapkan fenomena keterbalikan dalam karya saya. Saya lebih mudah memberi respon dan rasa hati yang telus menguasai puncak pemikiran dalam karya. Meskipun kadangkala saya berasa diri ini seperti diperotodokskan dalam emosi-emosi diri yang memerlukan kepuasan sebenarnya. Apapun saya bersyukur cerpen saya Monolog mengimbangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2002/2003 mampu memberi variasi dalam penulisan genre cerpen di Malaysia. Memang menyenangi teknik dan gaya penulisan seperti memberitahu, bahawa awal gaya dan teknik saya sering membuat khalayak gusar dengan gaya sedemikian apapun, ia menjadi dan memberi saya jalur yang harus saya telusuri dalam karya-karya seterusnya.
Namun saya berterima kasih kepada Dewan Bahasa Dan Pustaka Cawangan Sarawak dan Kuala Lumpur yang banyak memberi peluang dan ruang saya untuk menyalurkan karya saya dan memberi saya menimba ilmu penulisan. Kepada teman-teman yang mengenali terima kasih atas saranan dan perhatian yang memberi respon bila karya terbit. Sesungguhnya, tanpa kalian semua saya tidak berada di persada jagat kebangsaan yang menjadi idaman semua penulis. Apapun yang buruk dan jelek itu datang dari saya dan yang baik-baik itu datang dari kalian semua. Harapan saya, semoga saya mampu memberi yang terbaik untuk wakil penulis Sarawak serta menidakkan penulis Sarawak tidak ketandusan dalam penulisan yang sering diwarwarkan ada kelompangan itu.
KETERPINGGIRAN BAHASA MELAYU DALAM IKLAN
SUATU KETELUSAN RETORIKA
(HADIAH SAGUHATI PERADUAN MENULIS ESEI BAHASA PERINGKAT NEGERI SARAWAK 2005)
-APABILA kita mengatakan bahawa bahasa terdiri dari sistem perlambangan, maka ini sebenarnya menunjuk kepada hubungan antara tuturan dengan rujukan; Prof. Emeritus Datuk Dr. Asmah Haji Omar.-
Menurut kamus dewan pengistilahan iklan bermaksud penerangan kepada sesuatu yang diberitahu, dipromosikan kepada umum untuk memperkenalkan produk terbaru keluaran mereka berada di pasaran. Pun begitu iklan bukan perkara yang boleh dianggap mudah dalam penggunaan bahasa Melayunya yang tepat, betul dan bermutu. Tanpa ketelusan retorika dalam bahasa maka iklan tersebut tidak menarik keinginan serta memancing citarasa khalayak untuk membeli sesuatu barang yang hendak diiklankan. Maka iklan adalah rentasan maklumat yang memberitahu sesuatu produk kepada umum. Apa yang membimbangkan, bahasa yang digunakan dalam iklan kadangkala banyak memberi pendekatan kepada penyalahgunaan dalam penggunaan bahasa yang selaras dengan kehendak bahasa Melayu yang standard dan baku.
Memang tidak dinafikan iklan memainkan peranan yang jelas dan tepat dalam penggunaan bahasanya. Menurut Prof. Emeritus Datuk Dr. Asmah Haji Omar;
-Matlamat iklan perniagaan ialah untuk menjual, atau melariskan penjualan, supaya barang-barang dapat dijual dengan banyak dan membawa keuntungan kepada pengeluar dan penjualnya. Untuk tujuan iklan menjadi nadi penting dalam memperkenalkan sesuatu barang di pasaran. Apa yang perlu diberikan perhatian matlamat penggunaan bahasa dalam iklan adalah usaha membentuk persepsi para pengguna, mengubah dan mempengaruhi tindakan mereka terhadap iklan. Positifnya prospek tersebut juga perlu menarik dari segi laras bahasa yang cepat diingat dan menjadi ingatan pengguna.-
Sebagai percontohan yang ketara iklan juga memberi kesedaran kepada pengguna bahawa bahasa memainkan peranan yang amat besar dalam berbahasa dengan betul dengan penggunaan nahuan dan tatabahasa yang baik dan baku. Mengambil contoh dalam iklan sedikit masa dulu begitu retorika sekali, di mana pelakunya seorang ayah memberitahu anaknya perkataan bunga, tapi sebaliknya si anak tadi bukan menjawab bunga, sebaliknya mengatakan sebagai orkid. Di sini jelas merujuk penggunaan bahasa yang bertepatan dan betul dapat merangsang berbahasa sebaiknya. Tapi alangkah baiknya jika pelaku sang anak tadi menyebut bunga orkid. Secara harafiahnya memang begitu sifatnya, tapi lain pula jika secara retorikanya dalam iklan tersebut. Bunga orkid atau orkid merujuk benda yang jelas, tepat dan dapat difahami semua. Dan retorika bahasa iklan menurut Prof. Emeritus Datuk Dr. Asmah Haji Omar lagi;
-Retorik bermakna kajian mengenai penggunaan bahasa secara berkesan. Juga dalam konteks yang sesuai, perkataan ini diertikan sebagai keupayaan menggunakan bahasa secara berkesan, atau juga ciri-ciri yang berkesan dalam bahasa. Iklan adalah bidang retorik bahasa yang menarik. Dengan matlamat-matlamat yang disebut di atas tadi, kita menyimpulkan bahasa iklan sebagai bahasa pengaruhan. Dengan demikian, retorik yang terdapat dalam bahasa iklan adalah retorik pengaruhan. Ada berbagai kaedah dalam bahasa iklan yang menimbulkan pengaruh terhadap sasaran.-
Dalam pada itu aspek tertentu juga boleh mempengaruhi minda pengguna dengan retorika iklan yang menggunakan bahasa yang menyuguhkan kaedah yang saintifik sifatnya dalam acuan iklan tersebut. Meskipun begitu masih banyak yang tidak tahu betapa antara ras bahasa dalam iklan memerlukan perincian yang setepatnya, bukan boleh dianggap sambil lewa saja. Bahasa iklan mencerminkan budaya dan perspektif subjektif yang hendak diiklankan. Maka peranan tersebut bukan saja kepada pengiklanan, tapi harus tahu bahawa penggunaan laras bahasa yang kurang tepat boleh membawa mesej yang tidak tepat untuk sampai kepada khalayak. Satu hal yang menarik bagaimana peranan bahasa dalam iklan memberi impak positif yang ketara dalam iklan yang sedia ada.
Takrifan bahasa tidak harus dipinggirkan dalam iklan yang sejak sedekad ini memberi variasi yang pelbagai termasuk aspek latar, pelakunya serta kaedah-kaedah visualnya (penglihatan), aural (pendengaran) serta bahasa yang menggambarkan betapa kecekapan pengiklan seperti memperincikan bahawa iklan rentasan terbaik untuk mengiklankan produk keluaran untuk sampai kepada khalayak. Apapun ada juga sesetengah iklan dibauri sentimen yang tidak mementingkan betapa penggunaan bahasa Melayu yang tepat, betul serta bermutu juga salah satu faktor yang boleh mempengaruhi khalayak untuk membeli barangan mereka. Di sini takrifan retorika bahasa juga dianggap sebagai akar tunjang dan peranan yang memainkan situasi iklan tersebut. Bukan bahasa rojak yang tidak harus dilontarkan dalam iklan sehingga mesej yang mengelirukan diwacanakan oleh penutur atau suara latarnya sesebuah iklan. Negatifnya, iklan dengan bahasanya yang tidak tepat, betul dan bermutu boleh mempengaruhi khalayak dalam penggunaan bahasa Melayu yang standard dan baku.
Sifat-sifat otodoks dalam menangani masalah bahasa dalam iklan harus menjadi isu atau topik kerana dengan meminggirkan penggunaan bahasa Melayu yang tepat, betul dan bermutu boleh meretorikakan negatif yang kurang sihat dalam penggunaan bahasa Melayu itu sendiri di Malaysia. Meskipun ia dianggap sinigfikan yang sering diperlekehkan dalam iklan. Dalam pada itu ramai yang boleh menuturkan bahasa Melayu dengan betul, tapi secara tidak sedar ada segelintir yang masih mendialekkan penggunaan bahasa Melayu yang standard dan baku dibauri dengan sebutan telo atau sleng yang boleh membawa bahasa Melayu ke dimensi pengertian yang tidak jelas tuturannya. Seharusnya fenomena tersebut diberi perhatian sewajarnya.
Aplikasinya jelas menunjukkan bahawa bahasa dalam iklan tidak harus dianggap memenuhi kehendak bahasa Melayu yang sedia ada dalam penggunaannya hari ini. Masih banyak kepincangan serta kelompangan yang tidak seharusnya dibiarkan berlaku. Aspek nahuan dan kosa katanya serta langgam penuturan tidak seharusnya berlaku dengan perbauran bahasa rojak atau bahasa singkatan. Satu hal yang menarik jika iklan tersebut ingin memberitahu bahawa dalam menyampaikan dengan menggunakan bentuk visual dan gerak pelakunya dengan penggunaan bahasa yang tidak jelas dan tidak mencerminkan sesebuah iklan tersebut peka dengan situasi tersebut. Tidak dinafikan kelancaran berbahasa Melayu sering meragukan sesetengah khalayak yang peka. Apapun yang menyedihkan ada anak-anak terikut-ikut kononnya bahasa dalam iklan tersebut tepat, baik serta bermutu dari segi nahuan dan kosa katanya. Menurut Prof. Dr. Abdullah Hassan;
Yang lazimnya ialah bahasa Malaysia tinggi itu ternyata merupakan sebuah dialek yang menjadi norma untuk semua pihak menggunakan untuk berhubungan dalam keadaan formal. Biasanya dialek ini akan mengatasi dialek atau idiolek seseorang itu dalam usahanya untuk menggunakan ciri-ciri yang terbaik. Dengan kata lain, ini adalah suatu superlek. Dialek demikian haruslah mempunyai ciri-ciri nahuan (betul daripada segi atau tatabahasa), halus (finesse), jitu, intelektual, dan elitis. Kalau dipertuturkan dialek Malaysia tinggi juga hendaklah mempunyai sebutan dan intonasi yang sesuai.
Fenomena tersebut sudah pasti membentuk virus bahasa yang senyap menjangkiti minda generasi baru yang baru mengenal bahasa Melayu yang betul dan baku. Buku tulisan Prof. Dr. Abdullah Hassan berjudul Isu-Isu Perancangan Bahasa; Pengintelekantualan Bahasa Malaysia menulis; Masih banyak keraguan untuk mengikteletualan bahasa Melayu sebagai bahasa perantaran yang standards dan antarabangsa. Meskipun perubahan drastik tersebut acapkali mendangkalkan pelbagai pihak tertentu yang lebih suka mengaut keuntungan dari memberi perhatian yang sewajarnya dalam pengiklanan produk syarikat keluarannya. Apa yang penting pihak syarikat dapat berdiri teguh dan kukuh dalam industri pengiklanan tanpa mengambil keperluan inisiatif yang telus dalam menangani isu penggunaan bahasa dalam iklan.
Bukan mudah mendorong, mengajak, malah membuat pengiklan peka mengambil inisiatif untuk memajukan bahasa dalam iklan. Banyak faktor yang menyumbang keburukan daripada kebaikan. Sebagai contoh yang ketara, jika iklan tersebut menyebut perkataan yang kurang jelas atau bahasa rojak yang tidak standard maka ada pihak tertentu membiarkan atau membenarkan iklan tersebut demi menjaga hati pihak tertentu. Atas alasan yang tidak wajar itu harus difikirkan bukan boleh dianggap sambil lewa kerana apa berlaku sebaliknya, jika itu fenomena yang sinigfikan. Dalam situasi itu sudah pasti pencapaian penggunaan bahasa Melayu yang bertepatan, betul serta bermutu negatif sifatnya.
Menurut Prof. Emeritus Datuk Dr. Asmah Haji Omar dalam bukunya yang berjudul; Kajian Dan Perkembangan Bahasa Melayu terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka 1992. Bahasa Baku – Ke Mana Arahnya menyebut;
-Sebaliknya sebutan standard terus diperkatakan hingga sekarang ini. Bahkan apabila bahasa Malaysia baku sekarang ini, orang-orang yang terlibat membatasi diri mereka kepada bahasa baku. Bagaimanakah halnya dengan nahu dan perbendaharaan kata? Mengapakah bidang yang dua ini tidak diperkatakan? Pada pendapat saya salah satu sebabnya ialah nahu Melayu sudah baku, yakni jika kita berdasarkan bahasa tulisan.-
Dalam konteks tersebut ada pihak pengiklanan berasa tercabar dan dicabar dengan faktor dan peranan bahasa dalam iklan yang diisukan. Kepelbagaian itulah yang terus mengunci untuk memperbaiki langgam bahasa Melayu dalam sesebuah iklan. Di Malaysia amnya, semua orang tahu membudayakan iklan sesuatu produk baru menjadi satu kemestian yang telus dan berani. Pihak pengiklan sanggup berbelanja besar serta perancangan skop yang luas cakupan dan sasaran mereka, tapi kurang arif atau sengaja membiarkan bahasa dalam iklan mereka tidak memupukkan semangat untuk memajukan serta mengukuhkan bahasa Melayu yang tepat, betul dan bermutu. Malah sebutan seseorang pelaku dalam iklan juga satu peranan yang penting. Perkataan yang digunakan iaitu pembakuan sebutan a tapi dilontarkan dengan antonasi bunyi e. Fenomena tersebut menyukarkan lagi untuk memberi tanda aras standard bahasa Melayu dalam nahu dan perbendaharaan yang tepat, betul dan bermutu untuk menandingi bahasa asing tergugat dalam tindak tanduk yang sinigfikan itu.
Matlamat untuk membakukan bahasa Melayu dalam iklan kadangkala sering disalahertikan. Dalam perkara tersebut pihak pengiklan juga harus peka dengan bahasa yang harus dituturkan dalam iklan mereka. Bukan terus membiarkan bahasa itu hanya sebagai perantaraan yang tidak penting daripada produk yang hendak diiklankan. Alasannya, asalkan produk mereka laris lalu meminggirkan terus pemerian bahasa dalam iklan. Mungkin juga pihak pengiklan berfikiran jumud dalam memberi standard kepada barangan mereka sehingga berasa iklan yang menggunakan bahasa Melayu tidak penting dan tidak dapat menembusi pasaran antarabangsa. Dalam konteks tersebut, mengapa pula bahasa asing seperti bahasa Perancis, Jepun, Jerman boleh maju dengan bahasa mereka dalam semua hal hingga jika hendak pergi ke negara tersebut terpaksa belajar bahasa ibunda mereka. Bagaimana dengan bahasa Melayu kita? Adakah bahasa Melayu masih tidak layak berada di persada antarabangsa? Atau kejumudan berfikir secara realiti dan magis masih mempengaruhi atau terus mengongkong keyakinan itu?
Memang iklan memainkan peranan yang terpenting dalam organisasi sesebuah syarikat mahupun orang perseorangan untuk mempromosikan produk keluaran mereka. Iklan yang meneraju sistem pemberitahuan yang menjadi rentasan positif kepada khalayak sasaran . Satu hal yang menarik menurut Prof. Emeritus Datuk Dr. Asmah Haji Omar;
-Aspek retorik dalam bahasa iklan perniagaan mempunyai fungsi memujuk bakal pembeli dan pengguna dari segi positif serta juga negatif. Segi positifnya menyuruh orang meninggalkan barang-barang yang lain. Ada banyak cara yang dilakukan oleh iklan perniagaan dalam mencapai matlamatnya.-
Apapun peranannya dalam iklan bahasa adalah nadi terpenting di samping gerak pelaku dan bentuk visual yang hendak disampaikan kepada khalayak sehingga berasa yakin dan mempercayai bahasa Melayu bahasa yang tepat di samping dapat menyakinkan khalayak untuk mencuba produk keluaran mereka. Di sini peranan bahasa tidak boleh dianggap mudah dalam sesuatu iklan yang hendak dibuat. Perincian serta ketepatan bahasa juga boleh merangsang rasa keinginan khalayak untuk menerima dan memberi maklumbalas bahasa dalam iklan yang serba retorika sekalipun tidak harus menyimpang dan membuat sesiapa saja yang melihat iklan itu berasa tertipu.
Sistem paradoks dalam iklan amat jarang difahami jika ada sesetengah pengiklan memaparkan iklan yang berbentuk visual, tapi bila ada suara latar untuk memberitahu visual tersebut, nahu dan kosa kata bahasanya sering dipinggirkan dari pengucapan yang terkawal, maksudnya memberi penerangan dan pemerian dengan langgam bahasa yang tepat malah masih ada kepekatan bahasa Inggeris di dalam antonasinya. Definisi itulah yang sering menjadi senario klasik yang dangkal dalam mendaulatkan bahasa Melayu itu sendiri sebagai perantaran bahasa yang tepat, betul dan bermutu dalam iklan di Malaysia.
Perkataan seperti ‘sendiri mahu ingat’ dalam satu iklan satu ketika dulu juga memberi penyimpangan dalam penggunaan bahasa yang terbalik serta berbau kasar sifatnya serta memberi interpetasi yang sedikit kurang ajar kepada khalayak. Malah ada juga iklan yang memberitahu khalayak untuk mencontohi teladan yang baik, tapi bahasa yang diucap oleh pelaku dalam iklan tersebut melambangkan pelbagai reaksi negatif yang boleh mengelirukan generasi muda yang belum memahami nahu dan kosa kata bahasa yang betul dan baku.
Apa yang pasti aspek bahasa dalam iklan sesuatu yang tidak harus dipinggirkan dalam pembangunan tamadun pemikiran itu sendiri. Cakupan penggunaan bahasa Melayu yang betul memainkan peranan yang selaras dengan impian dan wawasan Malaysia yang merentasi era globalisasi antarabangsa dalam memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa yang disanjung tinggi sehingga menjadi bahasa yang standard, sehingga bangsa asing terus memberi maklum balas yang positif bahawa dalam pada itu juga peranan pengiklan untuk mempromosikan bahasa Melayu menjadi aset yang cemerlang, gemilang dan terbilang seperti apa yang sering perdana menteri laungkan demi memertabatkan bahasa Melayu menguasai dunia global menjadi kenyataan.
Apa yang jelas kini pemikiran bahasa dalam iklan mampu mengelirukan khalayak atau bahasa retorika yang digunakan juga sesuatu yang harus diberikan perhatian yang wajar untuk semua pihak. Aspek bahasa dalam nahu serta kosa kata dalam apa juga penggunaan bahasa Melayu yang standard tidak harus dipinggirkan, meskipun ada sesetengah pihak mengekspolitasikannya dalam pelbagai status dalam wacana yang berlainan genre. Namun faktor dan aspek bahasa yang betul, tepat serta bermutu mencerminkan Malaysia lambang perbendaharaan bahasa yang boleh berdiri gah di persada antarabangsa.
Bahasa rojak atau bahasa singkatan yang memancung terus nahu dan kosa katanya seharusnya diberi perhatian meskipun dunia serba pantas dalam ICT alaf kini, namun nahu dan kosa kata bahasa tidak seharusnya diperlekehkan pengunaannya. Begitu juga dengan terjemahan bahasa dalam sari kata di tv sebagai contoh yang memberi impak negatif yang cukup mengelirukan. Sesetengah pihak beranggapan terjemahan sari kata tersebut tidak perlu diambil perhatian adalah salah. Seharusnya sari kata dalam apa juga yang menggunakan bahasa Melayu sebagai pemberitahuan, seharusnya diberi perhatian yang wajar bukan dipinggirkan begitu saja.
Sehingga satu ketika penggunaan bahasa dalam iklan yang tidak melambangkan identiti Malaysia sebagai latar iklan itu dibuat kerana penggunaan bahasa Melayu yang berbaur dengan bahasa Inggeris. Malah virus pengunaan bahasa yang selaras dengan kehendak dan peranan Dewan Bahasa Dan Pustaka serta Jabatan Pendidikan Malaysia yang memberi mandat supaya bahasa Melayu menjadi nadi penting dalam arus komunikasi tidak wajar dipandang sebelah mata saja atau mengganggap itu hanya peranan orang bahasa saja yang harus memelihara akar bahasa itu sendiri satu estim prejudis yang tidak profesional.
Hari ini iklan di mana juga bahasa adalah perantaraan yang serba keperluan dan kompleks untuk memberitahu, bahawa produk yang dikeluarkan boleh memukau tahap kesedaran di samping memberi khalayak perincian maklumat berbahasa dengan tepat, betul dan bermutu. Meskipun begitu secara harafiahnya dalam bahasa ada pro dan kontranya dalam menangani bahasa dalam iklan sehingga satu ketika bahasa itu seperti konsonan yang tidak seharusnya diberi tempat yang tinggi. Sebutan bahasa juga memberi retorika yang efektif yang serba intelek dalam memberi penerangan tentang sesuatu perkataan yang jelas. Seperti;
Pelaku Pertama; Jom kita raikan bersama.
Lalu disambut oleh pelaku kedua; Yeaah, cepatlah.
Dialog tersebut sebuah dialog iklan yang selalu dimainkan di tv. Sehingga kita menjadi kesal laras bahasa yang digunakan tidak menepati kehendak situasi produk keluaran mereka. Pengunaan bahasanya sengaja tidak diberi perhatian, sebaliknya pergerakan pelaku yang memegang kadfon yang difokuskan. Di mana silapnya, malah alangkah baiknya jika bahasa yang digunakan bertepatan dengan aspek nahu serta kosa kata bahasa itu sendiri disertakan dengan gerak laku pelakunya. Maka bertambah kelasnya iklan tersebut di samping dapat memberi maklumat berguna kepada khalayak. Di sini peranan bahasa itu penting dalam nadi iklan di Malaysia.
Apa yang membimbangkan faktor bahasa dalam iklan tidak pernah diberi perhatian pengeluar iklan itu sendiri. Atau mereka tidak berani berbelanja lebih untuk memberi tugas pakar atau munsyi bahasa dalam iklan kepada yang serba arif dalam bahasa, tapi kenapa dalam iklan mereka memiliki latar yang mewah serta penggunaan ICT yang canggih? Di mana silapnya. Namun dalam pada itu ada juga pengiklan yang menggunakan bahasa Melayu yang tepat, betul serta bermutu dalam iklan keluaran mereka. Iklan-iklan yang muncul di tv atau iklan papan tanda, iklan akhbar dan sebagainya harus mencerminkan penggunaan bahasa Melayu yang tidak mengelirukan malah salah satu sumber maklumat kepada khalayak. Ironisnya, pengunaan bahasa Melayu dalam iklan bukan alasan untuk menidakkan perkara itu tidak terjadi, sebaliknya harus peka dan prihatin dalam penggunaa bahasa yang tepat, betul dan bermutu adalah cerminan bangsa Malaysia sebagai memartabatkan serta mendaulatkan bahasa Melayu merentasi arus antarabangsa dalam apa jua bidang.
BAHASA MELAYU SIRNA DALAM CERAPAN ARUS ICT
KOMUNIKASI LANGUE YANG PANDIR?
(HADIAH SAGUHATI PERADUAN MENULIS ESEI BAHASA PERINGKAT NEGERI SARAWAK 2005)
LEDAKAN arus ICT dalam pengunaannya cukup membanggakan. Pendekatan era gelombang ICT menguasai 90% ruang yang sedia ada memberi privasi kepada negara seperti Malaysia. Apa tidaknya dalam rentasan arus komunikasi yang serba canggih itu terus membuktikan bahawa Malaysia tidak ketinggalan dalam penggunaan bidang ICT yang cukup mudah dan pantas itu merentasi penguasaannya. Kemampuannya dapat memanipulasikan serta menerokai pelbagai bidang dengan teratur dan mudah. Namun di sebalik kemudahan semua itu penggunaan bahasa Melayu seperti koma dalam titik kemalapan yang terus tenat. Penggunaan bahasa Melayu seperti pepatah lama; Melukut di tepi gantang layaknya. Di mana silapnya ICT yang dianggap dapat memudahkan malah mempercepatkan dalam semua bidang hatta bahasa Melayu itu sendiri harus menerima retorika tersebut.
Kendiripun sering mempersoalkan di mana titik tolak penggunaan bahasa Melayu itu sendiri dapat berdiri megah dalam arus dan ledakan gelombang ICT yang serba canggih dan mudah itu. Memang tidak dinafikan ketelusan dalam penggunaan ICT cukup memberi kepuasan sesiapa saja hatta negara, tapi bagaimana dengan penggunaan bahasa Melayunya? Apakah bahasa Melayu itu cuma sebagai lambang atau simbolisme yang harus dipinggirkan terus dalam terjahan arus dan ledakan ICT itu?
Definisi itu seperti mencerut diri sendiri bila isu-isu yang berkaitan dengan penggunaan bahasa Melayu itu dibincangkan. Malah dalam perbincangan sesuatu majlis formal masih berlaku pengerusinya seperti enggan menggunakan bahasa Melayu dalam pertuturan, meskipun semua yang ada di situ majoritinya menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraannya. Seperti bahasa Melayu itu cuma sekadar iklan yang sesekali menyelit serta mengacaubilaukan seperti tayangan di tv. Apakah yang kita cari sebenarnya? Memartabatkan bahasa Melayu itu atau sekadar mempersendakannya di persada global? Di mana peranan untuk meletakkan taraf atau status bahasa ibunda sendiri di pentas antarabangsa? Atau pandirkah kita yang masih mengganggap bahasa Melayu dalam kelompok langue yang tidak mampu memanipulasikan dalam era dan terjahan gelombang ICT seperti terjahan gelombang maut Tsunami itu? Di manakah letaknya kombinasi bahasa Melayu itu sendiri untuk gah dalam perkomunikasinya dengan penggunaan laras bahasa Melayu yang dianggap indah dan berseni itu?
Sebagai contoh yang paling ketara perkataan yang sengaja dibiarkan menjadi singkatan yang menyedihkan, malah mampu membuat maksud perkataan tersebut sirna dalam situasi yang meragukan. Contohnya, perkataan seperti assallammualaikum disingkatkan menjadi a’kum saja selalunya dalam bentuk penulisan e-mel dan ia seperti meracau terus dalam kemelut ICT yang canggih serta memberi impak yang kurang wajar. Apa kata jika orang yang tidak memahami bahasa Melayu membaca perkataan assallammualaikum menjadi a’kum? Perspektif itu terus menyirnakan semua maksud keindahan dalam versi perkataan tersebut malah boleh memberi implikasi yang meleset dan meracau. Di mana maruah dan martabat bahasa Melayu itu di zaman ICT yang memudahkan itu? Atau masih yang beranggapan penggunaan bahasa Melayu itu tidak standard untuk dituturkan? Menurut Asmah Haji Omar;
-Laras bahasa Melayu itu indah dalam penggunaannya. Sehingga kita berasa apa yang terdapat dalam bahasa Melayu itu sendiri keindahan berbahasa yang terlalu seni. Atas alasan itu, konsepsi permikiran kemelayuan itu sendiri harus berani meredahi hutan pancungan bahasa asing demi memartabatkannya di arena antarabangsa-
Menurut beliau lagi;
-Kita harus mengakui bahasa tiap-tiap bidang ilmu itu ada laras bahasanya sendiri. Dengan laras bahasa dimaksudkan keseluruhan ciri yang meliputi penggunaan bahasa dalam bidang ilmu tertentu, bermula dari kata-kata yang merupakan istilah khusus hingga kepada cara penyusunan teksnya. Bagaimanapun, apa yang perlu ditegaskan di sini ialah para pakar hendaklah berusaha menyampaikan fikiran mereka dalam bidang mereka dengan cara yang mudah difahami. Kita mahu orang seronok membaca dan mendengar pengungkapan idea dalam bahasa kita. Kita tidak mahu mereka menganggap usaha itu menjadi beban kepada mereka-
Dari satu sisi dan rinci apa yang dikesalkan masih ada segelintir orang Malaysia sendiri tidak mahu menggunakan bahasa Melayu dalam pertuturan. Mereka berasa jengkel dan malu untuk menyuarakan sesuatu seperti bahasa Melayu ikon yang tidak harus diendahkan. Seperti ujaran yang diperkatakan Asmah Haji Omar;
-Bahasa Melayu bukan hanya bahasa orang-orang Malaysia tetapi bahasa bagi seluruh kepulauan yang dahulunya dikenal sebagai gugusan pulau-pulau Melayu. Dalam memberi gambaran sosiolinguistik (sociolinguistic profile) bagi Malaysia dengan bertitik tolak dari formula Ferguson, saya menjeniskan bahasa Melayu bukan sahaja sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa pengantar utama di Malaysia, tetapi juga sebagai bahasa antarabangsa atau bahasa internasional dengan “i” huruf kecil kerana bahasa antarabangsa dengan “i” huruf besar yang wujud di Malaysia ialah bahasa Inggeris). Perincian seperti ini disokong oleh hakikat bahawa bahasa Melayu digunakan oleh empat negara di Asia Tenggaran, iaitu Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei. Di samping itu, dalam beberapa hal rundingan-rundingan di peringkat antarabangsa, sekurang-kurangnya antara Malaysia, Indonesia dan Brunei dilakukan dalam bahasa Melayu-
Itulah seharusnya kita banggakan seperti apa yang telah diperkatakan. Aspek bahasa Melayu berperanan penting dalam merealisasikannya. Itu tidak terkecuali dalam penggunaan bahasa Melayu dalam arus dan ledakan ICT. Memang untuk menidakkan penggunaan ikon dalam arus dan ledakan tersebut tidak terkecuali penggunaannya ke bahasa Inggeris.
Harafiahnya, penggunaan bahasa Melayu dalam bidang ICT sedikit mencemaskan serta membimbangkan semua. Apa tidaknya dengan aksara tertentu dalam bahasa Inggeris pengguna terpaksa akur bahawa langue dua bahasa itu menjadi pemisah yang ketara dalam arus dan ledakan ICT. Ironisnya memberi pelbagai tanggapan, dapatkah ICT dipengaruhi bahasa Melayu? Kenapa tidak, kerana di Indonesia sendiri buku-buku yang berkaitan dengan ICT diterjemahkan ke dalam bahasa ibundanya. Malah masih boleh memberi definisi yang jelas dan tepat dalam pengunaan dan penguasaan ICTnya.
Lambakan buku-buku terjemahan itu seperti memberitahu bahawa di sebalik kepincangan dari segi sosio-ekonomi Indonesia masih mampu memartabatkan maruah bahasa Indonesia di persada antarabangsa. Tapi mengapa Malaysia menggangap perkara itu terlalu takut untuk mendepaninya atau bangsa Malaysia sendiri berasa malu dan kerdil bila diminta menggunakannya. Di Perancis, Jepun, Jerman arus dan ledakan ICT digunakan dalam bahasa ibunda mereka. Tapi negara mereka juga maju dan mampu memberi saingan yang sengit kepada negara-neraga maju lain. Negara-negara tersebut tidak gundah dengan meluasnya bahasa asing, tapi bahasa ibunda tetap diutamakan sebagai bahasa perantaraan di negara mereka.
Fenomena itulah yang terus membuka ruang bahasa Melayu itu untuk berdiri lebih gah di persada antarabangsa. Bahasa yang cukup memberi penggunaan yang tepat, jelas serta berseni tapi tidak diberi perhatian yang sewajarnya. Menurut Engku Aziz;
-Bahasa Melayu itu cerminan budaya dan kemasyarakatan rumpun Melayu yang tidak harus dipinggirkan dari penggunaan dan pendailogannya. Kita harus peka dan sensitif dengan budaya dan bahasa Melayu itu supaya dapat menarik minat bangsa asing mempelajarinya, tugas itu bukan kepada sesetengah pengkaji dan peneliti serta para akademia saja yang melihat keindahan dan kesenian di dalam rumpun dan bahasa Melayu di Nusantara ini. Ia haruslah menyeluruh dan tuntas-
Memang untuk menidakkan semua itu berlaku ia pasti merincikan sesuatu yang anti-klimaks sifatnya. Malah ada sesetengah pengkaji dan peneliti bahasa Melayu berasa jauh hati dan terpinggir bila bidang ilmu yang melibatkan rumpun dan bahasa Melayu tidak mendapat sambutan yang baik dari orang yang bertutur dalam bahasa Melayu itu sendiri. Masih ada yang berasa megah kononnya dengan berbahasa Inggeris ia memberi gambaran sifat profesional secara automatik yang jelas. Menurut Asmah Haji Omar lagi dalam faktor Psikolinguistiknya;
-Pemerolehan bahasa sebagai proses mental atau proses akaliah adalah pendirian aliran linguistik rasional. Pendirian ini berlawanan dengan aliran fikiran behaviourisme yang mengatakan bahawa pemerolehan bahasa adalah hasil proses lakuan yang bermula daripada rangsangan yang disahut oleh gerak balas (stimulus – response). Mengikut aliran behaviourisme ini lagi, maka serentak dengan adanya rangsangan – gerak balas itu, terdapat peniruan. Pendirian ini, yang dipelopori oleh Skinner (lihat Skinner, Verbal Behaviour) diterapkan dalam pengajaran bahasa, khususnya bahasa kedua dan bahasa asing dengan kaedah latih tubi (drill method) dan pengajaran terancang (programmed instruction) yang satu waktu dahulu sangat digemari. Tambahan pula kaedah-kaedah ini menjadi “fesyen” pengajaran bahasa selari dengan perkembangan teknologi makmal bahasa dalam tahun 1960-an dan 1970-an dahulu-
Memang penafian itu harus menjadi tunjang akar pemerian untuk memartabatkan bahasa Melayu menjadi ikon yang harus diperjelaskannya. Aspek penggunan bahasa Melayu harus menjadi nadi serta aset terpenting untuk bertindak dalam penggunaan serta penguasaannya. Gendernya, penggunaan bahasa Melayu dalam arus dan ledakan ICT memberi variasi yang jelas dan telus bahawa bahasa Melayu tersebut harus berterapkan kesenian dan keindahan yang tidak harus dicemarkan.
Apa yang berlaku dekad masa kini penggunaan bahasa Melayu seperti dipinggirkan penggunaannya. Seperti yang kita tahu kepincangan tersebut bukan disebabkan bangsa asing akan tetapi oleh bangsa kita sendiri. Mereka cemas dan berasa malu untuk bertutur dalam bahasa Melayu demi menjaga status. Apatah lagi jika ada bangsa asing. Namun apa yang berlaku sebaliknya, bila ada di kalangan bangsa asing tadi terpinga-pinga bila kita masih menggunakan bahasa Inggeris untuk perantaraan sesama yang bahasa ibundanya bahasa Melayu. Hasrat bangsa asing untuk mempelajari bahasa Melayu pudar bila kita yang harusnya mendaulatkan bahasa Melayu gagal berbuat demikian. Siapakah yang harus dipersalahkan dalam persoalan itu. Sedangkan kita sendiri seperti membenci pertuturan dalam bahasa Melayu.
Memang tidak dinafikan perantaraan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris seperti ras yang harus kita pelajari dalam gendernya, bukan terus meminggirkan terus pemerian bahasa Melayu itu sendiri untuk berdiri gah dan terkedepan penggunaannya. Aspek-aspek itu harus kita kikiskan dalam budaya berbahasa. Seperti kata pepatah; Orang memberi kita merasa. Apakah masih tebal kejumudan berbahasa Melayu dalam era modenisasi itu dalam diri langue kita terhadap pertuturan dan penggunaan bahasa Melayu? Sikap keteragaan terus seperti mengancam untuk mengheret ke ruang hakikat yang jelas dan tuntas untuk membudayakan bahasa Melayu supaya gah dalam mencerminkan bangsa Malaysia, bangsa yang bertutur dalam bahasa Melayu tanpa pelat keInggerisannya. Namun seperti yang telah diperakui oleh para academia seperti Asraf dalam Penerapan Teori Transformasi-Generatif Pada Tatabahasa Melayu menyatakan;
-Sesungguhnya pelbagai teori serta sikap atau pandangan yang terdapat dalam bidang linguistik akan bermanfaat bagi bahasa Melayu, jika tidak tinggal teori semata-mata. Kesilapan besar yang dilakukan oleh kaum tradisinalis untuk bahasa Inggeris mengacaukan logika yang berlaku pada bahasa Yunani-Latin dengan logika yang berlaku pada bahasa Inggeris, seolah-olah sesuatu yang logis bagi bahasa Yunani-Latin logis juga bagi segala bahasa, termasuk bahasa Inggeris. Para linguis kita akan turut melakukan kesilapan juga jika mereka tidak melihat perbezaan yang ada di antara bahasa Melayu dengan bahasa-bahasa lain sehingga akan mengizinkan bentuk-bentuk ujaran yang bersifat asing dalam bahasa Melayu. Contoh bentuk-bentuk yang keinggeris-inggerisan dan juga kearab-araban sudah banyak diperkatakan dan dapat dibaca pada hasil-hasil terjemahan daraipada bahasa Inggeris dan bahasa Arab. Ahli-ahli linguistik deskriptif yang mempertahankan aliran strukturalis seratus peratus akan menganggap bentuk-bentuk asing itu ‘betul’ dengan alasan bahawa bahasa berubah. Penerapan teori TG pada bahasa Melayu pun akan menjadi sia-sia jika sistem bahasa Melayu tidak terlebih dahulu diberi penelitian dan penilaian yang saksama untuk menyaring dan memilih ayat-ayat yang gramatis yang harus dipreskripsikan-
Secara historisnya mendepani pengaruhan bahasa asing dalam pertuturan bidang ICT tidak dapat disangkal lagi. Malah lebih parah lagi jika ia dianggap tidak mampu dan telus untuk mengimbangi apa yang telah berlaku. Seperti kerisauan itu terdapat dalam pemikiran bangsa Melayu itu sendiri untuk berubah. Seperti juga yang telah disuarakan oleh Fadilla; Penggunaan Bahasa Dalam Dunia Pernaskhahan Melayu: Suatu Tinjauan Awal Terhadap Penggunaan Kosa Kata;
-Pengaruh bahasa asing sudah dialami oleh bahasa Melayu sejak dari awal lagi. Kemasukan kata-kata Sanskerta sudah dapat diteliti pada prasasti Telaga Batu yang berasal dari abad ke-7 Masihi. Oleh sebab prasasti tersebut merupakan prasasti yang paling panjang teksnya maka data tentang bahasa yang terdapat di dalamnya cukup banyak (De Casparis), 1956:15-46). Di dalam teks tersebut terdapat istilah tentang bidang-bidang khusus yang berasal daripada kata-kata Sanskerta. Apabila dilihat perkembangan selanjutnya, bidang kata-kata tugas pun telah diserap oleh kata Sanskerta dan kemudian kata Arab. Hal ini membuktikan bahawa kemajuan masyarakat pengguna yang terus-menerus memerlukan kata-kata baru sebagai alat ekspresinya-
Memang sikap teragakan dalam pertuturan bahasa Melayu itu sendiri cerminan dominan penguasaan bahasa asing seperti bahasa Inggeris. Apatah lagi dalam penggunaan perisian bidang ICT, contohnya pengkomputeran. Cerapan beberapa istilah dalam bahasa Inggeris sudah cukup memberi arah pandu untuk melayari laman web yang sedia ada. Apapun dalam historisnya bahasa Melayu harus dipinggirkan? Lantas membiarkan bahasa Melayu sebagai bahasa mengakuri dalam kanun atau kesaksamaanya di persada global berbahasa dalam pertuturan. Jelas terbukti definisi itu tidak seharusnya berlaku jika para academia bahasa sering melontarkan kegundahan dalam penggunaan bahasa Melayu dalam bidang serta ruang yang serba maju dalam arus dan ledakan ICT.
Lantaran itu di mana halatuju yang harus difokuskan fenomena tersebut. Memang tidak dinafikan penggunaan bahasa Inggeris semakin telus dan memberi ruang yang luas cakupannya sehingga bahasa Melayu menjadi tenat dalam negara sendiri yang bahasa ibundanya bahasa Melayu, amnya berbahasa Malaysia yang sering dilaungkan bahasa itu melambangkan jiwa bangsa. Lalu di mana bangsa Malaysia itu jika masih prejudis dengan bahasa Inggeris? Atau retorika langue itu seperti Pandir moden?
Seperti yang disarankan oleh mantan DBP Datuk A. Aziz Deraman dalam bukunya Tamadun Melayu Dan Pembinaan Bangsa Malaysia (Edisi Baharu) menyatakan;
-Tanggungjawab membina dan mengembangkan bahasa Melayu ke peringkat antarabangsa, dengan mengatur langkah mula di kawasan sendiri di Asia Tenggara. Inilah tanggungjawab kita dalam kerangka wawasan 2020 atau melangkahi abad ke-21. Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura, dan negara serantau lain yang berminat harus bermuafakat memulakannya di kalangan negera ASEAN. Kita seharusnya tidak lagi melihat sistem yang berasaskan tuntutan kaum atau kenegaraan, tetapi menjengah keluar secara global, berdiri di lapangan nasional, mendorong perkembangan serantau dan mengembangkan sayap pengaruh ke tingkat antarabangsa; (Bahasa Dan Kesusaseteraan Melayu.)-
Atas sebab itulah arus dan ledakan ICT seperti memberi bauran keteragakan dalam memartabatkan bahasa Melayu menjadi perantaraan bahasa yang menjadi penuturnya bahasa yang paling jarang digunakan seharian? Tidak seperti bahasa Mandarin dan Kantonis yang menjadi bahasa dalam jaringan kelompok 10 dalam penuturan di dunia dekad ini. Dalam konteks tersebut di mana titik tolak pemerian bahasa Melayu itu sendiri untuk mendaulatkannya di negara Malaysia yang semakin membangun dan maju? Atau prejudis Pandir moden terus meneraju serta memicu halatuju berbahasa dalam pertuturan?
MEMAKNAKAN KEMERDEKAAN DALAM PEMIKIRAN PEMIMPIN
(HADIAH SAGUHATI PERADUAN MENULIS ESEI BAHASA PERINGKAT IPT/UNIMAS 2005).
-SEKIRANYA UMNO ini sebenarnya bertujuan dan berkehendak mendirikan negara merdeka di dalam Malaya ini, maka saya berharap juga pihak UMNO ini akan memandang kepada pandangan yang luas, pandangan yang dikatakan nasional atau kebangsaan itu dan jangan semata-mata menghadapkan pandangannya itu kepada pandangan yang sempit semata-mata, iaitu hidup hanyalah di bawah tempurungnya sendiri dengan tidak menghiraukan iaitu ada lain-lain tempurung yang terletak di sebelahnya-.
(Ucapan Terakhir Dato’ Onn Jaafar Dalam Persidangan Perhimpunan Agung Umno Pada Tahun 1951;)
Optimisme itulah pada tanggal 31 Ogos 1957 telah mencatatkan sejarah tersendiri negara yang bernama Malaya ketika itu. Dan berdirinya Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj (1903-1990) yang melaungkan Merdeka telah menamatkan detik kesengsaraan warga Malaya daripada cengkaman penjajahan kolonialisme. Menurut Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj;
Pengalaman kami telah menunjukkan bahawa di negeri-negeri yang ditadbirkan oleh pihak Inggeris, orang Melayu tidak mempunyai tempat mereka, hak mereka tidak dihiraukan langsung dan tidak diambil kira. Sekolah Melayu diturunkan ke taraf yang paling bawah dalam susunan sistem pendidikan, dan diberikan hanya pendidikan vernakular selama tiga atau empat tahun – pada akhir persekolahan tersebut, apa yang dapat dilakukan oleh orang Melayu ialah sekadar mencari sesuap nasi sahaja. Beberapa orang Melayu yang kaya mampu menghantarkan anak mereka ke seberang laut bagi mendapatkan pendidikan tinggi, tetapi bilangan teramai orang Melayu dipandang hina oleh sesiapa juga..Orang Melayu perlu dibantu agar dapat meningkatkan tarap hidup.
Seyugianya detik keramat itulah era kemajuan dalam semua aspek bermula daripada perancangan prasarana Dasar Melayu Baru serta pembentukan struktur untuk membangunkan Malaysia. Ekoran detik itu sejarah telah ditempah dengan jayanya, bila makna kemerdekaan itu sendiri telah diteruskan perjuangannya Tun Abdul Razak Hussein (1922-1976) Perdana Menteri Malaysia Kedua yang terus memicu serta memajukan kedaulatan bangsa dan negara Malaysia dalam arus pertanian untuk menyatupadukan rakyat, seterusnya memberi impak dalam membangunkan dari segi ekonomi dalam bidang pertanian.
Perancangan dan dasar itu terus berkembang maju. Sektor pertanian yang dirancang dalam Rancangan Malaysia Kedua 1971-1975 sinigfikan idea tersebut sebagai tahap pertamanya untuk merelevankan ideologi Rukun Negara dalam pembentukan Malaysia seperti negara-negara membangun lain yang menitikberatkan sektor pertanian sebagai sumber hasil negara ketika itu. Di mana perancangan untuk merealisasikan kedaulatan bangsa terus terbela dalam idealisme perjuangannya.
Pembentukan dasar kemajuan negara bergerak dan berdaya saing telah memberi penekanan makna kemerdekaan Malaysia diteruskan setelah perjuangan demi perjuangan berlaku. Era kepimpinan Tun Hussein Onn telah diiktirafkan terus memajukan pembangunan negara dengan pelbagai perancangan untuk meningkatkan daya saing negara.
Makna kemerdekaan terus unggul dan terbela bila mercu wawasan 2020 telah membentuk kemajuan negara Malaysia. Di mana realiti dan retorika minda warga Malaysia sendiri melihat rentasan dan ledakan arus teknologi maklumat terus diberi perhatian. Realiti Koridor Raya Multimedia (MSC), Menara Berkembar Petronas, Litar Sepang serta kemajuan yang selaras dengan pemikiran-pemikiran Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah mencatatkan wawasan yang jelas dan terancang yang telah diilhamkan Dato’ Seri Dr Mahathir Mohammad (1925-2004). Menurut Dato’ Seri Dr Mahathir Mohammad;
Bukan kecil tugas kita untuk meneruskan perjuangan kemerdekaan kita ini kerana rupanya selain memerdekakan, kita juga mengisi kemerdekaan itu jauh lebih sengsara… (04 Mei 1996).
Dan menurut Dato’ Seri Dr Mahathir Mohammad lagi dalam teks ucapan (Wawasan Menuju Puncak 2003);
Dari awal-awal lagi, wawasan 2020 juga telah menjelaskan bahawa Malaysia tidak harus dimajukan hanya dari segi ekonomi sahaja. Ia mesti menjadi sebuah negara yang maju sepenuhnya bersama-sama semua dimensi; dari segi ekonomi, politik, sosial, spirituil, psikologi dan budaya.
Makna serta pemikiran kemerdekan terus tertanam kejap di sanubari pemimpin Malaysia dengan pelbagai dasar pembangunan dan kemajuan untuk meningkatkan apa sahaja yang berkaitan dengan dasar Malaysia Negara Maju terlaksana. Buktinya, Putra Jaya yang gah di mana dunia telah memberi mercu tanda Malaysia untuk lebih dihormati dan disegani negara-negara maju lain selaras dengan dasar dalam bidang Ekonomi, Pertanian, Teknologi Maklumat serta matlamat Malaysia Boleh yang realitinya dengan penawanan puncak tertinggi gunung Everest. Itulah bukti dan janji yang telah diwarwarkan oleh warganya, bahawa Malaysia juga mampu melaksanakan apa sahaja sarat impian dan harapan bentuk pembangunan negara maju dalam memaknakan kemerdekaan terus unggul di sanubari setiap warga Malaysia.
Cogan kata Cemerlang, Gemilang dan Terbilang terus meletakkan nama Malaysia gah di persada antarabangsa, bila muncul seorang lagi pemimpin yang berwibawa dalam sektor Bioteknologi, di mana beliau seterusnya dengan cita-cita murni dalam pegangan pembentukan Islam Hadhari. Namun Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi terus berikrar, bahawa konsep Islam Hadhari itu haruslah selaras dengan pembentukan ras integrasi nasional. Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi terus meletakkan pemikiran kemerdekaan Malaysia di peta dunia, bila isu-isu kemanusiaan juga diberi perhatian. Isu-isu antarabangsa mula dilontarkan di Pertubuhan Persidangan Islam (OIC). Isu kebebasan negera Islam seperti Plastine, pencerobohan Amerika Syarikat ke Iraq, malah ledakan arus tnusami tidak dipinggirkan dalam memaknakan pemikiran kemerdekaan yang universal sifatnya kepada Malaysia. Menurut Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi;
Dalam saat-saat seperti ini sewajarnyalah kita mengenang khidmat bakti mereka dan untuk itu sebagai memperingati dan menghargai perjuangan mereka kepada agama, negara, bangsa dan parti, marilah kita sama-sama dengan penuh khusyuk dan ikhlas membacakan surah al-Fatihah semoga pahala bacaannya diterima oleh s.w.t, dan ganjarannya disampaikan kepada roh-roh Allahyarham-Allahyarham tokoh-tokoh perjuangan kita. (Utusan Malaysia online 2005).
Sinigfikan globalisasi memaknakan kemerdekaan dalam diri pemikiran pemimpin-pemimpin kita nan lalu telah memberi definisi yang jelas dan luas tentang kemerdekaan Malaysia yang ke 48 ini. Negara Malaysia yang tidak boleh dianggap negara sebelah sini yang kecil lagi dalam semua aspek seperti Pembangunan, Ekonomi, Kemajuan serta Teknologi Maklumat. Malah Malaysia yang gah di persada dunia tanpa retorika yang pandir dalam memaju serta memicu gerak langkah ke destinasi negara maju 2020. Pemikiran tokoh pemimpin terus memugarkan serta mencetuskan semangat perjuangan yang berakar umbi untuk terus memajukan dalam proses transisi negara Malaysia ke alam masyarakat bermaklumat tetapi bertunjang adat budaya serta bernilai murni warganya.
PENGUCAPAN YANG TIDAK TERKAWAL
MEMBACA puisi Hati Untuk Dia (II) karya Hasmadi Bujang dan Suatu Persoalan Kepada Diri karya Robby Emang yang tersiar di wadah Jendela Sarawak Disember 2003 menambah lagi keterlibatan penulis baru di persada sastera di Sarawak. Semoga dengan keterlibatan itu merancakkan lagi sastera kita. Tahniah diucapkan kepada mereka kerana terpilih dalam wadah seperti Jendela Sarawak yang hanya memberi ruang kepada karya yang bermutu saja untuk disiarkan.
Membaca puisi mereka saya seperti diberi penjedaan demi penjedan hal yang berkaitan dengan rasa tanggungjawab sebagai pembaca untuk membantu mereka berdua. Satu hal yang menarik tentang mereka, nama yang tidak pernah saya lihat menghasilkan karya sebelum ini. Pun begitu saya yakin mereka mampu pergi jauh jika diberi ruang dan peluang yang mencukupi pendedahan demi pendedahan hal yang berkaitan.
Memang awal pembacaan saya terhadap puisi mereka seperti memberi saya pada pengucapan yang serba meragukan dan mengelirukan. Namun saya optimis atas kekeliruan dan keraguan itulah yang mendesak saya untuk melihat karya tersebut dari sudut positif demi menyuburkan bakat dan semangat mereka untuk tampil lebih berani dan yakin dalam menghasilkan karya selepas ini. Itulah sarat harapan saya supaya apa yang saya sentuh dalam karya mereka akan diambil sebagai hala tuju untuk membentuk mereka ke jalan sehala yang positif sifatnya.
Mengapa dengan Hati Untuk Dia (II) dan Suatu Persoalan Kepada Diri? Pertama kali disuakan dengan kedua-dua puisi hasil penulis baru di persada pemuisian di Sarawak yang cukup bercelaru dan tidak bersinambung sifatnya. Sehingga apa yang dihadirkan tentang watak dia dalam puisi tersebut tidak berkesan langsung. Baris pertama lagi;
(seperti bagai) sekuntum mawar yang tiada (punya) kembang lagi
daun jatuh (terkulai) matahari tiba dan (pergi) siang
malam tumbuh (lembah batu villa)…
Satu persoalan yang cukup mengelirukan. Saya percaya jika diajukan sendiri dengan penulisnya sendiri, dia pasti tidak faham dengan apa yang ditulisnya! Mengapa? Pertama baris-baris yang dihadirkan seperti tidak ada jiwa atau roh puisi didalamnya. Ia sekadar bersifat harafiah yang tidak berfungsi langsung untuk menghasilkan kepuitisan dalam puisi yang jelas dengan kesederhanaan dan kelembutan dalam sinigfikan yang berjaya menghadirkan keinginan pembaca untuk mengetahui cerita dalam puisi tersebut.
Perkataan seperti seperti bagai, punya terkulai, pergi dan lembah batu villa seperti tidak selaras dengan maksud yang hendak disampaikan. Terlalu mengelirukan dalam konteks unggapan pada baris-baris puisi tersebut. Atau dalam kata lain Hasmadi seperti tidak begitu kritis dan puitis dalam menghadirkan unggapan untuk puisinya. Hasmadi masih belum bersedia untuk melahirkan puisi. Dengan nada dan unggapan yang seperti simpang siur tanpa arah tujuan yang jitu untuk menanggapi maksud sebenar yang hendak disampaikan lewat puisi tersebut. Atau lebih tepat lagi karya itu tidak layak dinamakan puisi.
Ini berlainan sekali dengan puisi Suatu Persoalan Kepada Diri karya Robby Emang yang lebih bersifat sedikit sederhana, tapi memiliki kedirian dalam puisi dan penuh dengan persoalan yang berkait rapat dengan dirinya?
Untuk apa
tumpang gembira
di atas dahan derita
sedang pada dirinya
tiada ada apa…
Satu pengucapan yang menjurus kepada pertanyaan yang saya kira cukup ekonomis sifatnya, tapi masih boleh diperbaiki. Antara dua penyair baru ini, Robby lebih terserlah kepenyairannya. Dan saya merasakan kehadiran mereka jika diberi pendedahan pasti boleh memberi sesuatu yang cukup bererti dalam persada kepuisian di Sarawak. Cuma mereka perlukan sudut bimbingan yang berkesinambungan dalam menghasilkan karya.
Saya merasakan Hasmadi Bujang perlu peka dan teliti dengan gaya penulisan puisi yang lebih berani dan tidak mengabaikan diksi yang lebih terarah dan jelas fungsinya, bukan menulis mengikuti kemahuan diri untuk mencuba gaya lain yang tidak dapat difahami sendiri olehnya. Penulis baru seperti Hasmadi dan Robby perlu banyak meneliti puisi orang lain sebelum menulis puisi. Di situlah menguji sejauh mana kekuatan dan kelemahan untuk memperbaiki diri dalam menghasilkan karya.
Apa yang menariknya tentang kedua-dua penulis baru ini ialah seperti ada pengucapan yang sedikit berani dan terarah pada kejatian diri, meskipun mereka belum boleh dilebelkan seperti itu. Tapi hakikatnya, perlu ada rangsangan individu tertentu untuk memarakkan lagi semangat mereka. Rangkap seterusnya;
hanya kini kujumpa ilhamku kucuba memamah kembali
nasibku (lelah dilantai) agar dia terus bahagia….
Satu pengucapan yang aneh dan sedikit mengelirukan. Mengapa Hasmadi harus meletakkan keraguan dalam menulis? Itu yang saya rasakan. Seperti ada sedikit kekeliruan dalam diri Hasmadi. Pengucapan yang secara langsung tidak bersinambungan, malah seperti mendorong pembaca mula muak dan tidak berminat untuk membaca baris berikutnya. Ini berlainan sekali dengan puisi Robby yang lebih terarah membincang atau memfokuskan dengan cerita yang tidak mengelirukan. Perhatikan baris berikutnya,
atasnya cuma
ranting-ranting kuru (s) tidak teruru (s)
dan
dedaun lay (u) lagi kak (u)
mengira detik
baginya
untuk menjadi lebih kaku
dan terus kaku!
Robby pula seperti cuba mencari rima dihujungnya untuk lebih menarik dan sedap didengar, meskipun persoalan dalam puisi tersebut belum menjamin karya itu baik, tapi jika diberi pendedahan dan rangsangan boleh meletakkan Robby sebaris dengan penulis muda lain di Sarawak.
Persoalannya sekarang ialah saya seperti tidak memberi ruang pada kedua-dua penulis baru ini. Seperti ada sesetengah berkata, membunuh terus minat mereka untuk berkarya. Namun saya percaya mereka berdua bukan jenis begitu. Mereka harus menerima ini sebagai titik mula berkarya dan lebih banyak membaca karya orang lain bukan untuk meniru, tapi untuk membuat perbandingan supaya mampu memberi pendedahan dalam karya mereka. Dan saya pasti tidak ada perkara yang mustahil dalam menulis puisi, kerana kemustahilan itulah yang terus menyuburkan daya minat kita untuk lebih berani dan tegar menulis puisi yang setanding dengan orang lain.
Robby yang lebih menyerlah dengan diksi pendek dan ketara sifatnya harus melihat ruang dan persoalan diri yang tidak tahu hendak kemana. Baris seperti;
dedaun layu (lagi kaku)
Terasa sedikit janggal. Mengapa tidak menulis dedaun layu dan kaku itu lebih telus sifatnya. Namun keberanian itu harus ada retorika dan subjek yang jelas untuk disampaikan dalam karya kita. Bukan sesuka hati menulisnya. Saya percaya tentu Robby sendiri keliru dengan apa yang ditulisnya sendiri. Atau sememangnya Robby ingin mencuba sesuatu prasa yang baru? Dan saya tidak melihat itu sesuatu yang baru sifatnya.
Satu hal tentang Hasmadi masih perlu banyak yang diperbaiki. Tentang gaya bahasa, kepadatannya serta tidak terlalu harafiah sifatnya. Harus meletakkan sasaran puisi itu pada diksi yang sejelasnya dan memberi kepada khalayak sesuatu yang sederhana sifatnya tapi menggugah! Bukan menulis dan menulis dengan syok sendiri sehingga apa yang dilahirkan itu tidak mengalir secara jujur dalam diri, tapi tumpuan kita bercelaru dan keliru. Maka lahirlah puisi yang bercelaru dan mengelirukan diri sendiri. Bagaimana pula pada khalayak?. Hasmadi harus mencari subjek yang lebih unggul dalam puisi. Bukan mengikut kata hati dan dengan bahasa yang Hasmadi sendiri tidak tahu fungsi dan ketepatannya. Seperti baris ini;
(mewah menyemarak lapuk berkerut ditinggalkan)
ketika bermulanya dia lari (dari pertemuan aku)
hanya kujumpa ilhamku kucuba memamah kembali
nasibku (lelah dilantai) agar dia terus bahagia…
Secara keseluruhan prasa tersebut menggambarkan tentang diri yang lari dari kemelut dia ketika dalam pertemuan dan aku hanya bertemu semula ilhamnya untuk mencari bahagia. Masih perlu Hasmadi perbaiki setiap diksi dan prasanya. Bukan hanya syok sendiri. Satu hal yang menarik tentang rangkap tersebut unggapan lelah dilantai baik sekali dalam keseluruhan puisi ini. Tapi itulah yang saya katakan, unggapan yang baik tidak menjamin puisi tersebut menjadi baik, jika keseluruhannya masih mengelirukan dan meragukan pembaca.
ke sana ke mari kutanyai orang yang mengetahui
sehingga ke (gurun sahara) kucari…
Logikanya mengapa ada baris gurun sahara ditonjolkan? Tidakkah ini mengelirukan? Baris awalnya ke sana ke mari kutanyai orang yang mengetahui…mengapa sejauh itu ke gurun sahara atau secara logiknya dia pergi ke gurun sahara kerana apa? Itu tidak dijelaskan di dalam puisi ini. Baris seterusnya;
sudah tiada air sudah tiada pokok untuk berteduh
hanya bara kepanasan menyelimuti
di mana harus fikiran
ku berada mungkinkah di angin mungkinkah di angkasa
detik seringkali (berdering) hanya jawaban
syahdu terpaksa kusambut…
Perhatikan baris detik seringkali berdering hanya jawaban syahdu terpaksa kusambut… mengapa detik berdering? Dan syahdu terpaksa disambut. Setahu saya syahdu semua orang memerlukannya, bukan terpaksa disambut. Walhal orang menginginkan syahdu? Kekeliruan itulah yang saya katakan harus diambil berat Hasmadi bukan menulis mengikut kehendak hati yang tidak jujur dan tidak mengulangi membaca puisi untuk memahaminya. Kalau Hasmadi sendiri tidak faham, bagaimana pula dengan orang lain. Ibarat ibu ketam mengajar anaknya berjalan lurus.
Apa yang menarik kedua-dua penulis baru ini harus berani mencari sesuatu subjek yang jelas dan telus dalam berkarya. Bukan mengikut rasa yang tidak pasti tentang apa yang hendak ditulis. Namun saya percaya mereka akan mengambil iktibar dengan apa yang dikritik ini. Selamat berkarya.
PERKEMBANGAN CERPEN DI SARAWAK;
PERSPEKTIF PENULIS MUDA.
-Kertas kerja ini dibentang sempena Perkampungan Penulis Muda Malaysia di Hotel Continental Kuching Sarawak Anjuran Dewan Bahasa Dan Pustaka Kuala Lumpur pada 12-15 JUN 2003-
PENDAHULUAN.
Kertas kerja ini satu tanggapan awal dalam mencari rumusan yang serba ringkas perihal kegiatan dan perkembangan cerpen di Sarawak. Tanggapan awal yang dimaksudkan hanya berlegar sekitar ruang lingkup penulis muda dalam penulisan sastera kreatif. Saya tidak akan menyentuh penulis mapan di Sarawak kerana sebelum ini sudah ada yang memperkatakannya dalam kertas kerja mereka. Saya hanya memfokuskan kepada penulis generasi baru Sarawak yang dilihat mampu mengimbangi penulis yang sedia (mapan) di persada kesusteraan di Sarawak.
Penulis generasi baru harus diberi pendedahan selektif mungkin. Itulah sasaran awal dalam kertas kerja ini. Apapun, hanya genre cerpen yang akan diperkatakan. Genre yang banyak mengetengahkan bakar-bakat baru penulis dalam penghasilan karya. Kehadiran mereka di persada kesusteraan di Sarawak memberi gambaran awal bahawa penulisan sastera kreatif dalam genre cerpen ada kesinambungannya. Pada merekalah persada sastera Sarawak terbentuk dimensi kesusasteraan yang mampu mengangkat status penulis dan karyanya, seterusnya berkembang dalam penghasilan karya-karya yang bermutu.
SEJARAH AWAL PENGLIBATAN PENULIS MUDA SARAWAK
DALAM GENRE CERPEN.
Awal tahun 1991 nama seperti Levis Empanang Taka, Tega Bilong dan Haslinda Nong Chee sudah mendapat tempat dalam persada sastera Sarawak dan media kebangsaan. Namun hanya Livis Empanang Taka dan Tega Bilong yang memecah tradisi penulis muda ketika itu dalam penghasilan karya, khususnya genre cerpen. Livis Empanang Taka dengan cerpennya Demi Sebuah Kemerdekaan memenangi tempat kedua, dan cerpen Misi Sadok memenangi Hadiah Penghargaan, Hadiah Cerpen Maybank – DBP V/VI – 1992 – 1995. sementara Tega Bilong dengan cerpennya Anekdot Seorang Pejuang memenangi Hadiah Penghargaan Hadiah Esso – Gapena IX – 1994 – 1995.
Kehadiran mereka di persada sastera Sarawak ketika itu dilihat perkembangan yang positif kepada penulis muda lain untuk mengikut jejak mereka. Penulis muda lain seakan cemburu dengan bakat dan kreativiti yang terhasil dalam karya mereka dan acapkali karya mereka diberi perhatian akedemia sastera seperti Dr. Othaman Putih, Hamzah Hamdani, Ali Majod dan Dr. Sahlan Mond. Saman yang sering menjadi panel penilai peraduan atau sayembara menulis sastera kreatif. Keaktifan dan bakat Livis Empanang Taka, Tega Bilong dan Haslinda Nong Chee terus berkembang dalam jagat percerpenan di Sarawak.
Pencapaian yang ketara pada bakat dan kreativiti mereka memberi kesan yang cukup mendalam kepada Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak sehingga memberi ruang kepada penulis muda seperti Haslinda Nong Chee untuk Projek Khas Penulis Muda DBP dan dengan itu terhasillah kumpulan cerpen yang berjudul Rindu Sang Puteri terbitan DBP / 1998. Pun begitu keaktifan dan keseriusan Livis Empanang Taka dan Tega Bilong terus menghasilkan karya yang cukup baik. Di mana dua buah cerpen Livis Empanang Taka mengimbangi (Hadiah Penghargaan) Peraduan Menulis Sastera Kreatif DBP / 1991 iaitu dengan cerpennya Laluan Maut dan cerpen Pak Balong memberi gambaran bahawa bakat milik Livis Empanang Taka dilihat satu proses positif penulis muda Sarawak yang cukup menjanjikan.
Begitu halnya dengan Tega Bilong penulis muda generasi baru yang dilihat mampu berkembang dalam genre cerpen. Pencapaian dan bakat milik mereka terus mendapat perhatian. Malah kehadiran Livis Empanang Taka, Tega Bilong dan Haslinda Nong Chee di persada sastera Sarawak dalam genre cerpen membuka horizon baru kepada penulis muda bahawa ruang untuk mereka berkarya terbuka luas. Selepas itu muncul satu persatu penulis muda lain seperti Dahiri Saini, Sriwati Labot, Abang Median Abang Sait, Azeman Jarani, Sophia Michael Jenang, Stephen Chung Nguk Huoi, Naziah Naziri, Abdul Malek Haji Bedu, Norasmah Othman Pawi @ Noor Abby, Muhaimi Suhaili, Jaya Ramba, Jemat Gani, Yusof Lotot, Rashid Hassan, Bolhassan Mohd (sekadar menyebut beberapa nama) yang sudah pasti memberi saingan positif dalam penghasilan karya dan merancakkan lagi kegiatan kesusteraan di Sarawak khususnya genre cerpen.
HADIAH PENGHARGAAN PENULIS SARAWAK (HPPS);
PENCAPAIAN PENULIS MUDA.
Kalau awal tahun 1992 Tega Bilong dengan cerpennya Belian Tumbang Di kaki Bakun, tahun 1993 beliau menghasilkan cerpen Keliring yang mengimbangi Hadiah Penghargaan Penulis Sarawak (HPPS). Namun hingga ke tahun 2003 persada sastera Sarawak juga seperti kehilangan penulis muda yang berbakat seperti Alantha Nyibomp dengan cerpen; Puisi Untuk Mimi (1995). Roziah Taib dengan cerpen; Keinsafan (1995). Abang Median Abang Said dengan 3 buah cerpennya; Catatan Katarsis Diri (1995), Benarkah Begitu (1996), Dari Dalam Diri (2000). Rabian Ahim dengan cerpen; Secalit Warna Sekepal Tanah (1996). Iqmal Hisham Dolek dengan cerpen; Tiada Bulan Di Oklahoma (1997). Azeman Jarani dengan cerpen; Antara Aku, Angin dan Sang Buana (1997). Dan Abdul Malek Haji Bedu dengan cerpen; Jejak-Jejak yang Hilang (1997). Namun khalayak sastera Sarawak masih ada penulis yang mampu bertahan dan aktif seperti Norasmah Othman Pawi @ Noor Abby dengan 3 buah cerpen; Mawar Putih Untuk Mummy (1997), Fragmen Perempuan Merdeka (1998), dj@hotmail.com (1999). Dahiri Saini dengan cerpen Latah (1993) dan cerpen Mentafsir Mimpi (1998). Sementara Sriwati Labot dengan cerpen; Halimunan (1999).
Hadiah Penghargaan Penulis Sarawak (HPPS) yang memberi pengiktirafan setiap tahun untuk menilai karya yang pernah tersiar di semua akhbar yang dianggap status yang boleh merealisasikan harapan dan peranan Dewan Bahasa dan Pustaka dalam penulisan genre cerpen di Sarawak. Menurut Dr. Othman Putih perihal cerpen Mawar Putih Untuk Mummy karya Norr Abby;
Pada awal kertas kerja ini, saya petik dialog seorang anak terhadap ibunya iaitu; “…Susahkah untuk menjadi seorang dewasa…?” Sesungguhnya, secara sedar tentunya, saya relasikan anjakan dari sesuatu ruang ke suatu ruang yang lebih terbuka horizonnya sebagai mobiliti ke arah peningkatan yang lebih dewasa dan matang. Ya, apakah sukar untuk seseorang pengarang itu untuk menjadi besar dan bermakna dalam menjalani kehidupan sastera? Petikan dari cerpen Noor Abby itu merupakan wacana alegoris yang tidak mustahil dapat dijadikan iktibar dalam usaha dan upaya menjana gerak lonjakan cerpenis-cerpenis Sarawak agar lebih yakin diri dan pragmatis untuk tampil hadir bersama-sama cerpenis dari seluruh negara, tentunya dari pelbagai mandala menyumbang kepada pengisian khazanah kesusasteraan. – (Cerpenis Sarawak dalam Perdana Kesusasteraan Kebangsaan m/s 53 Dewan Sastera Febuari 1998).-
Perkembangan cerpen di Sarawak dilihat percambahan penulis muda dalam genre percerpenan cukup membanggakan, meskipun mereka masih belum berani dan yakin dalam menghasilkan naratif yang bersifat intelektualisme dalam karya. Benarkah? Kalau dilihat karya penulis muda Sarawak ada karya yang mampu menggugah tahap pembacaan akademik dan pakar dalam sastera. Dalam kontek keberanian dan ketelusan mencipta retorika dan membentuk teknik dalam penulisan karya mahu tidak mahu penulis muda Sarawak harus kembali kepada pepatah lama; Kalau tidak dipecahkan Ruyung, manakan dapat Sagunya.
Meskipun masih terdengar rungutan dari khalayak sastera yang keliru dari segi logika dan retorika dalam penghasilan karya. Apa yang pasti, karya mereka masih pada tahap yang belum berani dan serba yakin untuk melonjakkan diri dalam menghasilkan karya yang benar-benar dapat menarik perhatian khalayak sastera atau mereka masih belum bersedia dengan apa yang telah terhidang? Peraduan, sayembara dan sebagainya yang menjadi asas penting mengukur kemampuan untuk berdiri sama tinggi dengan penulis lain dalam menghasilkan karya yang benar-benar bermutu dan berilmu.
Memang sepatutnya penulis muda belajar dari yang apa yang telah berlaku atau mencari bagaimana melahirkan karya yang terbaik dari yang baik. Logikanya sebagai penulis muda yang ada potensi harus berani menghasilkan karya yang tidak pernah dicernakan oleh penulis lain sebelum ini tanpa prejudis diri. Tanpa keberanian yang dicipta dalam diri penulis muda tidak akan dapat bersaing dalam menghasilkan sesebuah karya. Apatah lagi untuk merentasi arus sastera perdana kebangsaan yang dilihat satu perjalanan yang penuh berliku dan sukar sekali. Penulis muda harus berani mencari satu horizon untuk menghasilkan karya yang benar-benar baik dan mampu mengimbangi prasyarat sastera perdana kebangsaan dalam mandala global masa kini.
PENULIS MUDA SARAWAK;
JEJAK-JEJAK YANG HILANG.
Apa yang jelas dan pasti sekarang, kita seperti kehilangan terus beberapa orang penulis muda yang berbakat dan berpotensi besar di persada kesusasteraan di Sarawak. Contohnya, bakat yang mampu menyerlah seperti Livis Empanang Taka (Iban), Tega Bilong (Kayan), Haslinda Nong Chee (Melayu/Melanau), Abang Median Abang Said (Melayu), Naziah Naziri (Melayu/Melanau), Muhaimi Suhaili (Melayu/Melanau) dan Stephen Chung Nguk Huoi (Cina/Iban) antara penulis generasi baru yang berpontensi dalam penulisan genre cerpen di Sarawak. Kehilangan jejak mereka memberi kelompangan yang agak besar pada kegiatan kesusasteraan di Sarawak. Mereka merupakan antara contoh penulis generasi baru yang memiliki bakat dan kreativiti yang jelas dalam karha masing-masing. Apapun ‘Hanya Jauhari Yang Mengenal Manikam’. Kehilangan mereka seakan memberi kesan yang jelas bahawa persada sastera Sarawak memerlukan penulis yang dari pelbagai kaum dengan pelbagai adat budaya tercerna dalam karya yang serba bervariasi. Itulah keunikan kegiatan sastera di Sarawak.
WADAH PENYIARAN KARYA DAN BUKU
YANG TELAH DITERBITKAN.
Penulis muda Sarawak tidak berasa terpinggir lagi dengan adanya wadah akhbar seperti Utusan Sarawak yang menyediakan ruang kesusasteraan seperti Yang Indah Itu Bahasa yang tersiar pada setiap hari Selasa yang memfokuskan karya penulis yang sudah menulis. Sementara Wadah Bahasa Dan Sastera setiap hari Rabu memberi ruang kepada penulis baru, di mana karya mereka diulas dan dibimbing oleh penulis mapan. Sementara naskhah Jendela Sarawak terbitan Dewan Bahasa Dan Pustaka pasa setiap 3 bulan sekali seakan memberi impak positif untuk berkarya yang tidak boleh dianggap lompang lagi dari segi wadah penyiaran karya sastera di Sarawak.
Apapun sejak tahun 1991 hingga tahun 2003 buku yang telah dihasilkan penulis muda Sarawak masih belum memberi gambaran penulis muda Sarawak aktif dan selektif penulis generasi baru di Semenanjung. Buku genre cerpen yang diterbitkan boleh dianggap masih jauh lebih kecil kuantitinya. Dalam faktor apakah penulis muda masih tidak mampu menghasilkan karya-karya yang terbaik. Cuma kumpulan cerpen Rindu Seorang Puteri (DBP/1998) oleh Haslinda Nong Chee. Kumpulan cerpen Mawar Merah Untuk Slena (Gaya Media/1999) oleh Abdul Malek Haji Bedu. Dan kumpulan cerpen Merentas Minda (DBP/2003) oleh Dahiri Saini (dalam proses penerbitan) yang memberi gambaran bahawa penulis muda Sarawak harus merebut peluang dan ruang untuk menghasilkan karya yang baik dan menarik untuk diterbitkan dalam bentuk buku.
MASA DEPAN PENULIS MUDA SARAWAK
DALAM ARUS PERCERPENAN.
Membaca hasil karya penulis muda Sarawak satu pengisian yang relevan dari perspektif generasi baru. Kehadiran mereka seakan memberi perkembangan yang positif demi merealisasikan harapan dan peranan Dewan Bahasa Dan Pustaka Cawangan Sarawak dalam perkembangan genre cerpen khususnya penulis muda. Keprihatinan Dewan Bahasa Dan Pustaka Cawangan Sarawak seakan memberi ruang dan membuka horizon untuk mereka terus menulis dan seterusnya menghasilkan karya.
Memang karya mereka masih terlalu awal dianggap baik dan bermutu seratus peratus, namun khalayak sastera harus berlaku adil dan optimisme dari sudut retorika yang jujur dan jelas yang dituang dan digarap mengikut latabelakang pendidikan yang berbeza serta pengaruh pembacaan karya yang menjadi idola mereka sebelum itu.
Membaca karya penulis muda Sarawak sejak akhir-akhir ini bahawa penulis muda Sarawak mampu melakukannya. Nama seperti Sriwati Labot, Jaya Ramba, Norasmah Othman Pawi @ Norr Abby dan Dahiri Saini pernah disiarkan, meskipun mereka tidak seaktif penulis generasi baru Semenanjung. Namun penulis muda Sarawak mampu menjelmakan pelbagai mesej dan mencipta jatidiri dalam jalur dan acuan karya meskipun kebanyakan karya mereka masih dalam kepompong yang belum menjanjikan ketelusan mengangkat karya tersebut ke peringkat yang lebih baik dan seterusnya mendapat perhatian pengkritik.
Akademia dan pakar sastera kreatif dalam genre cerpen seperti Dr. Othman Putih, Hamzah Hamdani, Ali Majod, Dr. Sahlan Mohd Saman dan S. Othman Kelantan seakan optimis dan positif dengan perkembangan genre cerpen di Sarawak khususnya penulis generasi baru. Menurut S. Othman Kelantan;
Malah pemilihan bahan psikologi seperti tekanan schizophenia, hallucination, obsessional neurosis dengan perlakuan watak tertentu seperti dalam cerpen Mentafsir Mimpi merupakan keseriusan penulis cerpen kita meneliti dan mempelajari subjek yang hendak dijadikan cerpen. Pembaharuan cerpen kita bukan sahaja memerlukan penulis yang serius tetapi juga penulis berilmu.
–(Kajian: Analisis Cerpen Dewan Sastera Febuari, Falsafah Kematian dalam Cerpen, m/s 45, Dewan sastera Mac 1998.)-
Apapun tidak menjadi satu kekangan jika pemerhati sanggup membaca dan meneliti dengan jelas apa yang dituangkan dalam jalur dan acuan karya penulis generasi baru Sarawak. Sikap prejudis diri tidak harus menjadi titik tolak meminggir terus karya mereka dengan pelbagai alasan yang kurang wajar kerana proses menjadi penulis; Perjalanan dan pengalaman yang sukar serta serba berliku. Klimaks itu harus menjadi arah yang positif sebelum membaca, mentelaah serta mendepani karya mereka dengan keterbukaan minda dan optimisme.
Apa yang jelas, penulis muda Sarawak harus akur dan berani mencari satu rumusan khusus dan pemerihalan yang bersifat intelektualiti dalam penghasilan karya. Memang melalui proses pengalaman dan pembacaan dapat memberi ideologi untuk menulis, tetapi cukupkah dengan tuntutan intelektualiti khalayak sastera yang mahu perubahan drastik yang wajar dan berasas terjalur dalam acuan karya. Hasil dari tepu pemikiran dan kekentalan minda mampu mengangkat martabat penulis muda Sarawak di persada arus perdana kebangsaan.
Ini jelas ketekunan penulis seperti Jaya Ramba dan Jemat Gani yang memperlihatkan kejelasan dalam berkarya meskipun ada sesetengah penulis muda masih terikat dengan bentuk dan teknik konvensional dalam karya. Hanya segelintir saja yang berani melarikan diri dari naratif konvensional yang dituangkan dalam acuan karya mereka demi mencari horizon yang berbeza cakupannya. Cerpen-cerpen yang lebih maju dan terkedepan yang tidak terikat dengan bentuk asas dan perihal konvensional itu sendiri.
Apa yang digarapkan dalam karya satu dimensi atau konflik jatidiri yang terarah bukan mengekori akur apa yang sudah dilakukan penulis lain sebelum ini. Kejelasan pemikiran dan kerelevanan jatidiri satu aset retorika dalam mencantikkan dan meriuhkan kegiatan kesusasteraan di Sarawak. Bentuk konvensional serta teknik yang mudah tetapi tidak menjanjikan kepuasan dalam diri perlahan-lahan mula ditinggalkan. Sehinggalah mereka melakukan sedikit kejutan demi kejutan yang akan mengelirukan dan melanggar adat dalam proses penghasilan karya. Seperti bentuk konvensional sudah tidak menjadi aliran mereka lagi (?). Apa yang harus digarapkan ialah kejujuran dalam menelusuri karya satu retorika asas dan intelektualisme yang jelas tanpa prejudis diri dari segi keberhasilan yang membentuk karya tersebut.
Malah proses membaca dan meneliti karya sastera kreatif penulis muda, khalayak sastera dipersembahkan dengan kepelbagaian tahap pemikiran dan terpkasa akur menterbalikkan kembali subjek rencam teori yang tercerna di minda. Bukan mudah menanggapi karya penulis muda yang cukup mengundang pelbagai tanggapan dari sudut pembacaan yang teradun kemas secara retorika dalam karya mereka. Penulis muda Sarawak seperti Dahiri Saini, Sriwati Labot, Jaya Ramba, Jemat Gani, Norasmah Othman Pawi @ Noor Abby, Azeman Jarani, Rashid Hassan, Yusuf Lotot harus diberi perhatian yang sewajarnya meskipun ketrampilan mereka di persada sastera Sarawak atau kebangsaan cuma sekali-sekala diperkatakan pengkritik.
Masih ada pengkritik beranggapan karya penulis muda Sarawak belum menjanjikan kematangan dalam berkarya (?), jika dibandingkan dengan penulis generasi baru Semenanjung yang seakan lebih berani memecah tembok konvensional dan menciptakan kewajaran teknik yang terbentuk dalam naratif yang serba menjanjikan sesuatu yang baru dan segar dalam karya. Malah mampu keluar dari kepompong naratif konvensional itu sendiri dalam pemerihalan teknik serta lebih yakin mencipta pelbagai kemahiran bercerita dan langgam dengan lebih berani. Menurut sasterawan negara Shahnon Ahmad;
Hal ini berlainan daripada kebiasaan yang bersifat konvensional. Keluasan pelbagai daerah kemanusiaan pun begitu ketara seperti keluasan stream of consciousness, monolog dalaman yang bersimpang-siur, latar yang imaginative, plot yang berjungkir-balik atau sonsang yang tidak lagi mengikut urutan kisah dan penggarapan perwatakan yang tidak menentu dan mengejut. -(Sastera; Pengalaman ilmu imaginasi dan kitarannya; m/s 13. fiksyen Konvensional, Fiksyen Non-Konvensional, Sasterawaan Negara Shahnon Ahmad).-
Apapun tanggapan dan pandangan tentang karya sedemikian tidak harus dianggap negatif dan maha prejudis penulis muda itu sendiri, kerana untuk menjadi penulis yang berpemikiran maju dan positif dalam berkarya harus ada risiko dan berani mendepani kepelbagaian tanggapan dan pandangan khalayak sastera. Meskipun dalam kontek retorika yang ditonjolkan masih belum menjanjikan seratus peratus baik dalam genre cerpen. Apapun, mereka dilihat berani memecah retorika konvensional dan mampu menyaingi dengan penulis generasi baru Semenanjung.
PROSES JATIDIRI PENULIS MUDA SARAWAK DALAM KARYA.
Membaca dan meneliti hampir kesemua hasil karya penulis muda Sarawak memerlukan tahap pembacaaan yang bukannya boleh dianggap mudah sesetengah pengkritik mahupun khalayak sastera. Sastera kreatif bukan bahan perhiasan yang boleh dilihat semata-mata kalau mata hati khalayak sastera masih jauh dan tidak peka serta jujur meneliti seakrab mungkin segala kemungkinan retorika yang menjadi mesej dan hala tuju sesebuah karya tersebut. Sebagai contoh karya penulis muda seperti Abang Median Abang Said. Lihat cerpen Psikosis;
“Aku adalah si gadis tuna ingin menjejakkan kaki ke ruang zenama tapi aku hanya sekuntum Zinnia yang mala bukannya si gadis nirmala. Telah kucari kebahagiaan dalam kesunyian kebahagiaan yang dicari adalah cara yang masih suci yang telah dilahirkan dalam tiap sanubari. Mereka meracuni Socrates merejam Santa Paulus membinasakan Ali Talib dan membunuh Madhat Pasha kerana dunia juga luka, akarnya terkapai ke udara dan aku… tetap sekuntum Zinnia yang mala… Zinnia, hentikan malammu yang berbau melankolis itu!” -(m/s 104-105 antologi Caturrangga DBP/1999.)-
Cerpen Sriwati Labot Penerima Hadiah Harapan Negeri Sarawak 1997, cerpen Halimunan;
Angin bertiup kencang. Di gunung, pohon-pohon kegelisahan. Di laut, ombak dan badai kebinggungan. Di padang, pasir dan debu berterbangan. Di benak, tali minda kekusutan. Di celah tamparan angin, sayup-sayup satu suara berbisik memberi amaran. Justeru, kubuka telinga luas-luas. Kauingin mengetahui apa sebenarnya yang terjadi. Lantas perlahan-lahan kau memanjat kota fikir. Kau meneropong gerbang tafsir dengan mata fikir. Semuanya jelas. Tutur katanya dapat kudengar. Larian bicaranya dapat kaucekup untuk dibuat eksperimen di makmal akal waras.
-(m/s 502 Sejambak Bunga Emas – Antologi Penulis Sarawak dan Sabah Penerbitan Khas DBP/2002.)-
Cerpen Merentas Minda karya Dahiri Saini;
“Sudah kukatakan aku tidak dapat menerima cintamu. Kita mempunyai perbezaan yang amat ketara sekali. Aku spesies amfibia, kau spesies mamalia. Kita tidak mungkin dapat menghalakan perkara yang maha aneh dan pelik itu terjadi.” Kutekan kekunci enter. Skrin komputer jenis Compaq menayangkan kembali skrin spesies dugong bersama anaknya yang berlatarbelakangkan lautan biru yang kukutip dari Netscape//www.sea.acuatik.self.com. -(Kumpulan cerpen Merentas Minda DBP/2003.)-
Apa yang pasti sekarang penulis muda Sarawak sudah mula berani menerapkan mesej dan teknik yang dituangkan ke dalam acuan karya, seterusnya membentuk jatidiri mereka (?). Mereka sudah berani menyelitkan rinci falsafah yang keterbalikan untuk memajukan diri dalam penghasilan karya. Meskipun percubaan dan keberanian itu masih sukar diterima khalayak sastera yang masih beranggapan karya sedemikian tidak jelas dan sukar difahami kerana terlalu pasrah dan jahil dengan tuntutan konvensional dalam karya yang sedia ada.
Namun kita tidak boleh memberi sesuatu hukuman serelevannya jika benar karya mereka tidak jelas dan sukar difahami, tetapi mengapa masih dimenangkan dalam peraduan atau sayembara? Meskipun begitu sejak kebelakangan ini penulis muda Sarawak seperti Jaya Ramba, Sriwati Labot, Dahiri Saini, Jemat Gani, Yusuf Lotot, Rashid Hassan, Azeman Jerani, Norasmah Othman Pawi @ Noor Abby semakin berani menggunakan teknik yang tidak konvensional lagi, malah menggarapkan mesej yang baik dan berilmu dalam penghasilan karya.
Penulis muda Sarawak sudah melihat dan belajar untuk membentuk jatidiri, bahawa mereka boleh pergi jauh merentas arus perdana kebangsaan dalam percerpenan dengan segala kepakaran yang didedahkan melalui bengkel, seminar dan sebagainya yang berkaitan dengan penulisan dan kesusasteraan di Sarawak. Malah wadah bulanan seperti Dewan Sastera, Dewan Budaya dan Dewan Masyarakat yang dianggap wadah sastera yang berprestij sudah mula memberi perhatian kepada mereka meskipun karya mereka melalui saringan, pemilihan dan pengeditan yang ketat untuk disiarkan. Contohnya penulis muda yang dilihat berpotensi besar seperti Jaya Ramba dengan karyanya yang mampu menarik peranan pengkritik untuk meneliti cerpen beliau. Cerpen Jaya Ramba yang bertajuk Sengai’ Ai Mati keluaran Dewan Sastera Januari 2003 satu bukti bahawa penulis muda Sarawak berjaya merentasi arus perdana kebangsaan. Seperti ulasan yang tersiar di Dewan Sastera Febuari 2003;
Pengarang menyodorkan moral cerita yang begitu jelas bahawa manusia tidak dapat mengaturkan semua perkara mengikut kehendak hati mereka. Sesuatu yang ghaib seperti jodoh, pertemuan, hidup dan mati merupakan utusan Tuhan. Bahkan cerpen ini turut mengingatkan bahawa permintaan tulus yang orang-orang berhati murni dan penuh dengan kasih sayang sesama insan, dimakbulkan Tuhan. Justeru walaupun Kajan mengaturkan segala-galanya demi memenuhi kehendak hatinya untuk berkuasa, niat buruknya itu tidak terlaksana. Cerpen ini indah kerana pengarang menggunakan adat resam suatu kaum sebagai bahan ceritanya. Seandainya pengarang dapat menyelami rasa dalaman watak Kajan dan Akam, kesan yang lebih kuat dapat ditinggalkan kepada khalayak. -(Analisis Cerpen Dewan Sastera Febuari 2003 –Gerak rasa yang Terbit dari Hati- oleh Rahimah A. Hamid.)-
Jelas penulis muda Sarawak mampu menciptakan naratif retorika tersendiri dalam diri khalayak sastera untuk mencari apa yang ingin diluahkan dan diterjemahkan dalam karya. Naratifnya yang semakin wajar dipersembahkan dalam kerangka cerita demi cerita dalam karya. Mereka bebas memaparkan imaginasi dan kreativiti dalam berkarya yang bertolak daripada satu ideologi dan pemikiran. Apa yang pasti kita tidak ketandusan penulis pelapis bagi memeriahkan persada sastera Sarawak dan arus perdana sastera kebangsaan.
Adakah masih ada jurang pemisah yang merentetkan kegigihan penulis generasi baru dalam mengimbangi penulis mapan? Kewajaran itu satu fenomena kontras yang harus terisi dengan segala kejujuran dalam apa juga untuk menilai pemikiran dan jatidiri penulis muda. Memang tidak dinafikan yang mapan harus dihormati dari segi kematangan. Yang menentukan kematangan juga bukan kepada usia, tetapi penghasilan sesebuah karya yang meletakkan tahap kematangan karya tersebut kepada khalayak sastera.
Memang penulis muda dan penulis mapan satu rentasan horizon yang amat payah ditafsirkan dalam rencah penghasilan karya yang bersifat harafiah yang jelas. Lihat karya yang dihasilkan penulis generasi baru Semenanjung yang lebih yakin dan berani menyentuh kepelbagaian rinci falsafah dalam menuangkan hasil seni sastera yang segar dan baru. Persoalannya, dapatkah penulis muda Sarawak mengikut jejak mereka yang sudah mengecapi erti keberhasilan dalam genre cerpen yang pernah mengimbangi Hadiah Sastera Malaysia yang berprestij dan gah itu? Dan menurut Dr. Othman Putih;
Mendepani dunia global yang serba pantas khalayak sastera memerlukan tahap pemikiran baru dan berilmu bagi menikmati sesebuah hasil karya. Sesuatu yang boleh memukau dan menarik teradun dalam seni karya untuk dihayati. Meskipun kita tahu penulis muda Sarawak masih memerlukan ruang dan masa untuk memperlajari dan mencari jatidiri dalam menghasilkan cerpen yang benar-benar baik dari segi teknik, penyampaian mesej, pengolahan cerita dan penggarapan ilmu bantu yang tidak pernah dilakukan penulis lain sebelum ini. Semua itu memerlukan tahap kesabaran, rajin mencari, mengimbangi stamina dan terus mencari apa yang hendak khalayak sastera mahukan dalam karya. Sikap keteragakan dengan bauran bibit keyakinan dan kematangan itu wajar diperkukuhkan untuk meruntuhkan tembok hambatan yang sepatutnya telah lama binasa. Sepatutnya, penulis generasi baru memiliki daya juang dan daya saing yang kental untuk tampil hadir dalam arus perdana jagat percerpenan kebangsaan. Sikap rendah diri untuk terus berasa dalam kelongsong tempatan secara terusan harus disingkir dan wajar bertindak luar dari kepompong untuk memacu dan memicu ke puncak sasaran agar berada paling tidaknya setara dengan cerpenis lain di tanah air. -(Cerpenis Sarawak dalam Perdana Kesusasteraan Kebangsaan, m/s 53 Dewan Sastera Febuari 1998.)-
Apapun, apakah penulis generasi baru Sarawak mampu mengimbangi ketelusan berkarya dan seterusnya memberi persaingan positif dan setara kepada penulis mapan Sarawak yang ternyata gah yang telah meletakkan diri mereka di persada jagat kebangsaan atau mampukah penulis generasi baru sealiran dalam melahirkan karya seperti Awangku Merali Pengiran Mohamed, Jong Chian Lai, Jais Sahok, Majuni Palira, Hajijah Jais, Abdillah H.M yang pernah dinobatkan Anugerah Kebangsaan Sastera Sarawak bagi kategori genre cerpen, malah nama besar dan gah seperti Awangku Merali Pengiran Mohamed yang menerapkan aliran Historisisme Baru dalam karya dan Jong Chian Lai serta Jais Sahok seakan sinonim dengan Hadiah Sastera Malaysia. Optimisme itu harus ada dalam diri penulis generasi baru Sarawak dalam mendepani kesusasteraan yang memerlukan tahap stamina yang semaksimumnya untuk melahirkan karya yang benar-benar bermutu.
KESIMPULAN.
Beberapa faktor kenapa penulis muda Sarawak masih belum ada keberanian dalam menghasilkan karya yang benar-benar dianggap mampu menarik khalayak sastera kebangsaan;
1. Mereka jarang diberikan pendedahan yang luas cakupan horizonnya, seperti dijemput untuk berbengkel, seminar, membentang kertas kerja dan apa saja yang berkaitan dengan kesusasteraan dan penulisan kreatif yang lebih terancang. Jika ada pun, biarlah bagi penulis yang benar-benar dapat dikesan bakat dan berpotensi dalam berkarya malah karya yang dihasilkan, mestilah yang boleh diketengahkan ke peringkat kebangsaan, bukan kepada yang tidak berminat atau sekadar sebagai pelengkap kegiatan tersebut saja.
2. Karya yang dihasilkan tidak diberi perhatian sewajarnya, seperti memberi pendedahan kepelbagaian aspek dan melakukan post mortem karya dengan menjemput pakar dalam sastera kreatif untuk membincangkan secara terperinci dan berterusan.
3. Kegiatan seperti Perkampungan Penulis Muda harus diadakan setiap tahun bagi mengesan bakat-bakat baru dalam penulisan sastera kreatif di Sarawak. Sekurang-kurangnya kegiatan tersebut memberi pendedahan dan ruang kepada mereka mencari jatidiri dan pengalaman menulis dengan lebih yakin.
ANTOLOGI LOK CINTA;
TRANSISI PENYAIR DALAM IMUN CINTA
-Kertas kerja ini dibentangkan pada majlis Bicara Karya kerjasama antara Dewan Bahasa Dan Pustaka Cawangan Sarawak dan Persatuan Karyawan Penulis Sarawak (PEKASA) pada 22 Mei 2008 di Balai Budaya Dewan Bahasa Dan Pustaka Kuching Sarawak-
PENDAHULUAN;
PUISI sebagai ikon pemikiran yang memerlukan tahap keakraban ke susuk puitis diri penyair. Namun dalam merentasi dekad masa kini, peranan puisi tidak boleh dianggap leceh kerana puisi ibarat seperti ubat penenang yang dapat menyembuhkan gelodak perasaan dan degupan rasa yang mendasari hingga ke akar kemanusiaan. Puisi perantaraan yang jelas mengajar kita berfikir dan terus berfikir dalam setiap diksi dan baitnya. Puisi juga sebagai arus yang harus ditelusuri untuk rasi diri kita dengan persoalan yang sarat di dalamnya. Penyair dan puisi transisi diri yang harus diterjemahkan dalam konteks yang akrab.
Membaca antologi puisi Lok Cinta yang diterbitkan Persatuan Karyawan Sastera Sarawak (PEKASA) yang diselenggarakan Ja’afar Haji Hamdan memberi satu fenomena yang jelas tahap kesungguhan penyair dalam memberi acuan ideologi atau lebih tepat sekali, jika perkataan imun cinta yang mengalir dalam diri penyair memberi variasi aura kepenyairan yang rasi, khususnya penulis Negeri Sarawak. Kesaksamaan dalam julat pergelutan perasaan dan rasa yang rasi telah sebati menciptakan kepelbagaian definisi, ikon, serta acuan yang terbentuk dalam puisi tersebut. Apa yang jelas sekali, kesan dan rasa kecintaan itu seperti terus mengalir dan mengalir hingga ke muara perasaan pada setiap bait yang dilontarkan dalam ruang diri dan alam persekitarannya.
Memang untuk merasi susuk puisi dalam antologi Lok Cinta ini saya mengambil pendekatan yang seimbang dan adil, iaitu saya hanya memilih sebuah puisi setiap penyair dengan pendekatan imun cinta dalam transisi diri penyair. Aspek cinta dalam antologi Lok Cinta ini selari dengan kehendak penganjur untuk melihat, merasa, merasi seterusnya mengembara dalam wilayah puisi yang pada tanggapan awal saya, bahawa peranan penyair memberi variasi dan rasa degup yang cukup memberangsangkan khalayak sastera, meskipun untuk meletakkan puisi-puisi dalam antologi ini sebaris dengan penulis mapan Negeri Sarawak, para penyair harus berkerja lebih gigih dan berani mencabar diri serta khalayak dalam menciptakan puisi-puisi yang mantap dan bijaksana. Itulah harapan khalayak sastera.
Antologi Lok Cinta yang mengandungi 8o buah puisi hasil daripada 24 orang penyair ini membawa tema yang pelbagai, namun persoalan yang tercerna lebih kepada soal sari madu cinta. Cinta kepada Tuhan, cinta kepada negara, cinta kepada bangsa, cinta kepada manusia dan cinta kepada kedamaian. Lontaran dan antonasi gemanya begitu luhur mengakrabi diri penyair, meskipun dalam antologi ini hanya sebahagian saja daripada ahli Persatuan Karyawan Sastera Sarawak (PEKASA) dapat dikumpul lalu dibukukan menjadi bahan rujukan. Semoga masa akan datang akan ada antologi cerpen pula diterbitkan mereka.
TRANSISI IMUN CINTA
KEMANISAN dalam memerikan rasa dan imun cinta itu pada setiap karya, ada kesan yang meresapi zat dan bau kepuitisan dalam memberi warna dan ruang hasil daripada karya mereka. Ini terkesan dalam kepenyairan generasi baru seperti Ahmad A.H misalnya, telah memulakan transisi imun cinta dalam puisi yang berjudul, Bila Alam Mula Bicara (i) yang telah memberi rasa yang tulus dan bening tentang kesyahduan perihal cinta dalam kerangka diri penyair, bila baitnya memberi satu tafsiran yang meneroka luas cakupannya, di mana dikaitkan dengan alam semesta;
Di hening pagi nan suci/tatkala berlabuhnya sutera kasih/terpancarnya cahaya berkilau-kilau/bermulalah detik baru dalam kehidupan/
Secara sedar kita telah diberi satu imun cinta, perihal permulaan kehidupan itu yang mengambil ungkapan yang jelas perihal pagi nan suci, lalu penyair memberi satu permulaan kehidupan tersebut. Di sini penyair berani memberi sari imun motivasi dalam dirinya sendiri, bila diri diklasifikasikan dengan bermulanya pagi, maka bermulalah kehidupan itu sendiri. Dan secara terkawal penyair mula memberi transisi cinta itu pada yang maha berkuasa, bila bait berikut menyatakan;
Betapa agungnya Tuhan/mencipta alam seindah ini/untuk kesenangan makhluk-makhluk-Mu/tak kira kaya mahupun miskin/
Tanggapan tersebut diberi rinci rasa sarat yang tulus dan luhur, bila Azie Laila mula melakarkan sarat cintanya dalam bentuk yang rasi dengan pendekatan yang mudah. Peranan dan rencah cinta itu sendiri telah dipermudahkan penyair dalam judul puisinya, Cinta;
Cinta itu umpama bunga/bunga yang indah rupanya/cantik warnanya/hijau daunnya/segar pokoknya/
Dalam rangkap lain, penyair terus memberi imun cinta dalam puisinya seperti;
Cinta, laluannya penuh liku/berduri tajam/berjurang dalam/
Penyair seperti memberi peringatan, bahawa cinta bukan boleh dianggap mudah kerana penyair telah memberi ingatan, bahawa cinta seperti duri yang tajam dan mampu melukakan. Namun peranan cinta itu diberi tafsiran yang lain pula oleh Azman Alli Rajah, bila penyair mula memberi implikasi cinta yang penuh bersemangat dalam kehidupan lewat puisinya, Berani Gagal;
Meskipun seribu kali/gugur tersungkur ke bumi/namun terus bangkit dan bangkit/kembali berdiri gagah lagi/kerana pada kamus peribadi/tidak kenal erti patah hati/
Penyair seperti memberi satu imun cinta dalam semangat untuk meneruskan kehidupan ini, di mana penyair terus memberi pesan, bahawa kegagalan bukan bererti terus gagal, tapi harus berani meskipun penyair sedar, bahawa keberanian kadangkala akan tercipta satu kegagalan yang bermaruah. Penyair juga telah menyuntik semangatnya untuk terus berani, biarpun apa yang menghalangnya. Imun cinta kadangkala harus diberi pelbagai penafsiran yang lebih telus dan ikhlas, bila Bibi Sabariah pula memberi transisi tentang hati lewat puisinya, Sekeping Hati;
Sekeping hati terhiris/merahnya mengalir ke wajah/menafsir fi’il dan gerak laku/menyebar warna kecamukan/kelabu menjurus hitam/mengguris lakaran harmoni/lantas mengundang/putus bicara/
Dalam membicarakan soal hati, penyair mudah terguris dengan apa yang dilalui dan dirasainya. Penyair seperti merajuk dengan apa yang dilihatnya, bila penyair mula menyedari sari imun cinta dalam rasa yang harus diterima dengan pasrah. Adakah penyair sedar, bahawa dia telah memasukkan dirinya dalam persoalan orang lain, bila penyair menukilkan begini;
Sekeping hati berdenyut subur/menebar aliran perasaan/merahnya sekata/menatang lembut nurani halus/mengadang segala nista/melanggar aliran sempurna/dari merana/jadi sempurna/
Penyair mengakui, bahawa kesempurnaan itu harus berlaku dalam kepayahan jika imun cinta itu memberi peranannya. Dalam konteks lain, penyair seperti melihat apa yang berlaku dalam hati harus dirasikan dengan emosi seseorang itu. Dalam memberi makna pada hati, maka insan seperti kita harus akur dengan kebesaran yang maha Esa, inti tafakur itulah yang telah diberi rasa oleh Dr. Idris Boi lewat puisinya, Bisikan Hati Suci. Penyair telah memberi kesan keinsafan yang mendalam dalam diri untuk memaknakan peranan hati yang suci dari terus dimabuki serta dialpakan duniawi.
Lalu hati insan segera berbisik sendu/duhai Ilahi renangkan daku ke sebuah tasik-Mu/tetap dalam kerelaan dan kerahmatan/ingin bersama aulia di samping-Mu Tuhan/
Rasa kecintaan yang pasrah itu bergema dalam diri penyair, bila penyair mula mencari sesuatu makna akan kekudusan yang pada anggapan penyair seperti;
Bila suara merdu itu bergema lagi/mukmin insaf terpesona/insan celik teresak kerinduan/mengharap sinar hidup mulai bersemarak/
Terakam sukma keinsafan terlukis dalam diri penyair, bila penyair akur akan kekuasaan-Nya dalam memberi satu kesan imun cinta yang maha Esa. Jelas prasa yang terjurus dalam diri penyair telah memberi seribu makna kecintaan yang sukar dilenyapkan dalam diri insan itu. Namun berlainan pula dengan tanggapan imun cinta itu dalam diri Halimah Ramli lewat puisinya, Anak Melayu Jangan Menangis Lagi. Transisi penyair seperti memberi rasa cinta tentang anak Melayu supaya harus belajar mengenal cintakan bangsa kerana kata penyair;
Anak Melayu jangan lagi manja-manja/buka manis kelopak matamu/selami nikmat hidupmu/renungi sedalam-dalamnya dasar kerugianmu/timbangkan jumlah kehancuran/ke mana terbang melayang tunjang bangsa kita?/ke mana menghilang akar warisan?/tiang agama ke mana ghaibnya/adakah dalam genggaman enak empayar sang iblis?/atau terkunci rapat dalam gagasan syaitan/atau terhimpit musnah sindiran jin/atau hati kita yang buta/
Imun cinta itu diberi penafsiran lain pula dalam diri Ja’afar Haji Hamdan lewat puisinya, Perlukah Kubunuh Cinta Itu. Di mana penyair telah memberi satu pertanyaan pada judul puisi tersebut, meskipun penyair sendiri sedar, bahawa imun cinta itu harus mengalir selari dengan makna cinta itu sendiri. Penyair bersahaja telah memberi makna yang lebih telus dan luhur dalam puisi perihal cinta;
Apakah ini benar cinta/terbit dari luhur jiwa/atau cuma semadah mesra/yang berpaut seketika/atau serangkap kata/mainan cinta/
Kebijaksanaan dalam pemilihan diksi serta memberi penafsiran yang lebih telus dan berkias dalam susuk puisinya. Setiap rangkapnya diberi jeda pertanyaan yang telah memaknakan imun cinta itu dalam diri penyair, bila penyair sering bertanya dalam memberi satu kesan yang menggugah khalayak. Pengulangan kalimat perlukah kubunuh cinta ini, citra yang terus merasuk dalam susuk puisi tersebut untuk menghantar persoalan secara senyap;
Perlukah kubunuh cinta ini/hanya kerana sangsi/sedangkan melemas setia/pada janji suci/
Imun cinta pada tanggapan penyair telah memberi banyak makna pertanyaan tentang cinta dan penyair sedar, bahawa cinta tidak mungkin dapat dibunuh semudahnya, meskipun kalimat kubunuh selari dengan pengharapan yang sering diakrab dalam rangkap berikut;
Apakah ini benar rindu/bangkit dari lagu syahdu/atau cuma secebis canda/yang berbisik merayu/atau cuma sebutir kasih/yang merintih/
Dalam memberi penekanan makna cinta itu, penyair seperti keliru bila rangkap akhirnya, penyair sekali lagi dalam ragu bertanya;
Perlukan kubunuh cintaku ini!/
Apa yang jelas imun cinta dalam diri penyair sukar untuk dibunuh dengan mudah kerana imun cinta yang meresapi, satu emosi yang telah merasuk dan menyihir diri penyair. Namun dalam memaknakan cinta dalam kehidupan ini, Jais Sahok telah memberi permaknaan perihal kesukaran, bila imun cinta telah merasuk ruang yang sedia ada. Lewat puisinya, Sukarnya Mengeringkan Air Mata telah meranumkan rasa imun cinta itu dalam kehidupan kita. Penyair seperti keliru dalam memberi tanggapan perihal air mata, bila diri penyair tersentuh dengan apa yang berlaku di dunia ini. Mala petaka dengan fenomena alam telah memberi kesan yang luhur dalam diri penyair. Pengukuhkan setiap diksinya memberi kejap makna yang mudah difahami, tapi mempengaruhi perasaan;
Hati sentiasa berbisik kepedihan/inilah panorama kehidupan/yang enggan lelah berjuang menyesatkan/bersaksikan kepercayaan jiwa/seluruh kota kehidupan tiba-tiba sepi seketika/terpegun oleh ujian-Nya/letupan gempa menerbitkan ombak malapetaka/di pergunungan Pakistan/dan di lautan kepulauan/tiada kemanusiaan/melambaikan rasa kepedihan/dan keinsafan akan kebesaran kuasa Tuhan/
Jelas penyair begitu terusik dengan apa berlaku masa kini, bila penyair telah memberi imun cintakan kemanusiaan itu harus ada dalam hamba-Nya. Dalam memerihalkan aspek imun dalam cinta telah dipelbagaikan sesiapa saja dalam memuatkan puisi-puisi mereka. Jelas sekali, bila imun cinta itu cukup harmonis sifatnya dalam diri penyair Jemat Gani dalam susuk puisinya, Kinabalu (ii). Penyair memberi imun cinta perihal rasa kekagumannya pada Gunung Kinabalu. Pelukisan dalam nukilan penyair jelas meranumkan rasa cintanya pada rangkap puisinya;
Terpegun aku menatap biru lautmu/kau tersenyum bak gadis sunti di taman bunga/terukir kemesraan dalam ranum bibirmu/syahdu hatiku diselaputi salju/dalam halus bicaramu memukau kalbu/
Penyair telah membuka pasungan imun cinta dalam dirinya, bila penyair secara jujur memuji dalam kekagumannya tentang kebesaran Tuhan perihal alam. Jelas penyair sendiri menerima transisi cinta dalam dirinya. Penyerahan rasa kekaguman banyak memperjelaskan puisi tersebut;
Kinabalu kau kurindui/biarpun kaujauh nun di hujung tanjung/cinta dan kasihku telah kupahat di hatiku/keranamu kutemui ratna/keranamu kumiliki puspa/keranamu kudampingi kekasih sejati/
Merasai bait-bait puisi ini, penyair telah mengimunkan rasa cintanya pada alam yang telah memberinya rasa kagum yang sukar untuk dinafikan sesiapa kecuali Tuhan. Menyelusuri rasa kecintaan kepada alam, kita diselirati pula dengan Sangkar Madu (khas buat Haji Mohd Taufik) lewat puisi Kelana Akira yang telah memberi kita zat dan bau dalam mencari imun cinta tentang kekuasaan yang maha berkuasa, meskipun pemikiran yang dituangkan dalam puisi ini lebih menjurus kepada bentuk dan acuan kebijaksanaan yang banyak memberi pengajaran dalam menilai hati budi seseorang. Penyair mengungkapkan rasa kekerdilan diri dalam penguasaan rohaniah;
Zikirullah sang lebah/bergemerincing maya/seru doa memekar bunga/menembusi tabir kubah sarang barakah/
Nilai keseragaman zat dan bau kekuasaan Tuhan jelas terpancar pada rangkap berikut tanpa mempersoalkan apa yang tersirat dalam menekuni setiap waktu dan amal yang dimanfaatkan dengan kejujuran;
Sayapnya menebar munajat/memadukan wujudiah/bagai umat Rasulullah/bertebaran himpun di Kaabah/bertasbih tauhid segala kalifah/menghadir diri datang berserah/
Pemahaman penyair dalam mewujudkan rasa kekhusyukan telah memberi banyak nikmat dalam senyap jika terus meneliti setiap rangkap puisi ini. Faktor imun cinta itu lebih terarah kepada kekerdilan di tanah suci Mekah. Namun imun cinta yang diteruskan oleh Khairunnisa Pawi berisi satu pengertian perihal penyair yang terasa inginkan sesuatu yang menggembirakan lewat puisinya, Siang Sebagai Cabaran memberitahu bahawa kehadiran sebagai dugaan dan ujian dalam susuk diri penyair, sementelah itu penyair mengungkapkan dalam bentuk yang lebih terasing, tapi kesan kepenyairannya jelas;
Siang kehangatan kecerahan menjadi cabaran/tidak kupinta turunnya hujan/kerana aku ingin mengetahui keimananku/panahan terik cahaya matahari/kuingin ia berada di puncak langit/untuk menyedari tujuan nikmat kurniaan Allah/kelaparan, dahaga membelenggu diriku/
Dalam memperkukuhkan makna puisi penyair dalam sedar mengakui, bahawa setiap insan harus menerima apa yang berlaku dengan kerelaan tanpa paksaan seperti dalam rangkap berikut;
Siang kekuatan insan yang kau perlukan/untuk meneruskan perjuangan bagiku/keindahanmu aku inginkan/sebagai penempuh malam mendatang/
Selari dengan apa yang dituangkan penyair memberi kesungguhan dalam dirinya, bahawa kehadiran siang akan diteruskan dengan kedatangan malam, seperti mana kehidupan ini akan ada kematian dalam diri manusia. Dalam mendefinisikan imun cinta, maka hadirnya duka tidak mampu dihalang, begitulah yang telah diberikan Khatem Ariffin dalam jalur puisinya yang berjudul, Kala Duka Bertandang yang memperjelaskan rasa kedukaan diri penyair perihal ketabahan dan kekentalan diri dalam memberi rasa tanggungjawab serta memperkasakan rasa kesyukurannya;
Aku bukanlah setabah karang/sabar dan teguh/kental dan cekal/dipukul, dihempas ombak/kejap berdiri menanti/ombak yang datang bersilih ganti/
Memberi rasa duka penyair lewat puisi ini, satu kesan yang akrab dengan apa yang ingin disampaikan, kerana transisi cinta itu persis menghadiahkan betapa duka itu harus bermula dalam kehidupan;
Lalu kukembalikan saja duka ini pada-Mu/kerana menanggung atau menolaknya aku tidak upaya/kecuali dengan kekuatan dan izin-Mu jua!/
Pengisian rasa kekerdilan meresapi serta merasi dalam diksi di atas. Keupayaan serta keterbatasan manusia tidak mungkin dapat menandingi yang maha berkuasa. Itulah imun cinta, tapi dalam acuan dukanya. Dalam memberi rasa kesyukuran itu juga lewat puisi Terima Kasih Hijrah karya Latifah Haji Mohd Shebli terus mengingati kita;
Kadangkala bila sakit/baru terasa gusar dan mengeluh/bergetar seluruh tubuh berpeluh/dan kita selalu mengharap sembuh/sedikit yang ingat/sakit itu rahmat/
Begitulah penyair mula merasakan apabila sihat walafiat manusia mula lupa tentang sakit, begitu sebaliknya. Transisi cinta dalam kebenaran itu jelas terungkap dalam diri penyair yang mengingati sesiapa saja tentang kehidupan dan kematian yang akrab dalam diri semua umat manusia, penyair terus mengingati;
Ucapkanlah alhamdulillah kepada hijrah/setiap kali datang berziarah/ingat mengingati mengatur langkah/melengkapi diri dengan ibadah/perjalanan jauh ke alam barzakh.
Inti makna saling mengingati memperkasakan lagi rasa cinta itu dalam memberi pelbagai tanggapan setiap baris puisi. Apapun, rasa dalam sari puisi Ikan Emas (mengenang seorang sahabat) nukilan Maliah Adenan cukup simbolik, meskipun rahsia imun cinta itu sedikit sirna dalam unggapannya;
Laut pula begitu luas/bebasnya menari dalam bumi/tanpa batasan usia/hingga berasa begitu selesa/dan terlupa pada suatu hakikat/biarpun, laut luas dan bebas/namun takkan sehebat kilauan ikan emas yang lebih menyerlah/
Meskipun puisi ini agak longgar dalam pembinaan diksinya, tapi penyair dalam memberi khalayak satu imun perihal persahabatan yang terhalang. Dalam diri penyair seperti inginkan kebenaran yang nyata untuk memberi peringatan sahabatnya tentang pancaroba hidup ini harus ditelusuri dengan ketabahan dan semangat perjuangan yang kental dalam merentasi apa saja ujian dan dugaan yang datang dalam kehidupan.
Rasa imun kecintaan dalam pengeratkan rasa keakraban sesama Islam jelas luhur dalam puisi Lagu Damai (buat saudaraku di Palestin) lewat karya Mohd Faizal Jamil, imun cintakan kedamaian telah disentuh penyair dengan rasa tanggungjawab yang bukan sedikit. Rasa terusik dengan apa yang berlaku telah mempengaruhi penukilan puisi ini akrab dengan dirinya;
Sedang bergelumang mengukir mimpi/gema guruh petualang menyergah telinga/percikan bunga api liar membakar malam/memancung damai yang baru bertunas/lewat subuh semalam/
Atas rasa simpati tentang kesirnaan damai di bumi Palestin, penyair menyaring rasi dalam rasa cintakan kedamaian yang telah memberi sesuatu yang boleh disifatkan sebagai rangsangan untuk menidakkan kemusnahan Palestin. Pun begitu, penyair mula mengakrabi rasa kedukaan dan kesakitan dalam dirinya, bila penyair cuba mengungkapkan dengan prasa dan aroma kekentalan perjuangan marga Palestin dalam mendepani kemelut yang mencarik mimpi damai mereka;
Sungai darah tetap mengalir deras/biar seribu tangan cuba menahan/biar seribu janji mengharap simpati/hakikat dalam hakikat/lagu damai sudah lama mati/getar alunannya sudah lama menyepi/yang tinggal cuma nota-nota uji/menunggu esok menjadi pasti/
Implikasi imun cintakan kemanisan kadangkala memberi banyak seliratan kata yang berkias dan memanfaatkan dalam mendefinisikan perihal kemanisan dalam puisi, Mohd Taufik Mohd Saed jelas memperincikan tentang kemanisan lewat puisi Menanam Tebu yang penuh simbolik dalam kiasan;
Kerja menanam tebu tidaklah susah sangat sebenarnya/ambil pucuknya cucuklah/tetapi jangan lupa/pilihlah baka jenis yang manis/dan tanamlah banyak-banyak di tepi bibir/
Meskipun puisi ini cuba menyindir mereka yang suka berjanji, tidak kira dalam cinta atau janji politik, namun penyair berupaya memberi satu fenomena yang lain dalam metaforanya, penyair sedar kebenaran dalam janji harus ditunaikan, meskipun dalam apa juga keadaan, perhatikan rangkap ini;
Sekarang ini orang semakin pandai menanam tebu/manisnya lebih lemak dari madu/sampai ada orang berkata/alah menanam tebu di bibir saja/
Penyair dalam susuk puisinya cuba memberi sindiran yang setirusnya dalam kehidupan masa kini, di mana taburan janji dalam imun cinta jelas menjurus dalam aspek yang harus diambilkira kesan personafikasinya, meskipun kadangkala menerima kemanisan itu, seperti satu racun yang membunuh kehidupan.
Puisi Dunia Menjadi Saksi karya Muhammad Fariz Yusof pula mengangkat warna alam dalam imun cinta diri dengan apa yang telah berlaku. Pencitraan penyair tentang alam seperti meresapi dalam susuk puisi ini, bila penyair menceritakan sesuatu yang telus dalam rangkap puisi yang diklasfikasikannya dengan warna hakikat kehidupan yang berakhir dan kembali kepada kewujudan Tuhan. Penyair terus memberi tanggapan alam dan ruang, khususnya bercerita tentang pagi;
Kesejukan pagi/mula menggigit tulang-temulang/mata semakin layu/bagai sembilu bermain di kalbu/minda mula bermain aksara/
Dalam memberi ruang tersebut dalam susuk puisinya, penyair mengakhirkan puisinya;
…bintang-bintang masih berkerlipan/banyak pertanda orang tradisi/tiada gerimis esok hari/hanya cinta pada Illahi/
Pemerian tentang citra ruang dan alam disinigfikankan penyair dalam diksi yang sedikit mengeliru, tapi untuk memberi kepadatan penyair perlu mencarigali lagi emosi pengacuanan yang kesamarataan tanpa meminggirkan kepuitisan dalam puisinya. Dalam diri penyair mencari kesaksian tersebut, Nazrin meraung dalam senyap diri, bila puisi Pilu mengocak rasa imun cinta telah memberinya satu destinasi tentang ketiadaan cintanya;
Dalam hati/tiada cinta/tanpa kasih/hilang setia/lemas mesra/menjejak permata cinta/di dasar hati/untuk kusulam di gelang mesra agar pasti/kepiluan ini hanya itu/
Mendefinisikan citra kepiluan dalam imun cinta itu, penyair seperti merintih bila cinta yang dicarinya terlalu jauh daripada diri penyair. Namun penyair sedar, pemerian citra pilu seperti sirna tiba-tiba dalam pasungan dirinya. Berlainan pula dengan Pharo Abdul Hakim dalam pencitraan imun cinta, tapi penyair bijak mengungkapkan citra cinta itu dalam ruang sejarah yang dilaluinya dan penyair selari melukiskan dalam biat puisinya yang penuh kedukaan, bila sejarah Cinta Kota Magenta mengusik rasa kekaguman pada lakaran sejarah itu sendiri. Penyair tepanggil untuk memberi nafas dalam puisinya, bila tersingkap rasa terkilan kepada sesiapa yang tidak menghargai tinggalan sejarah besar negeri dalam puisinya yang bersahaja, tapi mencengkam rasa yang bening serta menggamit sesiapa saja yang mengembara dalam pemikirannya;
Katanya cinta mengatasi upaya/lalu lahirlah zuriat bangsa/terlupa nilai bangsa/dilakarnya kota/berlatar mengenta warna senja/Cinta di kota megenta/hanyalah cerita di hujung usia/riwayat hati meniti mimpi/memburu segenggam harap/
Mengembara dalam puisi ini, penyair terusik bila Kota Megenta seperti terbiar dalam rentasan zaman yang terus meninggalkan sejarah itu berlalu tanpa diberi perhatian. Dan imun citra cinta, penyair serta rasa tanggungjawab sebagai marga yang terusik hanya bersuara lirih dalam rangkap berikut;
Kota magenta kian luntur warna/seperti lukisan tinggalan purba/dicalit pena bertinta cuka/hanya air mata warga/membasahi parut luka/
Redup kesedihan dalam imun citra cinta perihal sejarah bangsa terus menggamit kepenyairannya. Di sebalik rasa imun cinta dalam diri penyair, Piee Ling pula merintih dalam puisinya, Maaf Kerana Lupa Nama-Mu memberi konflik diri tentang keterbatasan masa dan ruang dalam memberi sari kehidupan ini. Penyair begitu gusar dan dibuncah rasa bersalah, apabila terus terlupa nama yang maha Esa kerana kelalaian. Pun begitu dalam nawaitu yang utuh penyair menilai semula kekhilafan, bahawa tidak ke mana kehidupan tanpa Tuhan dalam kehidupan kerana pencitraan itu dinukilnya;
Maafkan aku nama kudus-Mu hampir pupus dalam kamus kata/hingga jarang benar dibicarakan/nama gagah-Mu tidak dipeduli/apa lagi ditakuti/hingga begitu berani melangkah kota sempadan/nama berkuasa-Mu jarang kudendangkan/hingga semakin galak mendengar irama dosa/nama indah-Mu kadang-kadang lupa disapa/hingga tergamak menconteng arang ke muka sendiri/
Meskipun diksinya agak panjang dan ketara seperti begitu lantang dan berani, namun imun rasa cinta itu jelas, bahawa penyair seperti merasa kekerdilan dirinya dalam meneruskan kehidupan yang banyak uji dan duga ini. Perhatikan citra keinsafan dalam diri penyair;
Tetapi sejambak syukur/buat-Mu yang tak pernah lupa namaku/di remang senja kubertemu/cahaya di hujung lorong/
Jelas penyair mengakuri, bahawa tiada yang lebih berkuasa dalam kehidupan ini kecuali Tuhan. Dalam melukiskan imun cinta itu, penyair kembali ke jalan yang diredhai dengan pasrah. Citra perihal kebesaran Tuhan juga disisip dengan lebih mersik dalam diri Radin Azhar Ahmad yang menukilkan puisinya yang berjudul Pesan Untuk Anak. Kesederhanaan dalam memberi pesan tersebut, penyair melihat kebesaran Tuhan dengan penuh ketulusan;
Anakku ingat pesan ibu/jangan rintih selalu/kasih Allah bersamamu/fikir nasihat ibu/indah bahasamu/halusi tuturmu/tertib gerak langkahmu/
Dengar anakku/hayati leteran ibu/ah! jangan bentak begitu/nanti sukar hidupmu/
Dalam pemerian pesan tersebut, penyair dalam rima yang setulusnya terus memberi kesan rasi dalam diri tentang pesan ibu. Apa yang jelas di sini, imun cinta seorang ibu terhadap anaknya sukar untuk diletakkan tanda harga kerana imun cinta itu mengalir dalam diri anaknya. Citra penyair dalam rangkap berikut terus memberi rasa yang besar dalam memaknakan imun cinta dalam diri seorang ibu terhadap anaknya.
Ibu, ibu, ibu/besar ertinya anakku/redha Allah/restu ibu/doaku bersamamu/memayungi nur jiwa/ingatlah../ditelapak kaki ibu itu syurga!/anakku/
Perlestarian makna imun cinta itu terus bergemersik dalam susuk puisi Rosani Hiplee dalam puisinya yang bergetaran terus dalam Lok Cinta (dedikasi buat PEKASA). Satu pemerian yang terus bergema dalam ruang dan masa sehingga pencitraan imun cinta itu ketara jelasnya;
Budimu melekuk lok juang/kritis keris akalmu/meruncing bijak kata/meliliti kersani semangat diri/jati naluri seniman/moga pencak senimu lestasi/dalam rentak paling atma/
Meskipun terasa pemerian dalam puisi Lok Cinta itu pendek, akan tetapi rasa dan imun cinta itu jelas terasa dalam kesederhanaan penyair dalam mencitrakan rasa kagumnya dengan imun cinta tanpa disedarinya. Dalam pemerian citra rasa cinta itu, seorang lagi penyair dalam gema Pentas Ibadah karya Shamsul Idzam Jamil yang memberi definisi yang ketara perihal imun cinta kepada yang esa. Penyair melontarkan rasa kekurangannya dalam memaknakan, bahawa kebenaran dalam kehidupan hanya satu dan Tuhan yang maha berkuasa;
Di sini tertanamnya pohon keinsafan/ditabur dengan baja amalan mulia/disiram dengan air akidah/agar tumbuh bersama iman kukuh/tahan uji taufan nafsu/akarnya mencengkam tanah sifat/tegak batang syariat menghindar kulat khurafat/membuah kalimah rahmat/untuk bekalan di akhirat/
Pegangan penyair yang percaya kebenaran jelas memberi imun cinta yang mendalam dalam diri. Sinar rasa kekaguman itu memzahirkan, bahawa penyair memahami selirat makna yang diturunkan Tuhan untuk hamba-Nya dan manusia harus memanfaatkan sebaik mungkin sebelum kematian mendatangi. Fahaman penyair terus terungkap dalam rangkap berikut;
Pentas ibadah terpancarnya hidayah/membentuk jati diri Muslimin sejati/bercahayakan kerdipan syiar Islam/yang menerangkan zaman gelap jahiliah/dan menyuluh lorong-lorong mungkar/mementaskan zikir-zikir/memuji keagungan Tuhan sekalian alam/
Atas rasa tawaduk dan insaf, penyair banyak berpesan dalam puisinya. Namun dalam pemerian imun cinta itu telah memerangkap rasa yang tulus, bila Siti Rossikin Sahari memerikan lewat puisinya, Bayar Janji.
Berkata dengan rukun yang julung/”Muhammad Rasulku, Allah Tuhanku”/
Kusolat 5 waktu/kujamah sampai waktuku/kubayar tidak kutipu/kupergi sampainya seru/Mengengsor rukun yang tiga/gendangnya perut bertempuk tampar/pendang segala menjadi sirna/si copet pecah tawanya/si nganga besar bukanya/kempis waktu zuhurnya/busung waktu asarnya/
Kadangkala manusia yang terlupa dalam soal ibadat ini seperti yang tercitra dalam rangkap di atas. Penyair cuba untuk memerikan imun cintakan Tuhan lalu menukilkan dengan personafikasi yang sedikit keliru. Peranan penyair bukan saja memelihara rasa tanggungjawab sebagai hamba-Nya, tapi harus bersederhana dalam semua hal. Apapun, penyair cuba untuk menzahirkan dalam diksi yang mudah, tapi masih ada sedikit kekeliruan. Meskipun imun cinta dalam puisi ketara meresapi naluri dan nurani penyairnya.
KESIMPULAN;
Begitulah citra imun cinta dalam antologi Lok Cinta ini. Penyair yang berasa terpanggil untuk memerikan resapi imun cinta itu tanpa berbelah-bahagi, bahawa kebenaran tetap kebenaran tanpa alasannya. Dalam kesempatan ini saya ingin memohon maaf, sekiranya tidak semua puisi penyair dalam antologi ini dapat diselongkar hutan kata dan selirat maknanya, kerana saya harus berlaku adil untuk merasa dan meresapi rasa imun cinta itu dalam susuk puisi penyair dalam ruang yang relatifnya singkat.
Dalam memberi resensi begini, tentunya agak sukar untuk melihat secara mendalam puisi-puisi dalam Lok Cinta ini, kerana saya terpaksa mengenal keakraban puisi-puisi itu berbicara dalam susuk puitisnya. Akhirnya, saya harap dengan serba sedikit apa yang dibicarakan dalam kertas kerja ini dapat diberi rasa tanggungjawab kepada penulis muda seperti Ahmad A.H, Azie Laila, Azman Alli Rajjah, Bibi Sabariah, Dr. Idris Boi, Halimah Ramli, Jemat Gani, Khairunnisa Pawi, Maliah Adenan, Muhd Fariz Yusoff, Nazrin, Shamsul Idzam dan Siti Rossikin Sahari yang ketara berpotensi menulis puisi, cuma memerlukan rasa dan imun cinta itu meresapi dalam diri.
Sememangnya, penulis yang akrab dengan puisi seperti Ja’afar Haji Hamdan, Jais Sahok, Kelana Akira, Latifah Haji Mohd Shebli, Mohd Faizal Jamil, Mohd Taufik Mohd Saed, Pharo Abdul Hakim, Piee Ling, Radin Azhar Ahmad dan Rosani Hiplee telah memerikan sesuatu yang indah serta bervariasi dalam karya mereka. Namun saya bukanlah nak mengkategorikan kelas tersebut, tapi melihat dalam acuan karya yang terdapat dalam lingkungan antologi Lok Cinta ini saja. Terima kasih.
MEMPERKASAKAN BAHASA MELAYU;
KEMANA RELATIFNYA IDEOLOGI BAHASA YANG STANDARD?
-SEJARAH Perkembangan Bahasa Melayu merupakan salah satu daripada kertas pilihan dalam peperiksaan universiti di London. Sehingga sekarang, sudah 20 tahun mata pelajaran ini diajarkan di universiti di London.- (Russell Jones; Sejarah Bahasa Melayu).
Anarki kata-kata daripada Russel Jones di atas seperti ujuran supaya penggunaan Bahasa Melayu tidak sewewangnya dipinggirkan. Dan penafian beliau dalam sejarah Bahasa Melayunya, memberi sedikit tekanan untuk mengangkat martabat penggunaan Bahasa Melayu supaya menjadi salah satu antara bahasa dunia. Seperti yang telah diperdebatkan pelbagai pihak dan para akademia bahasa yang tidak mahu Bahasa Melayu terus dinafikan akan kewibawaan dan ketuannya, sebagai salah satu bahasa dunia dengan ras ideologi bangsa Malaysia . Prejudisme menganggap Bahasa Melayu sebagai subjek yang tidak standard harus diberi perhatian.
Apakah standard Bahasa Melayu dinafikan hak penguasaannya kerana ia dianggap bahasa yang tidak mampu menguasai dunia? Memang mengelirukan. Retorika yang selalu diputarbelitkan, tetapi masih jumud dalam penerimaan yang dianggap dalam neo-standard? Malah untuk mencari sinigfikan dalam perkara tersebut memberi penjelasan sesiapa sahaja penuturnya mengakui akan kebenaran. Jumudan penutur Bahasa Melayu telah dikuasai Bahasa Inggeris? Di mana silapnya sebagai penutur yang mencintai bahasa ibunda. Dan slogan Cintailah Bahasa Kita begitu lama dipinggirkan penggunaannya dengan pelbagai alasan yang amat wajar sekali. Bila Bahasa Melayu tidak mampu bersaing dengan Bahasa Inggeris yang begitu gah dan lama bertapak di peta dunia?
Malah isu betapa pentingnya penutur Bahasa Inggeris di kalangan warga Malaysia sebagai bahasa penting dunia pula menjadi tajuk perbincangan para akademia dengan pelbagai tanggapan yang masing-masing mempertahankan hak kewajaran serta ketidakwajarannya. Optimisme itu terus menciptakan bobrok positif dan negatif minda khalayak bahasa. Tiada jalan mudah untuk menyelesaikan isu berkenaan. Dan tiada jalan penyelesaian dapat dilaksanakan, kerana faktor ideologi para akademia yang dibubui rasa keraguan antara hendak mengiyakan atau menafikannya. Paradoks itu terus menguasai acuan bijaksana berfikir sesiapa sahaja.
Mekanisme yang pandir itulah yang telah memberi definisi yang terpinggir. Dalam erti kata lain, keterpinggiran yang tidak pernah dihiraukan oleh sesiapa, hatta penutur bahasa tersebut. Kenapa dan mengapa? Kajian para akademia mencatatkan beberapa faktor penutur Bahasa Melayu sebelum ini seperti melukut di tepi gantang. Terlalu mengharapkan apa sahaja keajaiban berlaku. Contoh yang paling ketara, bila seseorang yang penuturnya bahasa ibundanya, Bahasa Melayu. Bila dia pergi keluar negara untuk menyiapkan ijazah kedoktorannya dalam bidang pengajian Bahasa Melayu, dia mula berasa malu dan terhina dengan keperkasaan bahasa yang sinonim daripada Bahasa Inggeris yang tidak pernah dipertikaikan akan penggunaan oleh sesiapa sahaja, hatta di seluruh dunia. Kecuali jika mereka pergi ke Indonesia misalnya, yang begitu utuh dan setianya tentang penggunaan bahasa ibunda mereka.
Dan tidak hairanlah, akademia bahasa berbangsa Inggeris pun bila menuturkan Bahasa Indonesia seperti kita mendengar warga Indonesia sendiri menuturkannya. Di manakah relatifnya penguasaan bahasa ibunda di Malaysia? Kemanakah kemampuan kita sebagai penutur bahasa ibunda yang telah dipenuhi retorika standardismenya? Adakah ideologi perihal Bahasa Melayu tidak semerdeka Bahasa Indonesia? Prejudis itu harus sarat dalam diri penutur Bahasa Melayu itu sendiri. Tanggungjawab memperkembangkan Bahasa Melayu ke peringkat antarabangsa harus bermula di Asia Tenggara dalam melangkahi abad ke 21. Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura dan negara serantau lain bermuafakat di kalangan negara ASEAN. Bahasa Melayu boleh berkembang untuk membina paradigma ilmu dalam perbandingan bahasa khususnya di Barat dan Timur. Selaras dengan peranan dan tanggungjawab tersebut perkembangan Bahasa Melayu dalam mengakar dalam setiap penuturnya.
Keraguan itu terus membuat sesiapa sahaja yang berasa terpanggil untuk memberi pandangan baik yang positif atau negatif. Kepelbagaiannya, seperti tiada jalan penamat jika kejujuran penutur sendiri masih mempertikaikannya. Malah, pemakaian Bahasa Inggeris sebagai bahasa penting dunia memang diakui akan kestandardismenya. Akan tetapi dalam konteks tersebut, apakah retorikanya negara-negara maju seperti Jerman, Perancis, Rusia serta Jepun yang masih mengangkat peranan bahasa ibunda mereka sebagai bahasa perantaraan. Dalam konteks tersebut, kemanakah perginya prejudis individu dalam menanggani perkara ini?
Menurut Asmah Haji Omar; Jika dikaji bahasa-bahasa di dunia ini dapatlah dikatakan, bahawa semua bahasa yang sudah mencapai taraf bahasa ilmu di dunia bermula dari bahasa tabii yang am. Bahasa-bahasa tersebut, misalnya Bahasa Inggeris, Bahasa Perancis, Bahasa Jepun dan sebagainya, mencapai taraf sebagai bahasa ilmu dengan timbulnya keperluan untuk menyampaikan ilmu kepada ahli-ahli masyarakat yang menuturkan bahasa berkenaan. Bahasa-bahasa ini semuanya mempunyai sistem yang terbuka, yakni bersedia menerima pembaharuan, baik yang timbul dari bahasa itu sendiri mahupun yang datang dari luar.
Harafiahnya, Malaysia bangga dengan kemampuan penutur warganya dalam Bahasa Inggeris yang standard. Malah tidak diragukan lagi kerana apa sahaja yang menggunakan Bahasa Inggeris mendapat perhatian yang serius. Malah warga Malaysia seperti begitu fasih justeru meletakkan standard bahasa tersebut begitu gah. Akan tetapi dalam retorika tersebut, apakah wajar kita sebagai penutur bahasa ibunda itu sendiri mengagungkan bahasa tersebut jika prejudis diri masih lagi dengan apa yang berlaku sebelum ini? Tepuk dada tanyalah minda. Segalanya berada di dalam pemikiran kita. Segalanya yang memberi jawaban yang jelas dan tuntas. Lalu kemanakah realitinya ideologi Bahasa Melayu itu sendiri?
Menurut Raja Mukhtaruddin Bin Raja Mohd. Dain; Proses penstandardan Bahasa Melayu ini telah berlaku semenjak zaman dahulu lagi, tetapi seperti juga bahasa lain, proses itu menjadi hebat hanya pada ketika ia bertembung dengan bahasa asing. Seperti yang telah dihuraikan, Bahasa Melayu telah bertembung dengan Bahasa Sanskerta dan Bahasa Arab. Pertembungannya dengan Bahasa Arab telah meninggalkan pengaruh yang mendalam daripada segala segi perkembangan sebagai bahasa.
Memang sesuatu yang mendangkalkan, jika peranan Bahasa Melayu itu sendiri tidak dapat bertahan dengan ideologi bahasa sebagai subjek yang penting dalam pertuturan. Malah apa sahaja yang menyatakan kepentingan Bahasa Inggeris juga tidak boleh diabaikan kerana peranan bahasa tersebut dalam persada arus globalisasi masa kini memberi impak yang jelas dan tuntas akan keberkesanan. Sesiapa sahaja yang mengatakan, peranan Bahasa Inggeris sebagai bahasa penting dunia menjadikan perumpamaan yang jelas seperti duri dalam daging yang akan membengkak dan bernanah. Pun begitu, peranan sebenar Bahasa Melayu seharusnya selaras dengan apa sahaja ideologi bahasa itu sendiri untuk seimbang dalam peradaban pertuturan.
Namun apa yang dikatakan Media Sandra Kasih menyebut; Apabila memperhatikan kesederhanaan Bahasa Melayu, dapat diagak bahawa potensi Bahasa Melayu itu berkembang dan menjadi bahasa utama dunia sebenarnya tinggal selangkah lagi. Namun demikian, agaknya jalan yang ditempuh masih berliku lagi. Dan saranan itu diberi respon yang positif Awang Sariyan; Walaupun Bahasa Inggeris merupakan bahasa yang dominan dalam konteks globalisasi, penggunaan Bahasa Melayu perlu diutamakan dan dilestarikan di peringkat negara, demi mengekalkan identiti dan budaya negara berkenaan.
Menurut Mariam Atan; Sejak abad ke-12, bahasa itu menjadi lingua franca perdagangan dan sosial di rantau ini. Sewaktu kedatangan Islam ke Nusantara, Bahasa Melayu mendapat tempat paling istimewa, iaitu sebagai bahasa ilmu yang membicarakan persoalan agama. Sistem tulisan Jawi yang diperkenalkan oleh pedagang dan pengembangan agama Islam kepada masyarakat Melayu pula menyumbangkan kepada perkembangan ilmu pengetahuan di alam Melayu. Memang kita harus akur betapa pentingnya peranan Bahasa Inggeris yang telah dinobatkan sebagai bahasa kelas dunia. Akan tetapi kita tidak seharusnya membiarkan Bahasa Melayu dipinggirkan dalam penguasaannya, kerana peranan Bahasa Melayu juga mampu menguasai bahasa dunia, jika kita sama-sama mendaulatkannya tanpa prejudis diri. Penafian Bahasa Melayu seimbang penguasaannya yang dituturkan atau ditulis tidak boleh dianggap tidak standard lagi, kerana peranan dan kedaulatan Bahasa Melayu ada kemampuannya sendiri untuk gah dalam apa sahaja, baik dari segi pertuturan atau dalam bentuk penulisan, hanya selaraskan dengan pencaturan yang bijaksana, seperti penguasaan Bahasa Inggeris.
Mekanisme terbaik warga Malaysia harus memartabatkan Bahasa Melayu selaras dengan dasar kerajaan menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang mengintegrasikan ras, bangsa dan agama. Bahasa Melayu harus berdiri gah di samping Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua di Malaysia. Standard Bahasa Melayu di Malaysia seharusnya selaras dengan akta undang-undang bahasa itu sendiri untuk menjadi mercu tanda bahasa ibunda, bukan terus bermegah dengan bahasa asing, di mana peranan kemerdekaan kita masih mengekori apa sahaja kemajuan serta pemikiran bangsa lain. Malaysia seharusnya ada acuan sendiri untuk halatuju kestandardan Bahasa Melayu. Akan tetapi tetap menghormati Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua untuk mengimbangi kehendak potensi kemajuan teknologi masa kini dalam ledakan arus globalisasi.
Menurut Dr. Rais Yatim; Dasar kerajaan tentang Bahasa Melayu dalam bidang kehakiman sudah dibuat sejak 1990 selaras dengan penggunaan Bahasa Melayu dalam di Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan, dan Makamah Persekutuan, namun nampak tidak memberi impak yang positif, hampir 75 peratus dijalankan dalam Bahasa Inggeris. Suntikan baharu, hala tuju baharu serta nafas baharu untuk memartabatkan bahasa kebangsaan. Kebenaran itu seperti kerap kali didengar, malah diwara-warakan dalam apa sahaja medan yang mengenai Bahasa Melayu yang kian terpinggir? Siapakah yang mewajarkan perihal tersebut? Pakar bahasa? Pengkaji bahasa? Penggiat bahasa? Atau pengguna bahasa yang betul? Retorika itu seharusnya telah tersemai sekian lama di sanubari para pencinta bahasa itu sendiri. Apa yang jelas dan sinifikannya, memberi jalur baharu dalam peranan penggunaan Bahasa Melayu yang standard.
Secara totalnya, Bahasa Melayu sering disalahertikan, bahawa di negara Malaysia Bahasa Melayu sering tertindas oleh akademia bahasa itu sendiri yang seperti melihat keterpinggiran terus berlaku dan berlaku. Salah siapa? Memang untuk merealisasikannya, satu kejelasan yang pandir. Bila mana peranan Bahasa Melayu itu sendiri seperti teracah-acah dalam konteks penggunaannya, kerana bahasa asing seperti Bahasa Inggeris terus gah penggunaannya di kalangan para akademia. Paradoks itu jelas membuktikan, bahawa peranan memartabatkan Bahasa Melayu tidak seharusnya dipandang ringan akan penggunaannya. Semua warga Malaysia harus terlibat tidak kira bangsa, agama atau sesiapa sahaja hatta peranan agensi kerajaaan dan swasta apa sekalipun. Kalau tidak martabat Bahasa Melayu setiap hari akan bergolak dalam bahasa asing, seperti Bahasa Inggeris. Bercampur baur. Seperti rojak bahasa. Meskipun ia bersifat sinifikan akan tetapi ia menjadi sekam dan akan membakar bahasa ibunda itu sendiri.
Justeru untuk merealisasikan suntikan baharu, hala tuju baharu serta nafas baharu dalam memartabatkan Bahasa Melayu terus gah di persada globalisasi, semua harus terlibat dalam menangani ketelusan berbahasa dalam penggunaannya. Apa kurangnya Bahasa Melayu di negara-negara maju seperti Perancis, Jepun, Rusia, Jerman yang begitu gah dengan ikon bahasa mereka sendiri? Di Malaysia kita harus mengamalkan budaya berbahasa Bahasa Melayu. Perancangan itu meskipun banyak pro dan kontranya, tetapi ia berbaloi untuk memartabatkan Bahasa Melayu selaras dengan apa yang telah diwara-warakan sebelum ini.
Peranan akademia bahasa seharusnya lebih telus untuk memberi ruang warga kita mahupun warga asing yang berada di Malaysia menggunakan Bahasa Melayu. Apa yang menjadi kebanggaan kita, Bahasa Melayu bahasa yang begitu indah nahu dan lara bahasanya dalam pertuturan, hatta dalam penulisan sekalipun, tetapi mengapa ada segelintir warga Malaysia masih berasa malu untuk menuturkannya di pentas globalisasi? Takut orang tidak tahu. Caranya amat mudah, bila negara-negara maju seperti Perancis, Jepun, Russia, Jerman memberi ucapan di persidangan antarabangsa mereka ditemani penterjemah. Di situlah peranan kita untuk memartabatkan Bahasa Melayu selaras dengan wawasan kita nanti.
Otodoks yang masih membelenggu sikap tidak percayakan penggunaan Bahasa Melayu tidak seharusnya dipandang sepi. Warga yang berbudaya dan berbahasa harus melihat sinifikan itu sebagai inti perjuangan untuk memartabatkan bahasa kita kepada bahasa dunia. Bahasa Melayu yang serba baharu dengan ideologi yang baharu serta bersifat sezaman. Fenomena itu yang terus kita perjuangkan untuk meletakkan Bahasa Melayu terus standard dalam arus globalisasi.
Apakah retorika itu terus terbiar? Mekanisme yang jelas memberitahu, bahawa peranan yang ada pada diri setiap warga generasi Malaysia hari ini harus mengangkat martabat bahasa ibunda tanpa prejudis. Di sinilah peranan untuk merealisasikan Bahasa Melayu sebagai pemikiran baharu, suntikan baharu, hala tuju baharu serta nafas baharu dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dan efisyen. Memang untuk membina jatidiri memartabatkan Bahasa Melayu selaras seperti yang dikehendaki memerlukan daya usaha yang bukannya sedikit. Ia memerlukan prospek yang lebih terarah dan menyeluruh. Apa pun retorika dan pespektifnya yang jelas ia harus dimanfaatkan semua, bukan terarah kepada para akademia sahaja. Tetapi ia harus diteruskan warga Malaysia untuk meletakkan serta memartabatkan betapa Bahasa Melayu gah di persada dunia.
Menurut Francois Valentyn dalam terjemahan Datuk Zainal Abidin Wahid; Bahasa mereka, iaitu Bahasa Melayu…bukan sahaja digunakan di pantai Tanah Melayu, bahkan juga di seluruh India dan di negeri-negeri sebelah Timur. Bahasa ini adalah sebagai Bahasa Perancis atau Latin di Eropah ataupun macam bahasa perantaraan di negeri Itali atau di Lavant. Oleh sebab banyak bahasa ini digunakan maka seseorang yang boleh bertutur dalam Bahasa Melayu akan dapat difahami orang baik pun dalam negeri Parsi (Persia) atau Filipina.
Penyataan di atas dikukuhkan oleh A. Aziz Deraman; Di luar wilayah geopolitiknya, Bahasa Melayu dipercayai boleh menjadi bahasa komunikasi, ilmu pengetahuan, media, falsafah, kesusasteraan, dan saluran fikiran umat kita sehingga menjadi sebahagian penting daripada bahasa dan persuratan dunia. Bahasa kita meminta pertanggungjawaban baru. Kita mesti melahirkan karya besar kesusasteraan. Kedudukan Bahasa Melayu tidak sepatutnya kekal dalam anggapan kita bertaraf bahasa kelompok atau bahasa orang Melayu di Malaysia sahaja. Kita sedang menuju ke tahap pembinaan kebudayaan tinggi. Kebudayaan tinggi akan menyebabkan terciptanya peradaban bangsa. Persepsi tentang bahasa mestilah jelas dalam peranan serta tanggungjawab semua marga Malaysia untuk meletakkan satu gagasan yang telus dan standard. Aplikasi dari kesan tersebut bukan saja memberi satu kejayaan semua dalam merealisasikan kestandardan Bahasa Melayu daripada terpinggir terus.
Aras perkembangan Bahasa Melayu seharusnya dipertingkatkan lagi dalam menempuhi arus globalisasi yang rencamnya dalam kemasukan bahasa asing. Peranan akademia bahasa harus selaras dengan kehendak akta undang-undang yang sekian lama diwara-warakan. Namun apakah aplikasi untuk memberi ideologi Bahasa Melayu harus dibiarkan hanya akademia bahasa yang melaksanakannya, tanpa semua penutur Bahasa Melayu? Definisi tersebut memberi gambaran peranan dan tanggungjawab untuk memberi penanda aras perkembangan Bahasa Melau sejajar dengan pembangunan daya intelektual penutur.
Meletakkan gagasan demi gagasan untuk memartabatkan Bahasa Melayu daripada terpasung dengan kemasukan bahasa asing alias bahasa rojak aplikasi yang diberi perhatian yang bukan sedikit. Persada arus perdana penutur harus mengemas kini tahap intelektualisme mereka untuk mengimbangi kepesatan serta kehendak negara membangun seperti Malaysia. Dalam pada itu, tidak sewajarkan kita meminggirkan penggunaan Bahasa Melayu yang seharusnya dinobatkan sebagai bahasa yang memiliki dwi-bahasa yang standard. Neo Bahasa Melayu kadangkala cukup mendangkalkan khalayak penutur Bahasa Melayu. Dalam erti kata lain, peranan Bahasa Melayu seharusnya bermula dari penutur itu sejak kecil lagi. Pengecilan perkembangan Bahasa Melayu untuk lebih terarah dan gah harus diberi perhatian yang serius.
Neo bahasa yang sering digusarkan, acapkali dipersoalkan kemampuannya untuk meletakkan Malaysia sebaris dengan negara-negara lain yang memartabatkan bahasa ibunda mereka dalam kemajuan yang sudah terbukti. Kenapa neo Bahasa Melayu masih takut dalam meletakkan sasaran tersebut? Bukankah Bahasa Melayu tersebut sudah diwartakan sebagai salah satu bahasa yang boleh menguasai dunia. Positif dalam memartabatkan Bahasa Melayu harus selaras dengan dasar kerajaan yang sudah sekian lama mendaulatkannya. Pendekatan untuk mendidik setiap warga Malaysia bertutur dalam Bahasa Melayu harus selaras dengan kehendak bahasa itu sendiri. Bancian penduduk Malaysia yang menuturkan Bahasa Melayu pada tahun 1970 adalah lebih kurang 44.68 peratus dari jumlah penduduk Malaysia 10439430 orang. Peratusan ini jauh meningkat selepas tahun 1990 apabila sistem pendidikan kebangsaan ditegaskan sejak 1970 lagi.
Kesimpulannya, perkembangan Bahasa Melayu yang standard dalam pengukuran neo bahasa selaras dengan daya dan kehendak setiap warga Malaysia itu sendiri. Penutur Bahasa Melayu di Malaysia bukan subjektif lagi, kerana peranan dan rasa tanggungjawab semua warganya bukan meletakkan prejudis setiap bangsa dan agama. Tahap ideologi dan cetusan minda penutur Bahasa Melayu telah berjaya meletakkan sasaran untuk menguasai bahasa dunia bersama dengan bahasa asing lain. Meskipun jika dilihat objektif tersebut telah mengundang kejengkelan serta kejumudan pemikiran.
Neo Bahasa Melayu dalam bahasa yang standard seharusnya berani menuturkan laras dan nahu Bahasa Melayu yang betul serta mampu menenuhi saranan dasar kerajaan, supaya dapat diselaraskan dengan pengubal rang undang-undang bahasa itu sendiri. Bahasa Melayu mampu menyaingi bahasa lain dalam menentukan peranan serta tanggungjawab aras keberkesanannya bagi mengimbangi kehendak Malaysia yang mensasarkan wawasan 2020, bahawa Bahasa Melayu tidak diperlekehkan lagi untuk dituturkan. Malah sesiapa saja yang bertutur dalam Bahasa Melayu yang standard dan terus menghormati peranan dan kuasa Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi kerajaan Malaysia.
Aplikasi perkembangan Bahasa Melayu seharusnya dilihat dalam minda yang positif dalam meletakkan penanda aras kemampuan dan keberkesanannya dalam memberi dimensi bahasa itu sendiri, supaya peranan dan tanggungjawabnya jelas dan tuntas dalam merentasi zaman era multimedia yang sarat dengan teknologi dalam mengimbangi Bahasa Inggeris sebagai versi teknologinya. Namun Bahasa Melayu dalam memberi daya saing dalam kehendak bahasa dan kemajuannya. Apakah Bahasa Melayu positif dalam relatifnya, memperkembangkan neo bahasa yang standard seperti yang diwara-warakan pelbagai pihak? Atau kejumudan penutur Bahasa Melayu itu sendiri terus melatah dalam kancah arus sistem multimedia yang terus mengungguli Bahasa Inggeris sebagai perantaranya?
PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU;
TRANSISI BLOGGER.
BAHASA MELAYU seperti Hamburger demikianlah definisi blogger; Revolusi positif yang harus diberi perhatian! Bukan menganggap dunia dalam kelajuan ICT pasungan kemiskinan maklumat, tetapi harus diambil kita dalam semua aspek dan kehendak blogger itu sendiri.
Bahasa Melayu Moden relatif dengan transisi perkembangan bahasa yang telah mendaulatkan bangsa dan negara. Namun untuk memberi impak yang berkesan terhadap perkembangan Bahasa Melayu, satu definisi yang harus difikirkan dengan telus dan efisyen demi perkembangannya sebagai penanda aras standard Bahasa Melayu. Jika definisi blogger selaras dengan perkembangan Bahasa Melayu itu sendiri untuk memicu serta memacu ke tahap yang lebih global. Namun tidak ramai akedemia bahasa setuju dengan keselarasan Bahasa Melayu di minda blogger dalam rencam blog-blog mereka yang begitu cepat dan mudah diakses sesiapa saja, hatta di mana dalam dunia tanpa sempadan ini.
Namun demi memperkasakan Bahasa Melayu serta memartabatkan keberkesannya dalam cetusan pradigma yang selalu diperdebatkan oleh blogger telah memberi fenomena yang tidak harus dianggap mudah kerana peranan dan kesaksamaan blogger untuk patuh serta bertanggungjawab dalam memperkasakan serta memberi penanda aras perkembangan Bahasa Melayu tidak relevan dan minda harus positif serta optimis dalam merealisasikannya ke peringkat yang lebih disegani.
Impak negatif ketelusan Bahasa Melayu itu sendiri sering dipinggirkan dalam banyak hal, jika peratusan blogger berkomunikasi dalam blog mereka masih tidak bertanggungjawab dalam memartabatkan Bahasa Melayu, namun dalam ledakan arus maklumat yang cukup pantas telah memberi satu transisi drastik, terutamanya dalam acuan dan kebijaksanaan para blogger yang seperti terlupa dengan penggunaan Bahasa Melayu dalam blog-blog ciptaan mereka.
Arus ICT dilawati di mana saja tanpa batas yang mengekanginya. Blogger yang punya identiti diri yang cukup kompleks seperti transisi yang harus memicu kecekapan dan ketangkasan mereka untuk memanfaatkan apa yang telah direntasi dalam ideologi serta skop pemikiran supaya memberi kesan dan ikon untuk bersama-sama memperkembangkan kewibawaan Bahasa Melayu yang acapkali tidak diberi perhatian yang positif.
Resensi itu terus menjadi budaya di kalangan remaja yang seperti mengagungkan bahasa asing. Bukankah tanggungjawab tersebut harus selaras dengan saranan dasar kerajaan yang melihat perkara tersebut seharusnya positif dalam semua hal. Tidak semuanya yang dirancangkan mengikut tahap dan kehendak Bahasa Melayu itu sendiri. Hakiki peranan dan visi blogger seperti kesan negatif berlaku kepada perkembangan Bahasa Melayu, bila blogger tidak mengambil iktibar dengan ledakan arus maklumat masa kini untuk mempertingkatkan perkembangan Bahasa Melayu itu dan peranan serta rasa tanggungjawab blogger seperti meminggirkan terus Bahasa Melayu dalam blog mereka. Dari satu sudut lain, sememangnya peranan blogger dapat mengimbangi keberkesanannya dalam memperjuangkan kehendak dan penanda aras Bahasa Melayu untuk bersaing dan gah dengan bahasa lain.
Bukankah fleksibel blogger untuk bersama-sama memberi sumbangan dan perkara tersebut harus diberi perhatian yang serius kerana dengan kepantasan dan kecekapan arus ICT dimanfaat generasi baru hari ini dengan lebih berani. Dan tidak salah mereka dipertanggungjawabkan untuk melestarikan impian demi memperkembangkan Bahasa Melayu seperti yang sering diwara-warakan, malah dengan perlantikan tokoh politik veteran Datuk Dr. Rais Yatim pada 7 Ogos 1997 yang melihat bahawa skop peranan dan tanggungjawab harus selaras dengan dasar kerajaan ketika itu untuk mendaulatkan Bahasa Melayu dalam konteks yang lebih bersifat globalisasi.
Memetik kata Datuk Dr. Rais Yatim ketika itu; Kita ingin melihat penggunaan Bahasa Melayu yang seragam, berhemah dan bermartabat. Bukan bahasa rojak, tegasnya. Dalam memperkasakan Bahasa Melayu itu selaras dengan perkembangannya, kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi sudah jelas termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Dan jika sesiapa tidak bertanggungjawab untuk memberi impak yang semaksimumnya dalam menjulang Bahasa Melayu tidak kerdil seperti apa saja propaganda anasir yang kurang mencintai Bahasa Melayu. Masih ramai lagi tokoh politik memberi laluan kepada bahasa asing, sehingga rasa tanggungjawab itu harus diberi perhatian dalam pencernaan yang mencintai Bahasa Melayu tanpa prejudis diri.
Dalam memberi peranan dan tanggungjawab untuk memperkasa Bahasa Melayu seperti melihat sinigfikannya, ke kancah penghapusan bahasa itu sendiri untuk hidup segan mati tidak mahu. Namun para akademia bahasa terus berusaha serta tidak mudah melatah dalam apa saja untuk memperkembangkannya dengan aspek betul. Apatah lagi dengan kesan dan ledakan arus ICT dalam blog-blog. Menurut Blog Herald, sehingga bulan Oktober 2007, terdapat 100 juta blog di seluruh dunia. Jumlah tersebut kini telah meningkat. Direktori Eaton Web pula menyenaraikan kewujudan 14,000 blog di 140 buah negara dalam 40 buah bahasa, yang kian bertambah dari semasa ke semasa. Terdapat kira-kira 500,000 blog diwujudkan di negara ini. Mengulas perkembangan blog di negara ini, Pensyarah Pengajian Media Universiti Malaya Dr. Abu Hassan Hasbullah berkata antara perintis awal blog di negara ini adalah sekumpulan blogger yang membentuk komuniti Geng Journal pada tahun 1998.
Seorang blogger veteran Rebecca Blood yang juga pengarang The Weblog Handbook mengatakan, blogger adalah mereka yang berminat terhadap web. Begitu juga pengasas Blogger.Com Evan Williams berpandangan, bahawa blogger adalah golongan muda yang menggunakan blog untuk berkomunikasi. Data tersebut membuktikan, bahawa blog merupakan wahana komunikasi yang bukan sahaja popular, malah berkesan dan berpengaruh untuk diberi tanggungjawab memperkembangkan Bahasa Melayu, amnya di Malaysia dalam memartabatkannya dalam arus perdana bahasa dunia. Di mana Malaysia negara keempat di dunia mengakses blog untuk tujuan tertentu. Meskipun dalam peranan dan bahasa blog-blog tersebut harus dilihat positif dalam peranan dan acuan minda blogger.
Namun tidak semua akademia bahasa akur dan memberi kredit kepada blogger untuk perkembangan Bahasa Melayu yang diidamcitakan, kerana masih ramai blogger malah penulis novel popular dan gah namanya masih terikut-ikut memberi peranan yang negatif dalam Bahasa Melayu itu sendiri. Menurut Wan Robiah Meor Osman, blogger seperti tidak dapat diberi mandat atau peranan dalam memperkasakan Bahasa Melayu dengan betul dalam mencatatkan apa saja dalam blog mereka. Istilah ‘kacau’ dalam penggunaan ICT yang meluas dalam kalangan masyarakat pada era global masa kini merupakan satu landasan yang berupaya menyalurkan dan menyebarkan maklumat dengan cepat dan mudah. ICT juga dilihat sebagai landasan perhubungan interaksi maya masyarakat.
Dalam pada itu, kita tidak menyalahkan blogger seratus peratus kerana tidak menggunakan medium yang sedia ada untuk memperkembangan Bahasa Melayu dalam acuan yang telah disarankan oleh dasar kerajaan. Atau ia seperti memberi impak yang mengundang pelbagai perspektif blogger untuk memberi aras kesedaran mereka menanggapi penggunaan Bahasa Melayu itu penting meskipun dalam blog? Definisi itu salah satu cara untuk meningkatkan tahap celik bahasa kepada blogger, di samping dapat menyebar luas keberkesanan Bahasa Melayu dalam arus ledakan ICT masa kini.
Peratusan penggunaan ICT yang meluas juga menyebabkan banyak blogger mula mempelajari teknik membangunkan blog mereka dengan lebih berani dan canggih, khususnya dalam kalangan orang dewasa dan remaja. Pembangunan blog dilihat sebagai satu kegiatan yang amat bermanfaat, sejajar dengan hasrat kerajaan untuk mewujudkan masyarakat yang celik dan pintar teknologi. Pembangunan blog para penggunanya dilihat sebagai usaha yang kreatif dan inovatif dalam menghasilkan karya, diari kehidupan dan catatan penulisan. Secara sedar atau kurang sedar, masyarakat pengguna blog seakan-akan terlupa untuk menggunakan laras bahasa yang baik, tepat dan betul, khususnya Bahasa Melayu yang kelihatan seperti terpinggir dan tersepit wahana bahasa rojak atau bahasa singkatan yang mendapat pelbagai reaksi akademia bahasa.
Malah carutan dalam bahasa blogger memberi gambaran, bahawa blogger telah menidakkan saranan yang sering diwara-warakan dasar kerajaan dan perlembagaan negara Malaysia. Ketelusan tersebut seperti menidakkan bahawa Bahasa Melayu seperti bahasa yang mudah diperolokkan oleh bahasa lain. Dalam pada itu kewujudan Bahasa Melayu seperti telah dilacuri peranan dan implikasi Bahasa Malaysia yang disarankan untuk mengantikan Bahasa Melayu yang sekian lama bertapak. Dalam konteks tersebut, wajarkah Bahasa Melayu yang gah satu masa lalu ditukar namanya dengan Bahasa Malaysia? Dasar kerajaan dan peranan amat besar bila pelbagai spekulasi yang menjurus perkara tersebut. Para akademia bahasa lantang menyuarakan kegusaran mereka perihal perkara tersebut. Polemik itu terus mengundang spekulasi.
Menurut Wan Robiah Meor Osman lagi, pemerhatian terhadap blogspot Malaysiabloggers.com mendapati bahawa, wujud gaya berbahasa dalam kalangan ahli blog tersebut. Gaya berbahasa mereka boleh dianggap ‘kacau’ kerana penggunaan perkataan yang tidak dieja dengan betul dan tepat, bahasa rojak dan bahasa pasar yang amat ketara. Melalui coretan atau catatan penulisan di blog, jelas menunjukkan berlakunya pengabaian penggunaan Bahasa Melayu. Penggunaanya sama ada sedar, atau tidak tahu ataupun tidak kisah, telah menggunakan bahasa sewenang-wenangnya tanpa rasa bersalah atau prihatin untuk memartabatkan Bahasa Melayu. Generasi muda yang merupakan pengguna yang mendominasi ICT dan blog akan meneruskan gaya bahasa yang kacau dan rosak, dan jikalau hal ini tidak dibendung secepat mungkin, nescaya hal ini akan melarat dan menjadi penyakit yang sukar diubati.
Faktor itu harus dilihat dengan minda positif pelbagai khalayak yang cintakan Bahasa Melayu supaya penggunaan bahasa pasar atau rojak terus menjadi perhubungan berbahasa, lalu menjebakkan generasi muda hari ini lemas dalam arus bahasa slanga yang licik dan akrab dalam perubahan masa ketika ini. Namun ramai sedar, blogger terpaksa menggunakan bahasa perantaraan yang standard untuk mengimbangi rentasan maklumat dalam berbahasa. Retorikanya jelas, bahawa jika untuk memperkenalkan Bahasa Melayu, iaitu bahasa ibunda Negara Malaysia. Dalam konteks lain. Oleh hal demikian, blogger mempunyai peranan serta tanggungjawab yang besar untuk membina saranan komunikasi serta hubungan sosial yang jernih melalui perekayasaan blog. Hal ini dapat direalisasikan jikalau blogger tahu adab berbahasa dan berbudaya, kenal batas susila, menghormati hak, persamaan serta perbezaan orang lain, meskipun dalam pemblogan tidak ada undang-undang atau garis panduan siber dan etika, khususnya yang perlu dipatuhi. Namun khalayak yang cintakan Bahasa Melayu harus mencabar diri untuk memartabatkan kedaulatan Bahasa Melayu.
Dalam arus kontemporari zaman yang telah diperkenalkan dengan ledakan ICT telah memberi input tentang kerisauan akademia bahasa, perihal penggunaan bahasa yang tersasar pengunaannya sekian lama dan Bahasa Melayu yang telah dianggap sebagai bahasa yang telah diberi provasi dunia oleh akademia bahasa. Catatan orang China yang menyatakan, bahawa sebuah kerajaan Mo-lo-yeu mempersembahkan hasil bumi kepada raja China sekitar 644-645 Masihi. Ada yang mempercayai kerajaan Mo-lo-yeu berpusat di daerah Jambi, Sumatera, daripada sebatang sungai yang deras alirannya, itulah Sungai Melayu. Satu lagi catatan orang China ialah, catatan rahib Buddha bernama I-Tsing yang menggunakan kata Ma-lo-yu tentang dua buah kerajaan yang dilawatinya sekitar 675 Masihi. Dalam bahasa Jawa Kuno, kerajaan Mlayu bermaksud berlari atau mengembara. Hal ini boleh dipadankan dengan orang-Melayu (Austonesia) yang bergerak dari Yunan ketika itu.
Seyugia itu, peranan Melayu dalam berbahasa lalu tercatat dalam sejarah komunikasi yang tuntas Bahasa Melayu. Menurut Nik Safiah Karim; Bahasa Austonesia ialah satu rumpun bahasa dalam filum bahasa Austris bersama-sama dengan rumpun bahasa Austonesia dan Tibet-China. Bahasa Melayu termasuk dalam acuan bahasa-bahasa Golongan Sumatera bersama-sama dengan bahasa-bahasa Acheh, Batak, Minangkabau, Nias, Lampung dan Orang Laut. Dalam konteks akademia bahasa membahagikan perkembangan Bahasa Melayu kepada tiga tahap utama iaitu; Bahasa Melayu Kuno, Bahasa Melayu Klasik dan Bahasa Melayu Moden.
Untuk membicarakan aspek penggunaan Bahasa Melayu yang telus dan berkesan, maka kita kembali kepada sejarah yang telah membuktikan, bahawa Bahasa Melayu telah menjadi bahasa lingua franca (Bahasa perantaraan). Di mana proses revolusi Bahasa Melayu mula berkembang dan maju selaras dengan taraf perkembangan serta kemajuan yang dicapai. Bagaimana pula dengan blogger yang telah sekian lama terjajah dengan bahasa lain, selain Bahasa Melayu itu sendiri? Blogger yang setiap masa memanfaatkan ruang ICT itu melalui blog mereka untuk berkomunikasi yang telah mencemar penggunaan Bahasa Melayu sekian lama. Di manakah peranan dan tanggungjawab itu diberikan kredit dalam kelompok bahasa.
Autopsinya teramat jelas sekali, bila mana Bahasa Melayu sering menjadi sasaran dalam arus politik dan dunia korporat. Di mana Bahasa Melayu seperti dipinggirkan, bila rang undang-undang kerajaan Malaysia telah memberi peranan Bahasa Malaysia untuk mengantikan Bahasa Melayu. Bagaimana pula sentimen bangsa lain selain dari bangsa Melayu itu sendiri. Wajarkah kita memberi pengiktirafan Bahasa Melayu yang sekian lama mengakar umbi menjadi Bahasa Malaysia? Layakkah Bahasa Malaysia diletakkan roh Bahasa Melayu di dalamnya? Positif atau negatif pelbagai spekulasi dan tanggapan khalayak.
Retorikanya telah memberi satu fenomena, bahawa Bahasa Melayu berdepan dengan transisi wahana bahasa-bahasa lain untuk memberi satu pandangan para akademia bahasa jika apa yang diimpikan bakal memberi kancah pertukaran dunia baru bagi Bahasa Melayu yang bersaing dengan bijaksana kesan dan peranannya dalam memberi satu letusan budaya berbahasa dengan lebih berani dalam merentasi siber ICT yang pantas dan serba maju masa kini. Keberkesanan dalam mendominasikan penggunaan Bahasa Melayu di peringkat maya telah memberi satu lagi kejutan kepada Bahasa Melayu, bahawa persaingan dengan bahasa lain seperti memberi revolusi drastik terhadap penguasaan yang lebih terarah dan jelas.
Dalam desakan tersebut, wajarkah penggunaan Bahasa Melayu dipertahankan jika perkembangan dan penggunaannya seperti dilihat sekadar memenuhi dasar kerajaan yang tidak dilihat dari akar budaya dan catatan sejarah Melayu itu sendiri. Peranan dan rasa tanggungjawab pengguna Bahasa Melayu itu sendiri berasa ia seharusnya diambil dengan tindakan yang positif dalam memartabatkannya. Aspek penggunaannya sering diputarbelitkan, bila peranan arus globalisasi dan korporat Bahasa Melayu itu sendiri bila ia mula mengecil penggunaannya. Kajian penggunaan Bahasa Melayu untuk berkomunikasi seperti dianggap tidak standard menunjukkan seseorang itu profesional jika bertutur dalam Bahasa Melayu, walhal penutur sendiri berbahasa Melayu dan pendengarnya juga orang Melayu. Aspek menjaga status dan profesional sedikit sebanyak memberi impak yang jelas, bahawa perkembangan Bahasa Melayu itu sendiri seperti terhakis secara perlahan penggunaannya dalam ledakan ICT masa kini.
Menurut Nisah Harun; Blog penulis harus ada jati diri, memelihara bahasa dan juga mengangkat kesusasteraan Melayu secara umumnya. Kemanakah hala tuju Bahasa Melayu itu sendiri, jika penutur bahasa tersebut seperti tidak pernah menggunakannya. Memang untuk menidakkan apa yang berlaku kepada Bahasa Melayu budaya memperlecehkan penggunaannya ibarat mencantas bahasa ibunda sendiri jika peranan serta tanggungjawab terhadap bahasa tersebut mula tidak diberi kredit untuk meletakkannya sebaris dengan bahasa-bahasa lain. Aspek pembentukan semula rang undang-undang yang sedia ada seharusnya diberi perhatian. Bahasa yang sekian lama berkembang di Nusantara ini seperti perumpamaan yang mengelirukan, bila peranan dan tanggungjawab penutur Bahasa Melayu itu sendiri seperti keliru untuk mengemaskini penggunaan bahasa tersebut selaras dengan dasar kerajaan yang mendaulatkan rasa cintakan Bahasa Melayu yang harus dipupuk di peringkat kanak-kanak lagi. Penakulan daripada perkembangan Bahasa Melayu tersebut sepatutnya dilihat dari pro dan kontra peranan bahasa tersebut.
Input yang sering didengar kesan transisi penggunaannya seperti melepaskan harimau tersepit. Kesannya begitu mudah menjebakkan sesiapa saja. Wahana Bahasa Melayu seperti mencari jalan penyelesaian yang ketara sukarnya, apatah lagi melibatkan penggunaan ledakan arus maklumat oleh blogger. Kesan positif yang dibawa blogger dalam blog-blog mereka seperti mengesan virus komputer yang menyerang dalam senyap dan berbisa. Blogger begitu teruja bila mengemaskini blog-blog mereka untuk tatapan khalayak atau memenuhi tuntutan kehendak naluri mereka. Namun adakah blogger sedar, peranan bahasa yang mereka pertanggungjawab dalam penulisan blog? Apakah blogger bertanggungjawab dalam memartabatkan Bahasa Melayu dalam blog-blog mereka? Kesan positif dan negatif saling bergantungan dalam menjelaskan perkara ini.
Keluh-kesah akademia bahasa kedengaran, bila mana blogger mengabaikan tanggungjawab mereka dalam wahana kebahasaan. Uji selidik mendapati hampir 87% blogger di Malaysia menggunakan Bahasa Malaysia, selebih 13% menggunakan Bahasa Inggeris. Apakah 87% itu blogger menggunakan Bahasa Melayu yang standard? Dalam memberi maklum balas kesan positif ketara sekali dalam penggunaan blog-blog yang diakseskan di Malaysia. Rata-rata blogger sering teruja untuk melihat kesan penggunaan Bahasa Melayu dalam blog-blog di Malaysia ke arah yang positif.
Lantaran itu, akademia bahasa sedikit berasa kesan saranan yang diwara-warakan pengubalan rang undang-undang dalam memartabatkan Bahasa Melayu sejak 1997 ke arah yang positif. Aplikasi dari perkara tersebut peranan serta tanggungjawab memicu terus pelaksanaan untuk mengguna pakai Bahasa Melayu satu transisi yang tidak harus diabaikan sebagai marga Malaysia yang bahasa perantaraannya Bahasa Melayu. Komplikasi dari ketidakjelasan itu telah mengelirukan blogger, sehingga mereka mempersoalkan peranan Bahasa Melayu yang disarankan sejak tahun 1997 satu jenaka?
Mendepani arus era blog-blog masa kini, blogger memainkan peranan yang amat besar dalam mendaulatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan berkomunikasi. Blogger yang begitu dekat dengan khalayak seharusnya diberi rasa tanggungjawab untuk menyebarluaskan penggunaan Bahasa Melayu tanpa prejudis.
Purata kewujudan blog masa kini bukan perkara yang janggal lagi. Statistik mencatatkan kewujudan blog transisi terkini untuk mendapat dan memberi maklumat kepada sesiapa saja. Lantaran itu, peranan blogger untuk mempromosi penggunaan Bahasa Melayu harus diberi kredit perihal penggunaan Bahasa Melayu yang betul dan standards. Melihat kecenderungan remaja yang hidup dalam ledakan arus ICT tidak mustahil pengembangan Bahasa Melayu dapat disalurkan dengan lebih pantas. Apa yang dirisaukan peranan blogger yang tidak masih menggabaikan penggunaan Bahasa Melayu dalam blog sesuatu yang negatif sifatnya. Dan pada akademia bahasa seharusnya melihat transisi masa kini harus mengambil iktibar, bahawa penguasaan Bahasa Melayu peringkat remaja agak lemah dan longgar, di mana remaja lebih terpengaruh dengan bahasa rojak dan bahasa singkatan yang sudah pasti jika tidak dibendung sesuatu yang bakal menjatuhkan martabat Bahasa Melayu. Kecenderungan remaja yang keliru dengan peranan Bahasa Melayu bukan transisi yang harus diambil sambil lewa. Di sini pengaruh blog-blog yang mengabaikan pengunaan Bahasa Melayu yang betul memainkan peranan yang besar untuk menperjelaskan, bahawa blogger seharusnya sedar peranan dan sumbangan mereka dilihat positif dalam memartabatkan penggunaan serta perkembangan Bahasa Melayu.
Implikasi daripada perkara tersebut peranan para akademia dan dasar kerajaan seharusnya selari dengan pendekatan masa kini untuk menyebarluaskan penggunaan Bahasa Melayu dengan lebih telus dan efisyen. Sektor swasta juga seharusnya sedar, bahawa Bahasa Melayu sebagai pemangkin untuk memberi penanda aras bangsa Malaysia. Memang untuk mendapatkan maklum balas yang drastik bukanlah mudah dalam jarak waktu yang singkat. Namun usaha untuk meletakkan Bahasa Melayu sebaris dengan bahasa dunia harus dianggap positif. Jika negara-negara maju seperti Jerman, Perancis, Rusia, Jepun boleh berdiri dalam arus globalisasi dengan memartabatkan bahasa ibunda mereka sebagai bahasa perantaraan dan Malaysia tidak terkecuali untuk memotivasikan dalam memperkembangan Bahasa Melayu selaras dengan dasar kerajaan. Transisi blogger mewarnai dalam ledakan arus maklumat, seharusnya diberi perhatian yang sewajarnya. Bukankah relevan bila Bahasa Melayu seperti ironisnya Hamburger di minda blogger.
Bibliogarafi;
1. Akhbar Utusan Malaysia Bertarikh 3 Disember 2004 oleh S.M Zakir.
2. Akhbar Utusan Malaysia Online – Sastera 13 Disember 2004.
3. Asmah Haji Omar; Language and Society in Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur 1982.
4. Asmah Haji Omar; Bahasa Standard dan Standardisasi Bahasa Melayu, Perancangan Bahasa dengan Rujukan Khusus Kepada Perancangan bahasa Malaysia, edisi kedua 1986.
5. Pedoman Umum Ejaan Bahasa Malaysia; Jawatankuasa Tetap Bahasa Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia DBP 1987.
6. Asmah Haji Omar; Bahasa Malaysia Saintifik, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur 1987.
7. Pittsamai Intarachat; Sintaksis Predikat dalam Bahasa Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur 1987.
8. Asmah Haji Omar; Siri Pedoman Bahasa / Bahasa Iklan Perniagaan; Satu Kajian Bahasa Retorik DBP 1988.
9. Asmah Haji Omar; Bahasa Dan Alam Pemikiran Melayu DBP 1988.
10. Abdullah Hassan; Isu-Isu Perancangan Bahasa: Pengintelektualan Bahasa Malaysia DBP/1989.
11. Asmah Haji Omar; Kajian Dan Perkembangan Bahasa Melayu DBP/1992.
12. Penyusun; Nik Safiah Karim. Linguistik Transformasi Generatif; Satu Penerapan Pada Bahasa Melayu DBP/Kementerian Pendidikan Malaysia Kuala Lumpur 1988.
13. Asmah Haji Omar; Kajian Dan Perkembangan Bahasa Melayu DBP/1992.
14. Penyelenggara; Darwis Harahap/Abdul Jalil Hj. Anuar; Kolokium Bahasa Pemikiran Dan Melayu/Indonesia 1. DBP 2000.
15. Engku Aziz; Rancangan Menjejak Bahasa; Dalam Siaran RTM/2004.
16. Merdeka! British Rule And The Struggle For Independce In Malaya 1945-1957 Khong Kim Hoong Published by Strategic Information Research Develoment 2003.
17. Umno Dalam Poltik Dan Perniagaan Melayu Jamaie Hamil Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi 2004.
18. Malaysia’s Vision 2020 Understanding The Concept, Implications & Challenges. Ahmad Sarji. Pelanduk Publications (M) Sdn Bhd.
19. Biografi Dato’ Onn Hidup Melayu. Anwar Abdullah. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi 2004.
20. Malaysia 2004. Buku Rasmi Tahunan. Ketua Pengarah, Jabatan Penerangan Malaysia, Kuala Lumpur 2004.
21. Dasar Ekonomi Baru Pertumbuhan Negara Dan Pencapaian Ekonomi Orang Melayu. Penterjemah Ramlah Muhamma, Md Saharit Bharuddin, Ridzuan Omar. Dewan Bahasa Dan Pustaka 2002.
22. Teks Ucapan Perasmian Naib Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Perhimpunan Agung Tahunan Pergerakan Pemuda dan Wanita Umno Malaysia pada 17 Jun 1999.
23. Akhbar Utusan Malaysia (Online) 2005.
24. Shahnon Ahmad (Sasterawan Negara); Sastera, Pengalaman ilmu imaginasi dan kitarannya; (DBP-KL 1994).
25. Jiso Rutan; Kumpulan cerpen/puisi (HPPS), Menganyam Kedukaan (DBP/1997).
26. Haslinda Nong Chee; Kumpulan cerpen Rindu Sang Puteri (DBP/1998).
27. Dr. Othman Putih; Cerpenis Sarawak dalam Perdana Kesusasteraan Kebangsaan. Dewan Sastera Febuari (1998).
28. S. Othman Kelantan; Kajian; Analisis Cerpen Dewan Sastera Febuari; Falsafah Kematian dalam Cerpen. Dewan Sastera Mac (1998).
29. Hadiah Galakan Sastera Kenyalang (1999). Antologi Caturrangga.
30. Abdul Malek Haji Bedu; Kumpulan cerpen Mawar Merah Untuk Slena (Gaya Media/1999).
31. Mana Sikana; Karyawan Bulan Ini; Awangku Merali dengan Historisisme Baru. Dewan Sastera Ogos (2001).
32. Jiso Rutan; Perkembangan Penulisan Cerpen Di Sarawak (Satu Gambaran dan Tanggapan Umum). Perkampungan Penulis Sarawak 2002. Hotel Mega, Miri.
33. Penerbitan Khas 25 Tahun DBP Cawangan Sarawak/Sabah; Antologi Penulis Sarawak/Sabah Sejambak Bunga Emas (2002).
34. Dahiri Saini; Manuskrip kumpulan cerpen Merentas Minda (DBP/2003).
35. Jaya Ramba; Sengai’ Ai Mati, Dewan Sastera Januari (2003).
36. Rahimah A. Hamid; Analisis Cerpen Dewan Sastera; Gerak Rasa yang Terbit dari Hati. Dewan Sastera Febuari (2003).
37. Al-Farugi, dan Lois Lamya 1992; Atlas Budaya Islam. Terjemahan Mohd. Ridwan. Ahmad Kamal Abdullah; Unsur-Unsur Dalam Puisi Melayu Moden. Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur 1988.
38. Kritikan Sajak Di Malaysia Dan Bagaimana Mempertingkatkannya oleh Kemala. 2.2 Kritikan Sajak Dari Sudut Penerimaan Pembaca oleh Rahman Shaari. (Kritikan Sastera; Masalah dan Pengingkatan diselenggara oleh Mana Sikana. Dewan Bahasa Dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia Kuala Lumpur 1988.)
39. Ahmad Kamal Abdullah; Unsur-Unsur Islam Dalam Puisi Melayu Moden. Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia Kuala Lumpur 1989.
40. Penyelenggara Othman Putih; Riak Dan Gelombang Sastera Melayu Ramli Isin. Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia Kuala Lumpur 1987.
41. A. Teeuw; Membaca Dan Menilai Sastera. Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia Kuala Lumpur 1992.
42. Ali Ahmad; Kesusasteraan dan Psikologi dalam konsep dan Pendekatan Sastera. Penyelenggara Hamzah Hamdani. Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur 1998.
43. Muhammad Haji Salleh; Puitika Sastera Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur 2001.
44. Raja Mukhtaruddin Bin Raja Mohd. Dain; Pembinaan Bahasa Melayu Dewan Bahasa Dan Pustaka Kuala Lumpur. Cetakan Pertama 1982.
45. Dato’ Hajah Asmah Haji Omar (1940); Kajian Dan Perkembangan Bahasa Melayu. Dewan Bahasa Dan Pustaka Kuala Lumpur Cetakan Pertama 1992.
46. Penyelenggara Zaiton Ab. Rahman. Zaini Mohammed Zain; Pensejarahan Bahasa Melayu Beberapa Pandangan Awal. Dewan Bahasa Dan Pustaka Kuala Lumpur 1990.
47. Mariam Atan; Daripada Bahasa Kampung kepada Bahasa Bandar. Dewan Bahasa Januari 2005.
48.A. Aziz Deraman; Tamadun Melayu Dan Pembinaan Bangsa Malaysia. Dewan Bahasa Dan Pustaka Kuala Lumpur 2000.
49. Blog Nisah Harun; http://annyss.blogspot.com;
50. Wan Robiah Meor Osman; Bahasa Blog yang Kacau Dewan Sastera Bulan 2008.
51. Ritah Yahaya; Bicara Bahasa; Blog dan Katarsis Dewan Sastera Bulan 2008.
52. Blog Herald; WordPress, Movable Type, LiveJournal (Brad Fitzpatrick), DreamHost 2007. Penangan Blog; Berita harian Online 23 April 2008.
53. Rencana Bahasa Rojak, Melayu Hamburger; Utusan Malaysia Online 13 Mac 2008.
54. Asal-Usul Bahasa Melayu; Portal Pendidikan Utusan Malaysia Online 13 Mac 2008.
55. http://www.jpa.gov.my/buletinjpa/J3bil2; Penggunaan Bahasa Melayu Dalam Dunia Informasi, Komunikasi Dan Teknologi (ICT): Isu Dan Cabaran 13 Mac 2008.